Showing posts with label person. Show all posts
Showing posts with label person. Show all posts

Thursday, November 28, 2024

Melaka Lama : Gambaran Orang Melaka di Sumatera


Gambar ini diambil dari peta Eropah, Afrika dan Asia yang dilakarkan oleh seseorang yang tidak dikenali (anonymous) pada sekitar tahun 1614.



Di penjuru kanan atas peta ini memaparkan gambar seorang Ethiopia, Ghana, Parsi, Turki, Molukus, Jawa, Sumatera, seorang penduduk Melaka dan Cina.

Di bahagian bawah tengah terdapat tulisan: Tabula Geograph. in qua Europae, Africae Asiaeq et circulacentium insularum orae maritime accuratè describuntur et ad intelligentia navigationum Indicaru accommodantur.

Berdasarkan gambaran yang diberikan, tidak dapat aku pastikan kenapa pelukis peta ini menamakan 'orang Melaka di Sumatera'. Tapi tidaklah pelik sepertimana kita semua maklum, Empayar Melaka besarnya sehingga ke sebahagian wilayah di utara Sumatera. 

Akan tetapi, peta ini dilakar pada tahun 1614 iaitu masih di zaman penjajahan Portugis di Melaka. Mungkinkah yang digambarkan ini merupakan orang Melaka yang telah berundur bersama-sama sultan terakhir Melaka, Sultan Mahmud Shah yang mangkat di Kampar atau saki baki penduduk Melaka di bawah naungan Empayar Melaka di Kepulauan Sumatera? Wallahuaklam, itu sekadar hipotesis.