Baru-baru ini aku telah mengeluarkan dua buah entri tentang dunia permuziuman di mana ia merupakan bidang pekerjaan aku. Mungkin tidak seperti bidang pekerjaan yang lain, muzium merupakan antara pusat pendidikan dan penyelidikan yang mana ramai pelajar, pengkaji dan penyelidik membuat rujukan.
Aku juga merupakan antara individu yang kerap didatangi oleh para penyelidik bagi mendapatkan maklumat yang diperlukan. Bahkan aku gemar 'melayan' mereka kerana memang tugas aku untuk berbuat demikian. Dan aku membantu mereka sebaik mungkin kerana aku memiliki semangat (passion) dalam bidang yang aku ceburi ini.
Jadinya, mengapa aku letakkan keterangan diri aku di dalam kedua-dua entri berkenaan dengan maklumat nama, jawatan, bahagian dan jabatan? Tujuannya tak lain tak bukan bagi membolehkan sekiranya terdapat mana-mana individu ingin mengambil dan memetik penulisan tersebut bagi membuat tugasan mereka sama ada assignment, penyelidikan dan sebagainya.
Aku sekadar ingin menyatakan bahawa entri tersebut ditulis oleh seseorang yang mempunyai kredibiliti untuk menulis entri itu di mana sememangnya aku bekerja dalam bidang permuziuman. Jadi, bagi individu yang ingin memetik penulisan atau entri tersebut tidak perlu ragu-ragu kerana ia ditulis oleh the right person. Niat aku sekadar membantu, jika penulisan tersebut dirasakan boleh membantu dalam menyiapkan tugasan kalian, silalah ambil.
Semoga penulisan-penulisan entri aku berkaitan bidang permuziuman boleh dimanfaatkan orang mereka yang memerlukannya.
😊😊😊