Showing posts with label proton. Show all posts
Showing posts with label proton. Show all posts

Sunday, August 18, 2013

PROTON SUPRIMA S HATCHBACK : EH! NASIB KAU LAH PROTON..


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Pada tanggal 17 Ogos 2013, Proton telah melancarkan sebuah lagi produk Proton iaitu PROTON SUPRIMA S HATCHBACK. Majlis pelancarannya telah dibuat oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.



Sepertimana keluaran-keluaran Proton yang lalu, PROTON SUPRIMA S HATCTBACK ini juga tidak terkecuali daripada menerima kritikan. Dulu semasa model Proton Preve mula-mula diperkenalkan, aku juga merupakan salah seorang pengkritik model tersebut.

Namun, dalam memberikan kritikan, kita perlulah berhemah, janganlah ianya lahir dari satu kebencian atau dengan niat untuk menjatuhkan. Kritikan seharusnya membina supaya si penerima kritik boleh melakukan perubahan berdasarkan apa yang dikritik.

Dalam pemerhatian aku, PROTON SUPRIMA S ini banyak dikritik dari segi harganya iaitu ia dikatakan 'agak mahal' pada harga RM77k - RM80k. Ramai pula yang cuba membandingkan ia dengan Toyota Vios dan Honda Jazz yang jauh lebih murah / harga setanding. Mereka juga mengatakan lebih elok beli Toyota Vios atau Honda Jazz daripada membeli proton ini. 

Akan tetapi, sepatutnya PROTON SUPRIMA S ini tidak boleh dibandingkan dengan kedua-dua kenderaan tersebut kerana jelas ciri-ciri (spec) bagi kenderaan ini amat berbeza. Banyak berbeza dari segi enjin, keselamatan dan peranti dalaman yang canggih.

Jadinya, harga yang ditawarkan adalah sangat berpatutan dengan kereta-kereta yang sekelas dengannya. Namun, 'orang kita' ni memang nak barang yang murah. Siapa yang tak nak barang murahkan? Oleh itu, harapnya pihak Proton dapat mempertimbangkan kembali harganya. kalau dapat dikurangkan, itu sudah cukup bagus bagi rakyat Malaysia.






Namun aku tertanya-tanya juga sama ada pengkritik-pengkritik ini sememangnya mahu membeli PROTON SUPRIMA S ini atau tidak. Gayanya semacam mahu membeli namun tidak jadi kerana harganya yang mahal. Atau sememangnya setiap kali ada keluaran baru Proton, mereka mahu membelinya? Iyalah, asyik-asyik mengatakan harga mahal.. harga mahal semacam memang mahu membelinya. 

Nasihat aku, kalau rasa kereta ni mahal, tak payahlah membelinya. Pihak Proton pun rasanya tidak memaksa pengguna supaya membeli keretanya. Ukurlah baju di badan sendiri. Kalau benar-benar tak mampu tak perlulah nak mengikat perut setiap bulan bagi mendapatkan kereta idaman. Banyak lagi kenderaan mampu milik seperti Viva 660 atau Proton BLM. Dan sekiranya rasa diri mampu dan tidak mahu memakai model ini, belilah model lain yang difikirkan patut.

Rujukan gambar sila KLIK.

Saturday, April 14, 2012

PROTON PREVE : KEKURANGAN @ KELEMAHAN





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Proton... Proton merupakan satu jenama besar pengeluaran automobil negara kita, Malaysia. Baru-baru ini satu lagi model kenderaan kebanggaan Malaysia iaitu Proton Preve akan menembusi pasaran. Ianya pasti ditunggu-tunggu keluarannya kerana mempunyai reka bentuk yang menarik dan kuasa enjin yang hebat.





Sebenarnya saya tidak pernah melihat kenderaan ini dan tidak juga pernah memandu ujinya. Namun, saya melihat kekurangan kereta Proton Preve ini adalah dari aspek 'namanya'. Melalui apa yang saya tahu, nama Preve adalah olahan dari bahasa Inggeris iaitu 'proof' bermakna bukti.

Persoalannya, mengapa tidak menggunakan bahasa Melayu? Rasanya di Proton lebih ramai pegawai-pegawai Melayu berbanding bangsa lain. Lagi satu, bukankah dalam Perlembagaan Persekutuan pada Artikel 152 ada menyatakan bahawa Bahasa Melayu merupakan Bahasa Kebangsaan. Siapa lagi yang mahu memartabatkan Bahasa Melayu melainkan kita sendiri dengan mengangkat produk utama negara dengan dinamakan dengan Bahasa Melayu. Silaplah kita sekiranya tidak yakin jenama dengan Bahasa Melayu tidak mampu bersaing di mata dunia.

Satu ketika dahulu, kita berasa bangga apabila Proton memperkenalkan kereta konsep dengan dinamakan Proton Tuah, Proton Jebat, Proton Lekir, Proton Lekiu dan Proton Kasturi. Namun kini, ia hanyalah sekadar konsep dan tidak diimplementasikan ke pasaran sebenar. Bukankah elok menggunakan Bahasa Melayu dan saya yakin, mereka di luar sana lebih suka sekiranya sesuatu negara menggunakan bahasa sendiri untuk menaikkan nama satu-satu produk.

Saya bukanlah mahu menghentam Proton. Saya cuma mahu mengkritik 'mesra'. Saya bangga kerana Malaysia mampu bersaing dalam industri automobil. Namun, cubalah utamakan Bahasa Melayu. Siapa lagi yang mahu memartabatkan Bahasa Melayu kalau bukan kita sendiri. Sekiranya tidak, maka sia-sia sahajalah pihak kerajaan membuat itu ini untuk memartabatkan Bahasa Melayu.

Monday, May 16, 2011

MODEL-MODEL KERETA PROTON

Kereta proton merupakan produk tempatan yang boleh dibanggakan oleh rakyat Malaysia. Ia merupakan produk kenderaan pertama sebelum perodua. Tak disangka, Malaysia mempunyai kebolehan untuk menghasilkan perusahaan otomobil yang boleh dikatakan hebat juga. Kalau kita perhatikan betul-betul, negara-negara pengeluar kenderaan yang lain memakan masa yang agak lama untuk menjadi sebuah negara pengeluar kenderaan. Tetapi Malaysia hanya memakan masa hanya kira-kira 20 tahun selepas merdeka untuk membangunkan industri kenderaan ini. Syabas diucapkan.

Bermula dengan model Proton Saga sehingga kini sudah banyak model dihasilkan demi untuk mempelbagaikan variasi rekabentuk dan kehendak pengguna. Kepada pengurusan Proton, teruskanlah usaha untuk mencari teknologi-teknologi baru bagi kenderaan dan pastikanlah setiap kenderaan yang dikeluarkan "0 defect" bagi memastikan produk Proton mendapat tempat di mata dunia.

Antara model Proton :

Proton Waja


Proton Savvy

Proton Satria Neo

Proton Saga

Proton Persona

Proton Perdana V6

Proton Inspira

Proton Gen 2

Proton Exora

Proton Arena




Friday, December 3, 2010

KERETA KONSEP PROTON MASA HADAPAN





Proton Tuah Yang Bertuah Siapa Yang Milikinya

Proton Tuah Yang Taat Setia

Proton Tuah

Proton Lekiu Pandangan Sisi

Proton Lekiu Lambang Pahlawan

Proton Lekiu Pandangan Hadapan

Proton Lekir Yang Sporty

Proton Lekir Rabak Habis

Proton Lekir

Proton Kasturi

Proton Kasturi Segak Menawan

Proton Kasturi Yang Cun Melecun

Proton Jebat Derhaka

Proton Jebat Segagah Namanya

Proton Jebat Memang "Nang" lah

Gambar : Paul Tan's Automotive News


Friday, October 15, 2010

PROTON INSPIRA DI BUKA UNTUK TEMPAHAN



Inilah dia rupa bentuk Proton Inspira yang hebat digembar gemburkan selama ini. Reka bentuk kereta ini hampir sama dengan model Mitsubishi Lancer GT yang sedang banyak berada di atas jalan raya sekarang. Harga Proton Inspira ini ialah RM 79,888.00 dan kini dibuka untuk tempahan.

So, siapa yang nak beli Mitsubishi Lancer GT tetapi tiada cukup duit, bolehlah beli Proton Inspira ini. Kalau nak beli tu, jangan lupa belikan aku sebuah... :)





Friday, October 8, 2010

KERETA KONSEP PROTON HIBRID

Inilah rupanya kereta konsep Proton hibrid (Proton Emas)yang telah dipamerkan di Geneva Motor Show dan baru dipaparkan di berita baru-baru ini. Agak-agaknya bila lah dia mahu masuk ke pasaran. Boleh tahan juga design dia. Siapa nak beli? Angkat tangan....