Showing posts with label permainan tradisional. Show all posts
Showing posts with label permainan tradisional. Show all posts

Monday, October 3, 2022

Permainan Tikam

Tanpa kita sedari, sejak dari kecil kita terjebak dengan satu permainan yang sememangnya berunsurkan perjudian. Permainan Tikam! Inilah permainan pertama yang melibatkan kanak-kanak berjudi sama ada disedari atau tidak. 

Dulu-dulu panggil ni Tikam Dayak

Dengan rasa bersalah, aku mengaku pernah juga bermain permainan ini semasa zaman kecil. Jangan kata kecil, semasa masih bersekolah menengah juga aku pernah bermain permainan tikam. Tapi bukanlah selalu, sekali sekala saja.

Tidak dapat aku pastikan sama ada di zaman ini masih terdapat permainan ini di pasaran. Harap-harapnya tiadalah lagi, agar budak-budak sekarang tidak terjerumus ke dalam aktiviti yang mendorong kepada unsur perjudian. 

Ada sesiapa yang pernah main tikam? Cuba komen pengalaman kalian pula. 

Thursday, February 24, 2022

Permainan Dam Aji Wujud Sejak Abad ke-12?



Ada siapa yang mahir main Dam Aji? Aku sendiri bolehlah main tapi tidaklah mahir hingga mempunyai strategi tersendiri untuk memenangi satu-satu perlawanan. Main asal boleh saja.

Menurut sumber yang aku baca, permainan Dam Aji ni bermula pada abad ke-12 di Peranchis. Tapi nama permainan ini tidaklah disebut Dam Aji, ia disebut Alquerque. Tidak dapat dipastikan pada ketika itu bagaimana ia dimainkan namun daripada evolusi permainan ini dikatakan tercetusnya permainan Dam Aji yang dimainkan kini.

Dikatakan juga, hadirnya permainan Dam Aji ke Tanah Melayu ( Malaysia) di zaman penjajahan Belanda di Melaka. Menurut sumber, terdapat unsur-unsur Belanda di mana permainan ini adalah seperti permainan orang Belanda iaitu "Dammen". Kemungkinan perkataan "Dam" di awal itu diolah menjadi Dam Aji.

Permainan ini seakan catur tapi tidak serumit catur. Hanya menggunakan papan dan buah dam. Tidak memerlukan "Castle", "Bishop", "Queen", "King" dan sebagainya. Jalannya selangkah demi selangkah mengikut petak dan secara serong. Apabila buah dam lawan berada di hadapan boleh 'dimakan' buahnya dengan melangkaui buah dam tersebut. Bukan hanya satu, boleh juga memakan buah lawan dengan bilangan dua atau tiga jika buah lawan boleh dilangkaui.

Jika buah dam kita dapat menuju ke garisan pertama pihak lawan, maka kita dapat Aji di mana buah dam boleh melangkaui seberapa jauh dalam garisan petak yang sama. Kebiasaannya Aji mempunyai banyak kelebihan dan mampu memakan buah lawan dengan jumlah yang banyak.

Ha.. Inilah serba sedikit dapat aku kongsikan berkaitan Dam Aji. Bukan apa, sekarang ini sedang berusaha menyiapkan sebuah lagi buku baharu tentang permainan tradisional. Jadi nantikan kemunculannya...

Buku Kereta Lembu Dari Melaka yang telah diterbitkan tempoh hari, aku rasa nak buat giveaway untuk rakan bloggers mendapatkannya. Tunggu ye, aku akan buat nanti.

Sunday, January 29, 2017

BERMAIN GASING DI MUZIUM ISTANA KESULTANAN MELAKA

Assalamualaikum dan Salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawata dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Gambar-gambar sekitar Persembahan Permainan gasing di Muzium Istana Kesultanan Melaka pada 28 hingga 29 Januari 2017. Terlihat wajah-wajah keterujuaan para pelawat dari dalam dan luar negara yang mencuba permainan ini.

Apa yang penting, permainan tradisi ini tidak hilang ditelan zaman. 























Monday, September 21, 2015

PENDEKAR GASING

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Hari ini aku nak promosikan kebolehan seorang individu bernama Rimy Azizi Abd. Karim atau lebih dikenali sebagai Pendekar Gasing. Beliau berkebolehan untuk membuat dan bermain gasing. 

Beliau juga sering dijemput untuk membuat pertunjukan bermain gasing oleh badan-badan kerajaan dan swasta bagi memeriahkan program-program yang dijalankan.

Bulan Jun yang lepas, aku pernah menyemput beliau untuk mengadakan pameran dan pertunjukan gasing di Muzium Istana Kesultanan Melaka dan kini aku menyemputnya lagi untuk membuat pertunjukan yang sama pada 25 hingga 27 September 2015 ini.

Walaupun beliau merupakan anak jati Melaka, namun pertunjukannya tidak terhad di negeri Melaka saja. Sudah merata negeri beliau telah melakukan pertunjukan.

Sesiapa yang ingin menyemput beliau untuk memeriahkan sesuatu program, bolehlah hubungi beliau :

Rimy Azizi Abd. Karim
Tel : 017-613 4644




Monday, September 22, 2014

BERSEPAI KEPALA KALAU KENA!!



Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.


Kat kampung aku panggil benda ni GUNDU. Gundu ni boleh dibuat 2 perkara. Yang pertama boleh dibuat main jentik getah, yang keduanya ialah tembak cicak. 

Masa aku kecil-kecil, tak selalu main jentik getah. Yang biasanya ialah melastik cicak dengan menggunakan gundu. Kebiasaannya, kitorang buat operasi mencari cicak pada hari Jumaat. Masa dulu dengar orang kata, bunuh cicak pada hari Jumaat dapat pahala. Erm.., tak pastilah kebenarannya.

Benda ni jangan buat pasallah... Kalau kena kepala cicak boleh bersepai dibuatnya. Cicak kalau nampak benda ni, memang langkah seribu le jawabnya.

Inilah saja cerita buat hari ni.. Sekali teringat zaman silam kecil-kecil dahulu. Nostalgia sungguh.

Thursday, March 10, 2011

CARA BERMAIN PERMAINAN BALING TIN

Permainan ini dimulakan dengan menyusun tin-tin kosong dari bahagian bawahnya dengan susunan empat, tiga, dua dan satu. Pemain pula dibahagikan kepada dua kumpulan iaitu kumpulan penyerang dan pelontar.

Kumpulan pelontar akan memulakan permainan dengan wakil pasukan akan melontar bola mengenai susunan tin. Sekiranya tin itu jatuh, pasukan pelontar akan lari untuk mengelak balingan dari pasukan penyerang.



Dalam masa yang sama, pasukan pelontar harus menyusun semula tin yang berselerak ke susunan asal. Sekiranya berjaya menyusun tin tersebut, maka kumpulan pelontar mendapat satu mata. Selepas itu, permainan dimainkan semula.

Namun sekiranya kumpulan penyerang berjaya membaling bola ke arah anggota badan pasukan pelontar, maka orang yang terkena balingan itu akan dikira mati.

Permainan Baling Tin

Tuesday, January 4, 2011

PERMAINAN BALING TIN

Tin disusun menyerupai bentuk piramid

Pemain melontarkan selipar untuk menjatuhkan tin

Selepas tin dijatuhkan, pembaling perlu menyusun semula tin tersebut



Tetapi perlu ingat, tak semudah itu. Pihak lawan akan cuba menghalang dengan membaling selipar tadi ke arah tukang baling. Sekiranya kena, maka matilah dia dan sekiranya tukang baling tadi dapat menyusun semula tin, maka dia dapat 1 mata...

Sila layari : Cara bermain permainan baling tin

BILA DAK FAIRUS MAIN GALAH PANJANG

Hehe.. Lama tak main Galah Panjang (dak Fairus baju hitam)

Mendepakan tangan untuk mencuit lawan

Haha.. Mana mau lari aarr..

Huh, masih mendepakan tangan.. Bila mau dapat cuit ni..





Budak belakang tu ingat aku tak nampak? Aku ada pasang alat pengesan kat belakang baju..

Oppss.. Anda telah dikepung!!


Ps : Masa kecik-kecik taknak main, dah besau pulak terkinja-kinja macam budak-budak.. hahaha

Tuesday, December 28, 2010

SEPAK RAGA BULATAN

Permainan ini merupakan permainan tradisional Melayu

Caranya, kita perlu menimbang bola supaya ianya tidak jatuh ke tanah





Salah satu permainan yang tercatat dalam buku Sejarah Melayu

Jom main sepak raga bulatan...

Monday, September 20, 2010

MY KAMPUNG CHILDHOOD GAMES

Permainan Tradisional merupakan permainan yang dimainkan oleh kanak-kanak yang dimainkan pada zaman dahulu. Antara Permainan Tradisional yang dimainkan oleh kanak-kanak zaman dahulu ialah congkak, batu seremban, jentik getah, konda kondi, galah panjang, laga biji getah, bating tin, main guli, lawan labah-labah dan banyak lagi. Ada permainan tradisional ini dimainkan sehingga kini, namun ada juga permainan yang tidak lagi dimainkan lagi pada zaman sekarang dan hanya diketahui dari cerita mulut ke mulut dari generasi yang terdahulu.


Pada zaman persekolahan aku dahulu, pada masa rehat tengahari sudah pasti aku dan kawan-kawan akan bermain polis sentri. Permainan ini juga dipanggil main kejar-kejar. Satu pihak akan menjadi pencuri manakala satu pihak akan menjadi polis. Permainan ini kebisaannya dimainkan secara berkumpulan, bukannya secara individu. Kumpulan polis akan mengejar pencuri sehingga ditangkap, apabila sudah ditangkap si pencuri akan dimasukan ke dalam penjara. Dia tidak boleh melarikan diri. Namun si pencuri boleh keluar dari penjara sekiranya rakan kumpulannya datang menyelamatkannya dengan menyentuh tangan rakannya. Permainan akan tamat setelah kesemua kumpulan pencuri berjaya ditangkap dan dimasukan dalam penjara, kemudian mereka akan bertukar. Si kumpulan polis akan menjadi pencuri pula, begitulah sebaliknya. Kebiasaanya menjadi pencuri adalah lebih seronok kerana kita akan berlari menyelamatkan diri daripada ditangkap dan berusaha untuk mengeluarkan rakan yang berada di dalam penjara. Aku masa sekolah dulu, baju seragam sekolah mesti kotor akibat bermain permainan ini, tak pernah bersih baju sekolah masa balik rumah.


Satu lagi permainan yang aku gemar bermain pada waktu kecil ialah konda kondi. Permainan ini merbahaya sedikit kerana ia melibatkan penggunaan kayu. Dua batang kayu diperlukan dalam permainan ini. Kayu ini tidaklah besar, ukur lilit kayu ini seperti kayu dram. Satu panjangnya kira-kira satu jengkal dan satu lagi dalam dua jengkal. Satu lubang kecil yang panjang ukurannya seperti kayu yang kecil tadi. Permainan ini dimainkan secara berpasukan iaitu pemukul dan penjaga.


Ada tiga langkah dalam permainan ini, dimana langkah pertama pasukan pemukul akan menyungkit kayu kecil yang dilintangkan di lubang dan pasukan penjaga akan cuba menyambut kayu tersebut. Sekiranya kayu tersebut dapat disambut, maka individu yang memukul kayu tersebut akan mati, sekiranya tidak dapat disambut, penjaga akan melontarkan kayu tersebut ke arah lubang. Sekiranya kayu yang dilontar masuk ke dalam lubang maka si pemukul akan mati, kalau tidak masuk langkah kedua akan diteruskan.Langkah kedua permainan ini pula, si pemukul akan melontarkan kayu kecil ke udara dan cuba memukul kecil tersebut dengan kayu panjang, sekiranya dapat dipukul maka penjaga akan cuba menyambut kayu tersebut. Selanjutnya adalah serupa dengan langkah satu. Langkah terakhir pula, si pemukul akan meletakan kayu kecil dihujung lubang agar kayu tersebut terjungkit dan memukul kayu tersebut agar ia terpelanting ke udara kemudiannya cuba memukul kayu tersebut. Ini merupakan mata bagi si pemukul. Di mana kayu yang dipukul itu jatuh, dari situlah markah dikira dengan mengukur bilangan jarak menggunakan kayu pemukul. Permainan ini tidaklah selalu aku mainkan pada zaman kecil kerana merbahaya, ketika memukul kayu ia mungkin akan terkena muka lawan, malah cermin rumah emak aku pun pecah berderai akibat terkena kayu yang dipukul. Jadi, terpulanglah kepada budak zaman sekarang nak main permainan ini atau tidak.


Main guli juga merupakan hobi aku zaman sekolah. Aku tidak bermain di sekolah pagi, tapi bermainnya di sekolah petang (sekolah agama). Permainan guli ini ada berbagai-bagai cara dimainkan, tapi yang aku mainkan selalu ialah berlawan satu sama satu. Permainan ini dimainkan secara individu, di mana aku akan meletakan guli pada suatu tempat, kemudiannya lawan aku akan cuba membaling guli dia untuk mengetuk guli aku, kalau guli dia terkena guli aku maka satu guli aku akan menjadi milik dia. Sekiranya tidak kena, aku pula akan membalingkan guli aku yang tadi ke arah guli dia pula sehinggalah mana-mana guli mengetuk guli lawannya. Aku masih ingat lagi, dulu kiranya aku pro juga main guli, mana taknya banyak guli rakan menjadi milik aku, pergi sekolah balik bawa guli.


Pernah dengar permainan lawan labah-labah? Masa dulu aku sudah pandai speaking, tidak sebut labah-labah, tapi spider. Tetapi permainan ini tidak berperikebinatangan pula, kerana kita akan melagakan spider jantan untuk lihat spider siapa yang lebih kuat. Spider ini bukan jenis yang biasa yang kita boleh jumpa di dalam rumah, tetapi ia diperolehi di daun pandan atau daun pokok yang ada kat belakang sekolah agama aku (apa nama pokoknya tak tahu pulak). Hendak mencari spider ini pula bukan senang, susah juga. Biasanya spider ini akan duduk di dalam daun yang berlapik, kalau nampak daun seperti ini, dengan segera daun ini ditekup dengan tangan untuk mengelakkan daripada terlepas. Jangan salah pilih pula, yang spider bontotnya besar tu betina, tak pandai gaduh. Yang betina kita gelarkan Mat Bon. Kalau sudah dapat spider, kita akan letakan di dalam kotak mancis. Dalam kotak mancis itu pula diletakan sekali daun untuk membolehkan spider itu berasa selesa. Ingat lagi aku, masa dulu aku punya spider diberi minum air susu, makanannya pula semut yang aku matikan terlebih dahulu. Tapi malangnya spider aku tidak pernah menang apabila berlawan. Asyik kalah saja, kemudiaannya aku lepaskan semula ke dalam habitat semulajadinya.


Kalau nak bercerita tentang permainan dulu-dulu ini memang seronok. Banyak lagi permainan yang aku mainkan, tapi cukuplah aku cerita yang tadi saja. Yang aku nak bangkitkan ialah, kenapa generasi sekarang makin melupakan Permainan Tradisional kita. Seronok kalau dimainkan Permainan Tradisional ini. Kanak-kanak sekarang lebih sukakan permainan video game seperti play station, yang tidak keluarkan peluh, main bolasepak yang tidak boleh bawa ke mana-mana (lainlah di Eropah). Kalaulah Permainan Tradisional ini dibawa ke peringkat sukan yang tinggi, contohnya Sukan Sea, Sukan Komanwel mahupun Sukan Olimpik, semestinya sudah ada pingat untuk Malaysia. Tapi kalau kalah juga, tak tahulah nak cakap apa.


Kini nampaknya Permainan Tradisional ini mula dilihat dimainkan semula, terutama dalam pertunjukan dan demonstrasi kepada pelancong asing. Jadi, Permainan Tradisional ini tidaklah luput begitu saja. Malah di peringkat MAKSAK juga, permainan ini masih dipertandingkan. Syabas MAKSAK di atas kesedaran ini.


Akhir kalam, aku mahukan Permainan Tradisional ini diperkenalkan semula, dikenalkan semula di peringkat sekolah rendah lagi agar para pelajar tahu akan permainan warisan kita. Majulah Permainan Tradisional untuk semua.