Showing posts with label nabi muhammad. Show all posts
Showing posts with label nabi muhammad. Show all posts

Tuesday, January 28, 2025

Salam Israk Mikraj 1446 Hijrah


Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,

Segala puji bagi Allah SWT, Tuhan sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad SAW, keluarga Baginda, para sahabat serta seluruh umat Islam yang istiqamah dalam menjalankan perintah-Nya.

Pada hari yang penuh keberkatan ini, kita menyambut Israk dan Mikraj, satu peristiwa agung yang mengandungi pelbagai hikmah dan pengajaran buat umat Islam. Israk Mikraj bukan sekadar kisah perjalanan luar biasa Nabi Muhammad SAW dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa, seterusnya naik ke Sidratul Muntaha. Ia adalah satu peringatan besar tentang keimanan, ketaatan dan kepercayaan yang perlu kita tanam dalam diri.

Pengajaran Utama Israk Mikraj. Peristiwa ini membawa beberapa mesej utama yang relevan sepanjang zaman:

1. Kepentingan Solat
Perintah solat lima waktu yang diterima secara langsung oleh Nabi SAW adalah simbol betapa pentingnya hubungan kita dengan Allah SWT. Solat adalah tiang agama dan penghubung utama antara hamba dengan Tuhannya.

2. Keimanan yang Kukuh
Israk Mikraj menguji keimanan umat Islam pada masa itu, terutama apabila peristiwa ini diceritakan oleh Nabi SAW kepada kaumnya. Kita diajar untuk yakin pada perkara ghaib dan ketetapan Allah walaupun tidak dapat difahami dengan akal logik.

3. Keistimewaan Umat Islam
Nabi SAW bertemu para nabi terdahulu dalam perjalanan ini, menunjukkan bahawa umat Islam adalah sebahagian daripada rangkaian keimanan yang panjang. Kita adalah umat yang dipilih untuk menjadi contoh kepada manusia lain.

Sebagai umat Islam, kita diseru untuk menjadikan Israk Mikraj sebagai titik refleksi untuk memperbaiki diri. Tingkatkan amalan solat, kukuhkan akidah dan jalankan kehidupan dengan penuh rasa tanggungjawab sebagai khalifah di muka bumi.

Akhir kata, marilah kita mengambil peluang pada hari yang mulia ini untuk memperbanyakkan ibadah, berdoa dan bermuhasabah agar kehidupan kita sentiasa berada dalam rahmat dan keberkatan Allah SWT. Semoga kita semua tergolong dalam golongan yang sentiasa dekat dengan-Nya dan diberi syafaat oleh Nabi Muhammad SAW di akhirat kelak.

Salam Israk Mikraj 1446H

Semoga peristiwa ini terus menjadi inspirasi buat kita semua untuk menjadi umat yang lebih baik.

Wassalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.

Friday, June 28, 2013

40 KALI LEBIH NIKMAT


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Apa yang dimaksudkan di sini ialah adab makan Nabi Muhammad S.A.W, iaitu nabi mengunyah makanan sebanyak 40 kali kunyahan sebelum menelannya. 

Aku mula hendak mempraktikkannya dan ternyata, kalau kita mengunyah makanan dengan kunyahan yang lama, kita dapat merasai kenikmatan makanan yang kita makan. 

Gambar sekadar hiasan. Rujukan gambar KLIK

Ada yang berkata, 'mana boleh nak kunyah lama-lama?'. Sebenarnya memang boleh. Cubalah praktikkannya. Kalau tidak sampai 40 kali kunyahan sekalipun, cubalah mengunyah makanan tersebut selumat-lumatnya sebelum ditelan.

Selain dapat merasakan kenikmatan makanan tersebut, terdapat banyak kebaikkan mengunyah makanan sehingga lumat. Boleh terus membaca pada rujukan yang telah disertakan.

Rujukan : >> KLIK <<

Thursday, April 4, 2013

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W KEPADA SAIDINA ALI R.A


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Alhamdulillah, aku suka bersembahyang Jumaat di sebuah masjid ini, selain daripada dapat mendengar khutbah, di masjid ini kerap mengedarkan risalah-risalah ilmu untuk bacaan para jemaah. 

Jadi, dikesempatan ini aku ingin berkongsikan sedikit ilmu yang terkandung dalam risalah tersebut dan semoga ianya dapat dimanfaatkan oleh kita. Insha Allah.

WASIAT NABI MUHAMMAD S.A.W KEPADA SAIDINA ALI R.A :

Wahai Ali, bagi orang mukmin itu ada 3 tanda-tandanya :

1. Tidak terpaut hatinya pada harta benda dunia
2. Tidak terpesona dengan pujuk rayu
3. Benci terhadap perbualan dan perkataan sia-sia

Wahai Ali, bagi orang alim itu ada 3 tanda-tandanya :

1. Jujur dan berkata-kata
2. Menjauhi segala yang haram
3. Merendahkan diri

Wahai Ali, bagi orang yang jujur itu ada 3 tanda-tandanya :

1. Merahsiakan ibadahnya
2. Merahsiakan sedekahnya
3. Merahsiakan ujian yang menimpanya

Wahai Ali, bagi orang yang takwa itu ada 3 tanda-tandanya :

1. Takut berlaku dusta dan keji
2. Menjauhi kejahatan
3. Memohon yang halal kerana takut jatuh dalam keharaman

Wahai Ali, bagi ahli ibadat itu ada 3 tanda-tandanya :

1. Mengawasi dirinya
2. Menghisap dirinya
3. Memperbanyakkan ibadah kepada Allah S.W.T

Wallahuaklam.

Friday, July 1, 2011

NASIHAT NABI MUHAMMAD KEPADA PENGIKUTNYA SELEPAS PERISTIWA ISRA' DAN MI'RAJ DAN PENGAJARANNYA



LIMA NASIHAT NABI MUHAMMAD S.A.W. SETELAH BAGINDA MENGALAMI PERISTIWA ISRA' DAN MI'RAJ :

1) Cintailah Allah. 

2) Berusaha untuk mengejar / menuju ke syurga. 

3) Jangan bergantung kepada dunia sahaja.

4) Berbaik-baik sesama manusia dan jangan putus harapan kepada Allah S.W.T. 

5) Bangun malam untuk beribadat. 

PENGAJARAN DARI PERISTIWA ISRA' DAN MI'RAJ :

1) Menunjukan kekuasaan Allah S.W.T

2) Menunjukan keagongan Nabi Muhammad S.A.W 

3) Menguji keimanan manusia

4) Menguji pemikiran manusia 

Sekian, wallahuaklam.