Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dua hari yang lepas saya ada membuat cerita bertajuk
Kapal Selam Selamat Sampai Ke Melaka di mana kerja-kerja mengangkut kapal selam sedang dijalankan untuk dibawa ke daratan. Pada hari ini saya sertakan bersama gambar-gambar kapal selam yang telah berjaya diletakkan di lokasi cadangan Muzium Kapal Selam.
Saya hadir ke tapak untuk menghadiri majlis ringkas doa selamat di mana ianya turut dihadiri oleh YAB Ketua Menteri Melaka. Pada masa ini kapal selam ini sedang dijalankan kerja-kerja pembersihan udara di dalam badan kapal selam tersebut bagi memastikan ianya selamat. Di dalam gambar, boleh dilihat sepasukan anggota bomba sedang melaksanakan tugas.
Buat masa ini kapal selam ini dibuka untuk tatapan umum sebelum ianya ditutup bagi kerja-kerja menaiktaraf. Baru sahaja berita kapal selam ini telah selamat diletakkan di lokasinya, telah ramai warga Melaka yang datang untuk menyaksikan kapal selam ini. Begitulah kekreatifan kerajaan negeri Melaka yang pandai untuk mengambil peluang untuk memajukan sektor pelancongan negeri.
Di bawah ini disertakan beberapa gambar untuk tatapan semua.
Kapal Selam Ouessant (Kelas Agosta)
Kerja-kerja membersihkan udara di dalam badan kapal selam
Kehadiran YAB Ketua Menteri Melaka
YAB Ketua Menteri dan bos besar saya bersedia untuk naik ke kapal selam
Naik menggunakan "skylift" bomba
Bacaan doa selamat. Semoga selamat semuanya.
Sempat bergambar kerana keterujaan dengan kapal selam ini.