Showing posts with label perempuan. Show all posts
Showing posts with label perempuan. Show all posts

Thursday, August 7, 2014

PEREMPUAN KABARET


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.


++++++++++++++++++++++++++++++++++++
Entri ini bersifat ilmiah. Sudi-sudilah membacanya.
++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Kerana keraguan ibu bapa zaman dahulu terhadap sistem pendidikan di Tanah Melayu, anak-anak perempuan tidak diberikan pelajaran yang sepatutnya. Ibu bapa lebih suka memberi pelajaran ilmu agama berbanding pelajaran sekular.

Oleh kerana kebimbangan anak-anak perempuan mereka bergaul bebas dengan kaum lelaki di sekolah dan kerisauan terhadap sekolah Inggeris yang diajar oleh para Mubaligh Kristian maka ibu bapa lebih gemar untuk tidak 'menyekolahkan' anak mereka. 

Hal ini menyebabkan anak-anak perempuan Melayu kurang berilmu, tidak berpelajaran lalu menyukarkan mereka untuk mendapat tempat dalam pekerjaan di sektor kerajaan. Bagi ibu bapa, adalah sudah cukup untuk anak-anak perempuan mereka dapat menjadi isteri yang baik kepada bakal suaminya.

Anak-anak perempuan dahulu kebiasaannya berkahwin di awal usia dengan menurut kehendak ibu bapa. Ada juga yang dipaksa berkahwin oleh ibu bapa, tanpa kerelaan dirinya. Juga tabiat ibu bapa dulu-dulu yang gemar menjodohkan anak-anak perempuan mereka walaupun masih kecil.

Kemelesetan ekonomi dunia pada tahun-tahun 1930-an turut dirasai di Tanah Melayu. Harga getah juga jatuh dengan begitu mendadak. Keadaan ini menyebabkan perempuan-perempuan Melayu mula hendak mencari kerja untuk menampung keluarga. Namun apakah pekerjaan yang boleh dilakukan kerana ketiadaan kelulusan untuk bekerja.

Pada waktu yang sama, kelab-kelab seperti kabaret dan ronggeng banyak dibuka seperti cendawan tumbuh selepas hujan terutamanya di Negeri-negeri Selat. Peluang untuk perempuan-perempuan cantik bekerja terbentang luas.

Perempuan-perempuan Melayu mula pergi ke pekan dan bandar untuk mencari pekerjaan. Mereka yang mempunyai wajah rupawan dan pandai menari mula menceburkan diri dalam dunia kabaret. Mendapat upah dengan melayan lelaki-lelaki menari sambil menghiburkan diri. 


Gambar sekadar hiasan. Sumber >> KLIK <<


Namun, ia tidak terhenti setakat melayan kaum lelaki menari sahaja, ada sebilangannya mula melayan hawa nafsu lelaki dengan menjadi pelacur. Statistik bagi Negeri-negeri Selat ada menunjukan terdapat beberapa orang perempuan Melayu yang menjadi pelacur pada tahun-tahun tersebut. 

Kesimpulannya, walaupun taraf pendidikan mungkin menjadi penyebab mengapa perempuan-perempuan dahulu mula bertugas di kabaret, tetapi ia sepatutnya tidak menjadi penyebab utama. Orang-orang dahulu mempunyai adab dan kesopanan yang tinggi, mendidik anak-anak dengan didikan agama dan sepatutnya bertugas di kabaret bukanlah penyelesaian untuk membaiki ekonomi rumah tangga.

Thursday, June 27, 2013

KENAPA WANITA MALAYSIA BERTUDUNG TETAPI..........

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Pada minggu lepas aku telah diarahkan untuk menjadi pegawai pengiring (Liason Officer AKA L.O) bagi satu delegasi yang membuat lawatan kerja di jabatan tempat aku bekerja.

Dalam masa 3 hari aku menjadi L.O, banyaklah tempat-tempat aku membawa mereka seperti muzium, rumah-rumah tradisional, makam-makam bersejarah dan tak lupa juga ke pusat membeli- belah.

Semasa membawa delegasi tersebut membeli-belah, seorang wanita daripada delegasi tersebut telah menanyakan kepada aku satu soalan cepu emas iaitu "mengapa wanita Malaysia bertudung tetapi memakai baju lengan pendek?"

Aku pun lantas menjawab "saya rasa mereka menganggap aurat hanyalah sekadar menutup kepala". Itu saja yang aku jawabnya, ringkas.

Sebenarnya itulah yang sedang berlaku dalam masyarakat muslim di Malaysia pada zaman ini. Bukan sahaja menutup kepala tetapi berlengan pendek, malahan ada yang menutup kepala tetapi berpakaian dan berseluar ketat dan ada yang memakai tudung tetapi masih menampakan bentuk dada.

Sama-samalah kita saling mengingat-ingati antara satu sama lain. Aku pun perlu mengingati isteri aku sendiri.... Semoga kita semua berubah ke arah kebaikan dan membuat apa yang disuruh-Nya.

Friday, February 18, 2011

RENUNGAN BUAT WANITA BERGELAR ISTERI

Saya mahu kongsikan sedikit isi ceramah agama yang saya hadiri pagi ini. Cukup mudah dan sangat senang untuk dipraktikan oleh kaum wanita bergelar isteri untuk mendapat nikmat syurga oleh Allah :

1. Taat pada perintah Allah dan taat pada suami.

2. Menyediakan air kepada suami yang sedang dahaga.

Subhanallah... Cukup mudah bagi seorang isteri untuk ke syurga. Ini adalah janji Allah. Oleh yang demikian, bagi isteri-isteri di luar sana, laksanakanlah seperti yang diperintahkan oleh Allah ini.





Lain-lain isi ceramah :

1. Dalam kajian terbaru yang dilakukan oleh sebuah universiti dalam negara menyatakan bahawa hanya 5% umat islam di Malaysia menunaikan solat 5 waktu.

2. Umat islam hendaklah sentiasa berwaspada pada apa yang dimakan. Setiap makanan yang hendak dimakan perlulah Halalan Toyibban (yang halal lagi baik), kerana setiap makanan haram yang masuk ke dalam badan kita, maka api nerakalah bahan bakarnya.

3. Banyakkan selawat ke atas nabi Muhammad S.A.W. bagi mendapatkan syafaatnya di akhirat kelak.

4. Setiap wanita perlu menjaga harga diri. Tidak semudahnya menyerahkan diri kepada lelaki tanpa nikah. Sesungguhnya pada akhir zaman ini, nilai harga diri wanita begitu murah.

Banyak lagi isi ceramah yang dibicarakan, namun cukuplah sedikit ini sahaja bagi renungan kita bersama.




Monday, October 25, 2010

ELAK DIRI DINODAI

Sabtu lalu (23 Oktober 2010) jabatan tempat aku bekerja telah mengadakan satu kursus motivasi. Banyak informasi dan kesedaran dapat diperolehi sehinggakan anak-anak dan ibu bapa yang menghadiri kursus tersebut mengalirkan air mata.


Satu topik yang mahu aku kongsikan dari kursus tersebut ialah perihal anak-anak perempuan yang sedang meningkat umur. Mereka ini sering terdedah dengan pelbagai pergaulan, ingin bercinta dan menyintai, sifat ingin mencuba, beremosi dan sebagainya.


Yang ingin aku terangkan ialah tentang pergaulan bebas anak-anak perempuan masa kini dengan lelaki yang layak digelar "jantan". Anak-anak perempuan seharusnya mengelak dari dirinya dinodai oleh si "jantan" kerana lelaki yang ikhlas pastinya tidak akan menyentuh atau mengambil kesempatan kepada anak-anak perempuan yang sedang meningkat umur.


Bagi anak-anak perempuan, jadikanlah dirimu seperti buah durian, di mana isinya memang enak dimakan tetapi kulit yang berduri menyukarkan ianya dibuka. Maksudnya di sini ialah anak-anak perempuan haruslah berkeras dengan pujuk rayu si "jantan" agar dirinya tidak dinodai. Haruslah diingat wahai anak-anak perempuan sekalian, keseronokannya hanyalah sekejab semata-mata tetapi akibat daripada keseronokan itu amatlah berat ditanggung.


Ibubapa juga harus tegas dalam menjaga dan mendidik anak-anak. Bak kata penceramah motivasi tersebut, biarlah anak kita menangis sekarang supaya kita menangis di kemudian hari.


Sekali lagi ingin ditegaskan, jagalah diri wahai anak-anak perempuan, jangan biarkan dirimu dinodai sewenang-wenangnya. Jangan biarkan teman lelakimu menyentuh tubuhmu walau memegang tangan sekalipun. Ingat! Jadilah diri seperti buah durian.




* Video sekadar hiasan