Showing posts with label ouessant. Show all posts
Showing posts with label ouessant. Show all posts

Monday, February 4, 2013

INSTAGRAM ON BLOG : MUZIUM KAPAL SELAM

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Siapa yang pernah ke Muzium Kapal Selam? Mungkin bagi mereka yang pernah sampai di sini dahulu tidak dapat memasuki ke dalam 'perut' kapal selam ini. Namun kini, para pelawat sudah boleh memasuki ke bahagian dalam kapal selam Ouessant ini dan melihat sendiri peralatan, mesin-mesin dan perkakasan yang terdapat di dalam kapal selam ini.
 
Kebetulan malam semalam merupakan percubaan pertama pakej tidur di dalam Muzium Kapal Selam (Night At The Melaka Submarine Museum), jadinya aku pun turut serta di dalam program tersebut. Namun aku tidaklah tidur, peserta dari UiTM Melaka yang dipilih untuk menjadi peserta pertama yang merasmikan percubaan pakej tersebut.
 
Jom, layan saja gambar-gambarnya...
 
Sesi Taklimat

Bergambar Sebelum Tidur

Ruang Pelancar Torpedo

Bilik Tidur Krew

Peralatan Komunikasi

Hak Mutlak Pegawai Pemerintah

Ruang Mesyuarat / Perbincangan

Ruangan Laluan Yang Sempit

Bilik Tidur Krew. Tiga Tingkat dan Ruangan Yang Terhad

Ruang Dapur

Alat-alat Kawalan


Sempat Ber'posing'

Ber'posing' Sekali Lagi...

Dan Lagi....
 
Tahun Lepas Saja Sudah Lebih 800,000 Orang Pelawat
 

Friday, November 18, 2011

KAPAL SELAM TERDAMPAR DI DARATAN





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dua hari yang lepas saya ada membuat cerita bertajuk Kapal Selam Selamat Sampai Ke Melaka di mana kerja-kerja mengangkut kapal selam sedang dijalankan untuk dibawa ke daratan. Pada hari ini saya sertakan bersama gambar-gambar kapal selam yang telah berjaya diletakkan di lokasi cadangan Muzium Kapal Selam.

Saya hadir ke tapak untuk menghadiri majlis ringkas doa selamat di mana ianya turut dihadiri oleh YAB Ketua Menteri Melaka. Pada masa ini kapal selam ini sedang dijalankan kerja-kerja pembersihan udara di dalam badan kapal selam tersebut bagi memastikan ianya selamat. Di dalam gambar, boleh dilihat sepasukan anggota bomba sedang melaksanakan tugas.

Buat masa ini kapal selam ini dibuka untuk tatapan umum sebelum ianya ditutup bagi kerja-kerja menaiktaraf. Baru sahaja berita kapal selam ini telah selamat diletakkan di lokasinya, telah ramai warga Melaka yang datang untuk menyaksikan kapal selam ini. Begitulah kekreatifan kerajaan negeri Melaka yang pandai untuk mengambil peluang untuk memajukan sektor pelancongan negeri.

Di bawah ini disertakan beberapa gambar untuk tatapan semua.

Kapal Selam Ouessant (Kelas Agosta)

Kerja-kerja membersihkan udara di dalam badan kapal selam

Kehadiran YAB Ketua Menteri Melaka

YAB Ketua Menteri dan bos besar saya bersedia untuk naik ke kapal selam

Naik menggunakan "skylift" bomba

Bacaan doa selamat. Semoga selamat semuanya.

Sempat bergambar kerana keterujaan dengan kapal selam ini.

Wednesday, November 16, 2011

KAPAL SELAM SELAMAT SAMPAI KE MELAKA








Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Gambar menunjukan kapal selam Ouessant (kelas Agosta) sedang diangkut ke daratan Dataran 1 Malaysia, Klebang Besar, Melaka. Kapal selam ini telah dibawa belayar dari Brest, Peranchis ke perairan Melaka dengan pengangkutan Felda Transpot Services Sdn. Bhd.

Sebelum ini saya telah diberikan tanggungjawab untuk menyediakan perincian penubuhan muzium kapal selam ini. Sila baca di sini untuk mengetahuinya. Namun, kerja saya tidak selesai kerana saya bertukar unit dari Unit Pemuziuman ke Unit Konservasi. Apa boleh buat, di tempat saya bekerja memang mengamalkan sistem pertukaran unit yang bertujuan untuk memahirkan semua kakitangan dalam setiap aspek pengurusan muzium. Jadinya, mana-mana bahan rujukan dan sedikit penulisan yang saya telah buat dulu (baru sedikitpun), saya serahkan kepada pegawai yang bertanggungjawab, manalah tahu, ianya boleh membantu.

Harapan saya untuk melihat penubuhan muzium ini berjaya. Saya amat yakin, ianya bakal membawa tarikan yang besar kepada negeri Melaka setanding dengan muzium-muzium terkenal di negeri Melaka seperti Muzium Sejarah, Muzium Istana Kesultanan Melaka dan juga Muzium Samudera (Kapal Flor De La Mar)

Sumber gambar : Facebook Perbadanan Muzium Melaka

Tuesday, February 1, 2011

KENAPA KAPAL SELAM?

Gambar : Laman web TLDM

Hari ini aku publishkan gambar Kapal Selam milik Malaysia iaitu KD Tunku Abdul Rahman. Kenapa ye? Pasal aku telah diberikan tugas oleh Bos Besar untuk menyiapkan Kertas Cadangan Penubuhan Muzium Kapal Selam. Dalam syok buat kertas kerja ni, sempat juga aku buat satu entry ni.. Bukan apa, nak selang selikan sedikit, iklan lah katakan.. Puas nak cari maklumat pasal kapal selam ni.. Bukak laman web itu, bukak laman web ini.. Bagus juga ada internet ni, pencarian maklumat kini lebih mudah.

Tapi dalam pencarian maklumat tu, kita perlu juga menilai, samada maklumat itu benar atau sebaliknya. Sebaiknya, bagi tugasan formal, kita kena rujuklah pada laman web yang rasmi, atau yang benar-benar boleh dipercayai. Takut nanti dapat pulak maklumat palsu.

Nak diceritakan lagi, aku suka buat kerja macam ni. kalau diberikan tugas macamni secara tidak langsung aku akan mempelajari sesuatu. Kalau dulu aku tak tau sangat pasal kapal selam, kini adalah juga maklumat yang aku tahu pasal kapal selam ni. Kiranya orang tak boleh tipu aku pasal kapal selam.. :)





Sedikit maklumat ingin aku kongsikan. Malaysia kini mempunyai 2 buah kapal selam iaitu KD Tunku Abdul Rahman dan KD Tun Abdul Razak. Terdapat juga sebuah kapal selam latihan iaitu Ouessant yang kini dicadangkan untuk dijadikan muzium memandang tempoh perkhidmatan kapal selam ini sudah lama dan sudah tidak praktikal serta kos yang tinggi untuk dibaik pulih.

Di Asia Tenggara, Malaysia merupakan negara ketiga yang mempunyai kapal selam selepas Singapura dan Indonesia. Kini Singapura mempunyai enam buah kapal selam, Indonesia dua buah dan Malaysia dua buah kapal selam.