Showing posts with label pornografi. Show all posts
Showing posts with label pornografi. Show all posts

Monday, March 14, 2011

MARIA OZAWA OKAY? AKU JE YANG TAK OKAY!!!

Dalam aku membaca berita di Yahoo News, aku ada terbaca pula pasal cerita Tsunami di Jepun yang berlaku baru-baru ini. Kasihan sungguh rakyat Jepun yang dikatakan sudah lebih 1000 yang meninggal ataupun masih hilang. Harap-harapnya semua warga Jepun dapat menghadapi musibah ini dengan sabar.

Tapi sekarang aku nak cerita pasal rakyat jepun yang seorang ni.. Nama dia Maria Ozawa. Dia ni pelakon pornografi yang agak terkenal. Nak kata aku bengang kat dia takdelah, cuma aku bengang dengan ada seorang dari Indonesia yang sangat-sangat perihatin ke atas keselamatannya. Apa tiada rakyat Jepun lain lagi ke yang hendak diprihatinkan? Ini tidak, seorang pelakon porno yang banyak bergelumang dengan dosa yang dia risau keselamatannya.

Ini adalah antara perkataan yang diucapkan kepada pelakon pornografi tersebut oleh seorang warga Indonesia :

"Moga-moga kamu baik-baik sahaja"

"Semoga kamu bisa menyelamatkan diri"

"Tuhan selamatkan Maria Ozawa"





(Ps : Tak kisah untuk menunjukkan keprihatinan, tetapi berpada-padalah)

Tuesday, February 1, 2011

KISAH DI SEBALIK ARIEL PETERPAN DIJATUHKAN HUKUM

Gambar : Uncle Google

Sepertimana kita semua maklum, penyanyi tersohor Indonesia Ariel Peterpan telah dijatuhkan hukuman oleh mahkamah dengan hukuman penjara 3 tahun dan denda tidak kurang RM 80 ribu. Sekali tengok muka Ariel semasa perbicaraan dijalankan, nampak kasihan saja, tapi salah tetap salah. Pesalah harus dihukum.

Apa yang diharapkan agar pesalahlaku video pornografi seperti ini terus dihukum bagi memastikan tiada siapa lagi yang berani melakukan aksi yang terkutuk untuk ditayangkan sewenang-wenangnya di internet.

Begitu juga di Malaysia. Sekarang ni terlalu banyak aksi-aksi seksual remaja dan juga orang dewasa berbangsa Melayu yang terpapar di Internet dan telefon bimbit. Tak kisahlah samaada mereka sengaja atau tidak untuk menyebarkannya, tetapi mengapa tiada tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa? Tidakkah kita tahu bahawa dengan membiarkan sahaja perkara ini berlaku, akan terus mengalakan perbuatan terkutuk ini berleluasa.





Harapan rakyat Malaysia yang cintakan keharmonian dan kesejahteraan berharap kerajaan membuat satu undang-undang sepertimana yang terdapat di Indonesia bagi membicarakan setiap kesalahan yang melibatkan video pornografi, gambar lucah dan aksi tidak senonoh untuk memastikan kes seperti ini dapat diatasi dan terus dibendung sehingga ke akar umbi.