Showing posts with label ptptn. Show all posts
Showing posts with label ptptn. Show all posts

Wednesday, May 2, 2012

KATA SPONTAN NO. 11 : BODOH TAK HILANG LAGI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Lama tidak pekena mee goreng dan teh tarik pada waktu petang di warung. Dalam sedap-sedap menjamah keenakan mee goreng dan kenikmatan teh tarik, terdengar pula ahli-ahli politik warung yang bersembang mengenai isu pemansuhan PTPTN.

Perkataan yang terngiang-ngiang di telinga yang telah dituturkan oleh seorang pak tua....

"MASING-MASING .......... DAH BERBULU, BELAJAR SAMPAI KE UNIVERSITI, BODOHNYA TAK HILANG LAGI.... "

Fuh... Dalam sungguh maksudnya tu.

Thursday, September 15, 2011

DUIT RAYA ANAK, AMANAH KITA

Macam mana dengan raya tahun ni? Anak dapat banyak duit raya tak? Simpan ke mana duit raya anak tu? Apa... Dah gunakan dulu? Dah beritahu anak tak? Kalau anak masih kecil dan belum tahu bercakap nak beritahu macam mana? Dia beri ke kita pinjam duit dia yang orang beri tu?

Inilah persoalan-persoalan yang perlu kita jawab sendiri. Kemanakah duit raya anak kita? Adakah kita menyimpannya di bank ataupun kita telah "meminjam" daripada dia untuk menampung perbelanjaan harian yang telah lari budget? Bagi anak-anak yang sudah besar tu tidak mengapalah, mereka tahu bagaimana untuk menyimpan ataupun membelanjakan duit mereka. Namun bagaimana pula halnya tentang anak kita yang masih kecil dan belum tahu berkata-kata.

Bolehkah kita menggunakan duit raya anak kita yang tidak mengetahui apa-apa ini untuk keperluan kita sedangkan kita tidak dapat jawapan daripadanya sama ada dia beri pinjam atau tidak? Duit itu pemberian orang dan ia adalah amanah kepada kita untuk menjaganya. Oleh itu, kita kena amanah dan sebolehnya menyimpan duit tersebut dengan elok.

Rasanya adalah lebih baik kita bukakan akaun SSPN kepada anak kita kerana bermula tahun 2012, mana-mana individu yang mahu meminjam PTPTN hendaklah mempunyai akaun SSPN terlebih dahulu. Membuka akaun SSPN untuk anak kita adalah amat baik kerana paling tidakpun mereka ada simpanan sendiri dan tidak akan berhutang dengan pinjaman yang tinggi sekiranya hendak menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kelak. Seterusnya, mereka tidak akan dibebani oleh hutang yang banyak setelah tamat pengajian nanti.

Ingatlah, tahun-tahun yang mendatang pastinya kos untuk pendidikan tinggi akan terus meningkat, oleh itu kita siapkan simpanan anak kita lebih awal demi untuk masa depannya. Bukan apa, nanti-nanti kita juga yang yang dapat untung juga kerana dengan duit yang sedia ada, dia tidaklah menyusahkan kita nanti apabila kita mungkin sudah tidak bekerja kelak.

Akhir sekali, ingatlah... Duit raya anak adalah amanah kita, jangan kita pula dengan sewenang-wenang membelanjakannya.



Tuesday, September 28, 2010

BERITA PENTING BAGI PEMINJAM PTPTN

Pihak PTPTN telah mengeluarkan tawaran untuk kepada peminjam PTPTN yang lepas-lepas untuk memohon penukaran pinjaman kepada Pembiayaan Ujrah iaitu hanya sebanyak 1% faedah dikenakan.




Ini adalah permohonan, jadi sesiapa yang terlibat sila pohon sekarang untuk mendapatkannya. Sila klik di bawah untuk membuat permohonan.

KLIK DI SINI