Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Tuesday, April 23, 2024

Telur Masak Kicap Air Tangan Suami Misali

Alkisah semalam semasa kerja tak sempat makan tengah hari. Perlu ambil anak balik sekolah. Seorang balik 1.00 tengah hari. Seorang lagi balik jam 1.40 petang. Jadi, tak sempat nak makan tengah hari. Perut pun tak berapa lapar sangat masa tu.

Balik dari kerja, orang rumah belum sampai lagi. Perlu tunggu anak yang seorang lagi latihan bola di Akademi Tunas Melaka Tengah. Biasanya selepas margrib baru sampai rumah. Jadi, aku perlu membuat sesuatu untuk mengisi kekosongan di perut. 

Sampai sahaja rumah, aku menyingsing lengan baju. Capai dua biji telur ayam, sebiji bawang besar, setangkai cili merah, dua tangkai cili padi, sebiji limau kasturi dan sebotol kicap manis. Maka terhasillah telur masak kicap. 

Telur masak kicap 


Ini sahaja lauknya. Tapi memang sedap dan menyelerakan. Iyalah, perut sedang lapar, makan apapun amat menyelerakan. Namun, kalau ada sambal lagi bertambah sedap. Lihat sahaja kejadian selepas makan, sampai licin dibuatnya. 😊

Sampai licin dibuatnya


Sunday, June 13, 2021

BETUL KE MI SEGERA 2 MINIT?

Mi segera memang mudah dimasak. Malah, jika disingkap dari iklan mi segera, 2 minit sahaja boleh siap dihidangkan. Namun, ia tidak bagi saya. Walaupun namanya mi segera, tetapi saya memerlukan masa lebih 2 minit untuk menyiapkan semangkuk mi segera.

Saya tidak suka makan mi segera begitu sahaja. Perlu ditumis. Perlu ada sayur, telur dan apa-apa yang patut dimasuk, saya masukkan. Jika ada ayam, saya akan masukkan ketulan ayam. Jika ada udang, saya akan masukkan udang. Sekiranya tiada, menumis dan telur sudah memadai.



Alkisah, malam tadi semasa melayan EURO 2020, perut pula lapar di tengah malam. Jadi selongkar kabinet di dapur, jumpa pula mi segera, Alhamdulillah, maka beruntunglah perut. Memang nikmat menonton perlawanan bola sepak sambil menikmati mi segera. 

EURO 2020 anda minat negara mana? Nak minat Harimau Malaya, bukan negara Eropah pula. Piala Dunia pun mimpi saja. Jadi, macam biasa saya menyokong The Azzurri - Itali. 

Monday, November 10, 2014

CARA MEMBUAT JERUK ASAM BOI PALING SEDAP


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.


Aha!! Sebelum nak buat JERUK ASAM BOI, kenalah jolok buah mangga dulu. Lihat, betapa gigihnya aku menjolok buah mangga yang terdapat di hadapan rumah mak aku.

Sebelum ini, aku asyik ternampak orang lain paparkan gambar JERUK ASAM BOI di dalam Facebook. Dalam banyak-banyak makanan yang dipaparkan di Facebook, aku tak terasa terliur sangat, tapi kalau gambar JERUK ASAM BOI, memang terliur sangat. Dalam fikiran sudah terasa masam manisnya jeruk ni.

Baru-baru ni, ada juga aku beli JERUK ASAM BOI yang dijual oleh kawan aku di Facebook. Boleh tahan, sedap. Melihat pada jeruknya, tidaklah sesukar mana nak membuatnya, cuma rajin atau tidak sahaja.


Inilah ramuan-ramuan yang aku sediakan untuk membuat JERUK ASAM BOI :

1. Buah mangga muda (Jolok depan rumah mak)
2. Cili padi (petik kat belakang rumah mak sedara)
3. Asam boi (beli di kedai runcit kampung sebelah)
4. Gula pasir (Sedia terdapat dalam rumah mak)

Bukan susahpun nak membuatnya. Sudah siap memotong buah mangga, campurkan saja ramuan-ramuan tadi. Selepas itu, masukkan ke dalam balang plastik dan masukkan semalaman ke dalam peti sejuk. Kemudian, sudah boleh makan.


Beginilah rupanya JERUK ASAM BOI yang sudah dimasukkan ke dalam balang plastik. Masa ni aku dapat buat 3 balang. 1 balang aku bawa balik ke rumah dan 2 balang lagi aku tinggalkan di rumah mak aku. Siapa punya rezeki dapatlah merasa JERUK ASAM BOI buatan air tangan aku.

Huh!! Kalau baca tajuk entri, mana datang perkataan 'paling sedap' tu? Emm.. Tolong jangan pertikaikan.., memang aku dah rasa, JERUK ASAM BOI yang aku buat tu rasanya paling sedap dari yang lain. :)

Ini adalah NOT FOR SALE. Untuk makan sendiri-sendiri sahaja. Tolong jangan order atau minta aku jual benda ni. Hehehe...

Tuesday, September 23, 2014

RESEPI UNTUK ANAK-ANAK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.



Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI.  Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.



Dulu seperti resepi ni pernah jadi viral di Facebook. ramai yang share dan ramai juga yang komen. 

Walaupun begitu, resepi yang menjadi viral tu, tidak sama dengan apa yang aku buat ni. Memang nampak serupa, tapi tak sama. Resepi tu menggunakan intinya telur dan ia rotinya digoreng.

Resepi aku pulak, intinya adalah dari telur dan juga daging burger yang dicincang halus dan rotinya tidak digoreng. Aku tak goreng pasal taknak berminyak. Intinya tu, aku taruklah sedikit lada sulah dan lada hitam. Kemudiannya aku apitkan dengan acuan karipap.

Sebenarnya kalau nak makan begitu aje pun boleh, tak perlu nak apitkan dengan acuan karipap bagai. Tapi, kalau begitu saja, anak-anak kurang selera nak makan. Namun sekiranya dibuat begini, ia nampaklah sedikit unik, anak-anak pun suka makan. Bukan saja nak makan, mereka pun sama lorat nak buat sama-sama mengapit roti tu.

Sekian saja resepi Chef Fairus untuk hari ini.. :)

Monday, February 17, 2014

SEDAPLAH AYAH...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Balik je kerja tadi anak sulong aku meminta aku buatkan roti dengan resepi istimewa yang aku buat pada hujung minggu yang lalu. Aku tanya "sedap ke?", dia jawab "sedaplah ayah...".

Aku parkir je kereta di depan rumah, anak aku terus ke rumah kawannya iaitu jiran sebelah. Terdengar perbualan anak aku "Along, jom datang kat rumah abang, ayah abang masak roti, sedap.. Lepas kita main kita makan ek., ayah abang nak masak tu.."

Untuk tidak menghampakan, aku masuk je rumah terus sinsing lengan baju. Bahan-bahan semua dah ada, cuma nak buat je. Bukan susah pun.. Tang tung tang tung.., dah siap!


Ringkas je sebenarnya. Roti celup dengan telur dan letaklah daging burger. Hehehe.. Yang ada cili ni aku dan isteri yang makan. Anak aku punya aku buat tanpa cili.

Sekian saja Seminit Bersama Chef Fairus.. :)