Showing posts with label mimpi. Show all posts
Showing posts with label mimpi. Show all posts

Monday, September 9, 2013

HAMPIR-HAMPIR BERKAHWIN KALI KEDUA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.


Gambar sekadar hiasa. Rujukan gambar sila KLIK


Entah kenapa selepas aku mempunyai isteri dan dua orang anak, si dia yang pernah aku kenali dulu hadir pada aku dan ingin kembali menjalinkan hubungan seperti satu masa dahulu.

Aku agak pening memikirkannya. Dahulu, hubungan aku terputus dengannya pun tanpa sebarang alasan yang kukuh. Tiba-tiba dia diam membisu tanpa sebarang berita. Begitulah dikatakan perhubungan jarak jauh. Ketika itu, aku menyambung pelajaran di Shah Alam dan dia pulang ke kampung halaman lantaran tidak dapat melanjutkan pelajaran.

Sudah agak lama... Sudah lebih 10 tahun aku tidak pernah menghubungi dan berjumpa dengannya. Aku pun sudah lama melupakannya. Tetapi kini, kami bertemu di satu majlis reunion sekolah. Semasa bertemu, masing-masing seakan malu-malu. Namun akhirnya kami sudah mula berbual-bual dan kembali mesra.

Dalam perbualan dia ada menyatakan bahawa dia masih single. Biar betul? Kami sebenarnya sekelas dan seusia. Maksudnya di sini umurnya sudah awal 30-an namun masih belum berkahwin. Namun aku tak mahulah bercerita dengannya mengapa dia tidak kahwin lagi. Mungkin belum jodoh dia.

Aku pun tak pasti mengapa selepas reunion tu, hubungan kami kembali intim. Saling berhubungan melalui telefon. Namun, hubungan aku ini tidak diketahui oleh isteri aku. Kalau dia dapat tahu, mahunya goyang juga rumah tangga aku.

Dalam beberapa bulan aku berhubungan dengan dia, sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku. Dia mengajak aku bernikah. Dia menyatakan bahawa dia sanggup hidup bermadu dengan isteri aku. Aduh.. Biar betul!! Macam mana aku nah handle semuanya ni?

Dalam 2,3 hari aku puas memikirkannya sama ada mahu mengangkat dirinya sebagai isteri kedua aku atau sebaliknya. Bagaimana pula penerimaan isteri aku? Pasti perang besar akan berlaku. Tapi mengenangkan si dia masih belum berkahwin, kesian pula. Bagaimana pula dengan sumber kewangan.., mampukah aku?

Dalam asyik memikir, aku terlena di atas sofa di rumah aku. Isteri dan anak-anak tidur di dalam bilik. Aku pun taknaklah isteri aku perasan yang aku asyik memikir sesuatu yang serius, jadinya aku memang sengaja mahu melenakan diri di sofa di ruang tamu.

Tiba-tiba pada satu pagi yang nyaman terdengar suara isteri aku, "bang bangun dah pagi, ma dah masak nasi lemak". Huh.. rupa-rupanya aku bermimpi. Belum sempat nak kahwin nombor dua, dah kena kejut. :) Hehehe.. Jangan marah ye.


**********

Buat isteriku yang ku sayang dan cintai, kaulah satu-satunya bagiku, tiada dua, tiada tiga. Harapanku, kau kan menjadi bidadariku di syurga kelak. Insha Allah...

Tuesday, April 23, 2013

DITINDIH JIN / SYAITAN SEMASA TIDUR

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Aku percaya bahawa ramai yang pernah kena tindih Jin / Syaitan semasa tidur. Begitu juga aku, beberapa kali juga aku berpengalaman ditindih semasa tidur.

Hendak dijadikan cerita, malam semalam aku kena tindih semasa tidur. Ketika itu aku tidur keseorangan di atas sofa di ruang tamu. Aku tidur pun lewat, menghampiri ke pukul 2.00 pagi baru aku tidur.

Seingat aku, aku baru saja terlelap dan telah ditindih dalam beberapa minit aku lelapkan mata. Terasa agak lama ditindih. Aku tak pasti antara aku sedar atau tidak, aku ternampak satu lembaga berpakaian serba putih menghampiri aku. Makin lama, makin dekat.

Sumber gambar : KLIK


Mulut aku terkumat-kamit untuk membaca ayat-ayat suci namun malangnya mulut aku tertutup. Terasa badan aku meronta-ronta untuk melepaskan dari terus ditindih.

Lembaga berpakaian serba putih tersebut semakin menghampiri aku. Aku terus berusaha membaca sesuatu namun tetap gagal. Dalam aku meronta-ronta tiba-tiba aku terjaga sambil menjerit "aaarrghhhhhhh....!".

Aku duduk melunjur sambil beristighfar banyak kali... Astagfirullah... Astagfirullah.. Astagfirullah... Sambil badan aku berpeluh-peluh. Kebetulan pula komputer riba berada di meja kopi berdekatan, lantas aku memainkan alunan surah Yaasin.

Termenung jugalah seketika. Sekali terfikir, adakah ia ada kaitan dengan ekspedisi mendaki Gunung Angsi yang aku baru daki siang tadi? Aku pun tidak dapat pastikan. Harap-harapnya malam ini tiada lagi gangguan dalam tidur aku.

Lepas tu aku terus sambung tidur semula sendirian di ruang tamu. Nak saja tidur di dalam bilik, tapi teringatkan ada anak yang masih kecil, aku tidurlah di luar saja dulu.

Ada sesiapa yang punyai pengalaman ditindih? Jom kongsi cerita.

(Ps : Selepas tamat menulis entri ini baru terperasan sedikit maklumat pasal ditindih semasa tidur di mana ianya mungkin disebabkan SLEEP PARALYSIS <<< klik untuk membaca. Mungkin juga aku terkena SLEEP PARALYSIS kerana terlalu penat)