Showing posts with label pengumpul milo. Show all posts
Showing posts with label pengumpul milo. Show all posts

Thursday, June 6, 2013

MILO : BOTOL KOSONG PUN BOLEH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Bila balik ke rumah mak aku, aku biasalah juga singgah ke kedai runcit rakan aku yang terletak kira-kira selang dua, tiga kampung.

Datang melepak saja. Borak-borak. Aku amat bangga dengan pencapaiannya, sanggup berhenti kerja dan membuka kedai runcit. Kini sudah hampir 2 tahun kedainya beroperasi. Baru-baru ni aku datang, ada penambahan baru dibuat bagi membesarkan kedainya. Memang nampak maju kedainya sekarang.

Dalam berborak, mata aku melilau-lilau. Jadi, ternampaklah sebuah botol kosong Coklat Milo Choco Bar. Aku apa lagi, terus pergi ke botol tersebut dan meminta rakan aku menjualnya pada aku. Dia kata aku boleh ambil saja, tak perlu bayar. Lalu diambilnya lagi 2 botol diberikan kepada aku. Jadi 3 botollah aku dapat. Hey.. Sukanya.. :)

Dapat 3 botol.. :)

Choco Bar.. Asalkan Milo aku kebas.. 

Tuesday, June 4, 2013

PELEKAT MILO OLIMPIK ATHENS 2004


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Hobi mengumpul barangan Milo ni memang sudah 'berhantu' bagi diri aku. Aku tak tahu sampai bila aku mahu mengumpul. Tapi yang benarnya memang aku tengah syok mengumpul barang-barang Milo ni.

Baru-baru ni, aku ada membeli 3 helai pelekat Milo sempena Sukan Olimpik Athens pada tahun 2004. Setiap helai ada 6 pelekat bergambar ahli-ahli sukan. Ada sukan renang, badminton, olahraga, bola sepak dan sebagainya.

Aku beli ni pun bukannya untuk dilekat di mana-mana, cuba mahu disimpan sahaja. Tak tahulah sampai bila akan kusimpan baranagan Milo semua ni.

Ok.. Dah jom layan saya gambar pelekat Milo Olimpik Athens 2004 yang telah aku nyatakan tadi.

Dapat 3 helai. Tak tahulah sama ada koleksi ini sudah lengkap atau belum

Macam-macam gambar ada...

Gambar kanan paling bawah, pasukan hoki Malaysia.. Malaysia Boleh!! 

Lain-lain sukan...

Tuesday, June 19, 2012

TIN MILO 50 TAHUN MERDEKA

Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.

Sebenarnya saya sudah lama perhatikan Tin Milo 50 Tahun Malaysia Merdeka ini. Banyak dijual secara dalam talian tak kiralah dalam blog, Mudah.my mahupun Lelong.com. Harga yang ditawarkan agak tinggi juga sekitar RM 30 hingga ke RM 40.

Pada pendapat saya, tin yang baru berusia kira-kira 5 tahun tidaklah semahal itu, mungkin ada yang akan menjual murah lagi. Saya memang sentiasa memerhatikan pasaran tin Milo tersebut di pasaran dalam talian.

Pada satu hari saya dikenalkan oleh seorang rakan sekerja tentang pasar karat yang terdapat di Jonker Street, Melaka. Ya Allah... Berapa lama saya duduk di Melaka, saya tidak tahu akan kewujudan pasar karat tersebut. Ermm.. Mungkin boleh dimaafkan kerana saya baru saja berkecimpung dalam bidang kumpul mengumpul ini.








Erm.. Beginilah keadaannya pasar karat di Jalan Hang Lekir @ Jonker Street, Melaka. Kepada para pengumpul dari negeri lain bolehlah bertandang ke sini untuk 'memburu' apa yang patut. Ia dibuka pada waktu pagi setiap hari Ahad.

Dan hasil lawatan pertama saya ke pasar karat ini, saya perolehi Tin Milo 50 Tahun Malaysia Merdeka dengan harga RM 12 sahaja. Memang berbaloi. Tapi tiada barang Milo lain yang menarik, kalau ada pun, saya sudah memilikinya.





Akhirnya dapat juga saya tin ini. Erm.. yang bawah ini pula penanda buku Milo yang juga boleh berfungsi sebagai pembaris yang saya dapat dari 'promoter' di pasar raya 'biru'.... :)