Showing posts with label mesir. Show all posts
Showing posts with label mesir. Show all posts

Sunday, July 7, 2013

KASIHAN MOHAMED MORSI, KASIHAN MESIR


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Memang tak fahamlah aku dengan masalah di Mesir ni. Memang benarlah dalam demokrasi, rakyat mempunyai kuasa untuk memilih pemimpin iaitu melalui peti undi. Tapi bukanlah dengan mengguling.

Rujukan gambar : Google Image


Kalau asyik-asyik nak gulingkan pemimpin, sampai bilalah negara nak bergerak maju. Mohamed Morsi baru setahun jagung dalam pentadbiran Mesir sudahpun digulingkan. Kalau betulpun rakyat berkuasa, agak-agaklah juga. Bagilah masa dan ruang untuk beliau mentadbir. Kalau betulpun ada kegagalan dan kekurangan, ia masih boleh diperbaiki. Guling mengguling bukanlah cara yang terbaik.

Tak pastilah sampai bila politik Mesir akan terus begini. Adakah selepas menggulingkan Mohamed Morsi, seorang pemimpin yang lebih baik akan muncul atau kelak beliau juga akan digulingkan? Kalau macam tu senanglah politik sekarang, tak suka saja guling.., tak suka saja, guling...

Monday, February 14, 2011

PENGAJARAN DARI KRISIS MESIR

Mesir sebuah negara yang kaya dengan minyak. Negara yang terletak di dunia Arab dan mengamalkan sistem pemerintahan berpresiden. Sejak sekian lama negara tersebut mengecapi keamanan, namun kini Mesir bergolak dengan tindakan tunjuk perasaan besar-besaran oleh rakyat Mesir bagi menuntut pengunduran Hosni Mubarak.

Dalam krisis yang melanda Mesir ini, dapatlah pengajaran-pengajaran yang boleh diperolehi samaada baik atau sebaliknya yang boleh diteliti oleh pemimpin-pemimpin sesebuah negara.




1. Jangan memimpin terlalu lama. Nanti rakyat bosan. (kalau negara terus maju dan rakyat terpelihara tak mengapa, ini tidak, rakyat terbiar)

2. Tunjuk perasaan besar-besaran untuk jatuhkan presiden (jangan amalkan! Kalau macam ini caranya habislah sistem demokrasi. Kalau boleh semua negara nak buat macam ini untuk jatuhkan pemimpin)

3. Bagi negara Islam, jangan sekali-kali pro Israel (inilah akibatnya kerana pro Israel, orang Islam di negara jiran sendiripun mahu ditindas demi Israel tercinta!)

4. Jangan jadi boneka Amerika (minyak.. minyak.. minyak, lepas ini sekiranya Presiden yang naik ialah anti Amerika, habislah Amerika. Kalau Mesir tak ikut telunjuk Amerika, pastinya Mesir bakal menjadi seperti Iraq. Sekarang ini Amerika syok sendiri seperti hero yang menasihatkan Mubarak supaya berundur, pada hakikat pengunduran ini adalah kerana tekanan rakyat Mesir sendiri)

5. Sistem keselamatan perlu diperketat (dalam menempuh ketidaktentuan seperti ini, pasukan keselamatan seharusnya lebih aktif dan bersedia untuk menerima segala kemungkinan, kalau tak masakan banduan boleh terlepas, pecah rumah / kedai berleluasa dan sebagainya)

6. Bawa pulang pelajar / rakyat segera ke tanah air (tindakan awal perlu diambil untuk tidak mengheret warga negara ke kancah krisis. Tindakan kerajaan Malaysia membawa pulang segera rakyat Malaysia ke tanah air adalah tindakan yang wajar bagi mengelakan sebarang kemungkinan berlaku ke atas mereka)

Tuesday, February 8, 2011

KENALI HOSNI MUBARAK

Nama penuh beliau ialah Muhammad Hosni Sayid Sayid Ibrahim Mubarak lahir 4 Mei 1928) merupakan Presiden Mesir ke-4 sejak 1981.

Sebelum menjadi Presiden, Mubarak menjadi askar Tentera Udara Mesir. Beliau menjadi Naib Presiden di bawah Anwar Sadat, dan menggantikan Sadat yang dibunuh pada 6 Oktober 1981.Hosni Mubarak (dilahirkan 4 Mei 1928), dilantik menjadi Naib Presiden pada 1975.

Mubarak dilahirkan di Kafr-El-Meselha, pentadbiran Gabenor Monufiyah, Mesir. Apabila tamat sekolah tinggi, beliau menyertai Akademi Militer Mesir, di mana beliau menerima Darjah Sarjana Muda dalam Sains Ketenteraan pada 1949. Pada 1950, beliau menyertai Akademi Tentera Udara Mesir, akhirnya mendapat Sarjana Muda Sains Penerbangan, dan ditugaskan dalam skuadron pengebom.

Kemudiannya beliau diterima masuk ke sekolah latihan juruterbang Kean, Moscow. Selepas menyempurnakan latihannya, Mubarak menjadi pegawai Tentera Udara Mesir berkhidmat sebagai juruterbang dan naik pangkat menjadi panglima markas. Kerjaya tentera udara beliau sampai kemuncaknya pada 1972 apabila beliau menjadi Komander Tentera Udara.




Berikutan pembunuhan Presiden Sadat oleh militan Islam pada 1981, Hosni Mubarak menjadi Presiden Republik Arab Mesir dan Pengerusi Parti Demokratik Kebangsaan (NDP). Beliau juga Presiden Republik Mesir paling lama. (30 tahun pada 2011)

Sumber : Wikipedia

Saturday, February 5, 2011

MESIR BERGOLAK






Gambar : Pakcik Google

Betul-betul punya besar krisis yang dibuat penyokong anti-residen Mesir, Hosni Mubarak. Inilah yang berlaku apabila rakyat bersuara. Dan inilah yang dikatakan kebebasan bersuara yang dilaung-laungkan oleh Barat. Pada pendapat peribadi akulahkan.., kebebasan bersuara ini boleh, tapi tetap tertakluk dengan peruntukan yang ada dalam undang-undang. Kalau macam ni, senang sajalah. Mana-mana negara yang tidak suka Presiden atau Perdana Menteri, mereka boleh buat demontsrasi jalanan macam ni dan tidak perlu adakan pilihanraya. Kalau dah kacau bilau macam ni, siapa susah? Orang ramai susah, ekonomi tidak dapat dijana, pelancongan lumpuh dan pelbagai-bagai perkara negatif berlaku.

Aku cakap macam ni bukan bermaksud aku ni pro Hosni Mubarak. Tapi bagi aku, ada pelbagai cara lain yang boleh dibuat selain menimbulkan huru hara macam ni.. Masih ada ruang perbincangan. kalau nak gulingkan Presiden pun ada lagi cara yang lebih sopan. pasti ada cara yang terbaik yang boleh dilakukan.

Harapan aku, semoga krisis ini cepat dapat diatasi. Jagan sampai lebih banyak pertumbahan darah berlaku. Si Hosni Mubarak ni pon satu, kalau rakyat dah suruh turun tu, lepaskanlah saja jawatan tu..