Showing posts with label pengawal. Show all posts
Showing posts with label pengawal. Show all posts

Sunday, September 29, 2013

PENGAWAL KESELAMATAN POPULAR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Inilah aku, cerita sudah basi, baru aku nak buat cerita. Hehehe.. Sebenarnya aku lebih kepada 'wait and see'. Aku biarkan sesuatu isu berkembang pesat, barulah aku mencelah untuk membuat kesimpulan. :)

Siapa tak kenal pakcik ni, tak taulah nak kata ape...



Lihat, betapa popularnya pakcik ni sekarang disebabkan kisah.., ahh, tak perlulah cerita, pasti semua sudah tahu.

Sebenarnya aku taknak cakap bahawa pakcik ni betul 100% atau isteri M** Y* tu salah 100% kerana kitapun tidak tahu menahu sebab musabab kisah yang sebenar-benarnya. Tahu-tahu kita disajikan dengan video berdurasi pendek, di mana isteri M** Y* sedang berlawan mulut dan memaki hamun pakcik tersebut.

Rata-rata kita menyokong pakcik tersebut apabila beliau dimaki hamun oleh seorang wanita. Berikutan usia pakcik tersebut agak berumur, justeru ramai warga kita yang amat tersinggung dengan perbuatan itu dan terus menghukum wanita tersebut sebagai seorang yang kurang ajar dan tidak hormat orang tua. 

Akibat daripada provokasi melampau dengan kata-kata kejian, dilihat pakcik tersebut hilang kawalan dan seakan-akan menyerang wanita tersebut. Namun dikhabarkan, pakcik tersebut yang kena tendang.

Beberapa hari yang lalu kedengaran pula berita saman-menyaman akan berlaku. Masing-masing membuat laporan polis untuk memanjangkan isu ini ke mahkamah. Terbaru, isteri M** Y* pula dikhabarkan telah membuat permohonan maaf kepada rakyat Malaysia. Eh, tapi kenapa bukan pada pakcik tu erk?

Apa-apapun, apa yang dapat disimpulkan dan apa yang perlu kita pelajari ialah :

1. Perlu saling hormat-menghormati antara satu sama lain seperti pepatah Yang Tua Dihormati, Yang Muda Dikasihi.

2. Jangan membuat provokasi yang melampau, akibat nanti buruk padahnya. Kata-kata kejian dan makian perlulah kita hindarkan dari pertuturan kita.

3. Bersabar, bersabar dan bersabar. Nabi kita Nabi Muhammad S.A.W tetap bersabar walaupun dilempar tahi dan batu oleh musuhnya. Kalau kita dapat mengikuti sifat sabar ini, sudah cukup baik.

4. Bermaaf-maafan antara satu sama lain dan jangan dipanjang lebarkan sesuatu perkara sehingga mendatang kebencian mana-mana pihak.

Sumber gambar : Google Image