Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Kalau ada yang perasan, baru-baru ini saya ada menerbitkan sebuah entri bertajuk Pingat Milo Play More Learn More, dan pada hari ini saya mahu berkongsi lagi 5 buah pingat Milo iaitu pingat Hidup Bola yang saya minta dari anak buah saya yang sememangnya aktif dalam sukan bola sepak.
Memang banyak piala di rumahnya, jadi saya pun mintalah jika dia tidak keberatan. Jadinya, dia memberikan 5 buah pingat Hidup Bola kepada saya sebagai koleksi Milo. Ada beberapa lagi masih tersimpan dalam simpanan dia.
Bukan setakat pingat saja, akak saya turut hendak memberikan sijil-sijil Milo kepunyaan anaknya. Tetapi saya tidak mengambilnya, saya menyarankan agar disimpan saja untuk kegunaan masa hadapan. Sijil-sijil adalah sesuatu yang berharga.
Pingat-pingat Milo Hidup Bola |
Pingat-pingat ini diperoleh pada tahun-tahun 2009 hingga 2011. Ada yang juara, tempat keenam dan ketujuh dan ada juga yang ke Grand Final. Hebat budak-budak sekarang bermain bola, saya dulu setakat main peringkat sekolah dan kampung saja.
Umur dah mencecah 30-an sekarang saya masih juga bermain bola. Main biasa-biasa saja mewakili jabatan dalam perlawanan-perlawanan persahabatan. Minggu lepas baru saja ada satu perlawanan persabatan, kalah 4 - 2. Tapi yang pentingnya saya ada menjaringkan gol sebiji. Namun apakan daya, gol yang sebiji tu saya golkan di gawang sendiri. Hahaha.. Tanpa disengajakan. Masih ingat lagi, masa saya menjaringkan gol sendiri tu, saya pandang penjaga gol, penjaga gol pun pandang saya. Dua-dua kelu tanpa kata. :)