Showing posts with label minuman hari raya. Show all posts
Showing posts with label minuman hari raya. Show all posts

Thursday, August 22, 2013

APABILA NESCAFE BERTEMU AIS KRIM SODA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Kalau tidak silap, pada Hari Raya Aidilfitri 4 tahun yang lepas, aku dan isteri ada pergi beraya ke rumah bos isteri aku. Rumahnya tidak jauhpun dari rumah aku, satu taman perumahan yang sama.

Sebenarnya aku masih terngiang-ngiang dalam fikiran aku perihal keenakan minuman istimewa yang dihidangkan pada ketika itu iaitu air Nescafe yang telah dicampurkan dengan Ais Krim Soda.

Gabungan mantap.. Nescafe + Ais Krim Soda = NesSoda

Aku tak pasti tekak masing-masing tetapi bagi aku, air tu memang sedap. Masih boleh diterima oleh tekak aku. Bayangkan kita sedang minum Sirap Bandung yang dicampurkan dengan Ais Krim Soda, sedap bukan?

Walaupun sudah 4 tahun lalu aku merasa air tersebut, namun baru sekarang aku mahu mencuba untuk membuat sendiri. Ternyata, rasanya menjadi, sepertimana yang aku rasa dahulu. Sudah 2,3 kali juga aku mencubanya, memang sedap. :)

Aku pasti, ramai yang sudah tahu resepi minuman ini. Namun, bagi yang tidak tahu membuatnya, di sini aku mahu kongsikan caranya..

Bahan :

Nescafe
Air Ais Krim Soda
Air Panas
Susu Pekat

Cara membuat :

(1) Masukkan 1/2 sudu serbuk Nescafe ke dalam gelas. Kemudian masukkan 1/4 air panas. 

(2) Masukkan susu pekat secukup rasa kemudian kacau sehingga susu benar-benar larut.

(3) Akhir sekali masukkan air Ais Krim Soda

* Lebih sedap diminum sejuk sama ada menggunakan air batu atau menyejukkannya di dalam peti ais. 

Hehe.. Nak kata aku pakar buat air takdelah juga... Adalah sedikit pengalaman bekerja sambilan sebagai pengacau air di kedai datuk saudara dan di kedai abang ipar aku suatu masa dahulu... :)