Showing posts with label menara taming sari. Show all posts
Showing posts with label menara taming sari. Show all posts

Thursday, November 7, 2024

Menara Taming Sari : Pengalaman Yang Tak Pernah Dilupakan

Kalau sebut je Menara Taming Sari, mesti ada banyak kenangan dalam kepala aku. Dulu, aku pernah naik menara ni banyak kali, sampai tak ingat dah berapa kali. Tapi entah kenapa, dah lama jugak aku tak jejakkan kaki ke sana. Mungkin sebab dah rasa macam biasa je naik. Cuma hujung bulan lepas aku sertai Treasure Hunt yang dianjurkan oleh Menara Taming Sari. Padahal, kalau fikir balik, pengalaman naik menara ni memang best.


Menara Taming Sari ni lain sikit daripada yang lain. Dengan lif kaca yang bawa kita terus naik ke atas, pemandangan dari puncak tu memang menarik. Dari atas, kita boleh nampak hampir keseluruhan Melaka dari bangunan-bangunan bersejarah sampai ke pelabuhan, bukit-bukau, Selat Melaka dan banyak lagi. 

Kalau kali pertama naik dulu aku menggelabah jugak. Menara berputar, ketinggiannya lagi, rasa macam nak terbang je. Tapi bila dah beberapa kali naik, rasa tu hilang. Sebaliknya, tiap kali naik, aku rasa lebih seronok dan rasa kagum tengok Melaka dari atas. Nak tengok Melaka dari perspektif yang lain memang best

Walaupun dah banyak kali naik, aku rasa macam takkan pernah bosan untuk naik lagi. Ada satu keistimewaan bila berada di atas tu iaitu pemandangan luas dan menarik. Mungkin lepas ni, aku akan naik lagi. Siapa tahu, mungkin ada kenangan baru yang menanti.

Sunday, October 27, 2024

Pengalaman Sertai Taming Sari Urban Hunt : Mencabar dan Menghiburkan

Semalam, 26 Oktober 2024, aku dan tiga rakan sepasukan berpeluang menyertai Taming Sari Urban Hunt. Satu pertandingan mencari harta karun yang cukup menarik dan mencabar. Pertandingan ni dijalankan dalam dua peringkat, yang pertama dengan kenderaan dan yang kedua berjalan kaki. Jabatan aku menghantar dua pasukan, jadi jumlah kami ada lapan orang dengan dua buah kenderaan yang siap sedia menjelajah Melaka.

Di peringkat pertama, kami perlu mengunjungi tiga lokasi menarik iaitu Pusat Konservasi Penyu di Pengkalan Balak, Melaka Premium Outlet di Simpang Ampat, dan Perigi Hang Tuah di Duyong. Sepanjang perjalanan, kami kena peka dengan petunjuk dan soalan yang diberikan. Menariknya, setiap lokasi ada keunikan tersendiri, daripada maklumat tentang penyu yang jarang diketahui kepada membeli-belah dan sejarah tempatan. Seronok juga bila dapat kenal tempat-tempat ni dengan lebih mendalam.

Peringkat kedua pula, kami perlu tinggalkan kenderaan dan mulakan berjalan-jalan di sekitar Stadthuys, Bukit Melaka dan Jonker Street. Dengan berjalan kaki, cabaran semakin mencabar, tapi ini bahagian yang paling menyeronokkan sebab kawasan ni penuh dengan sejarah dan warisan. Mana yang ada petunjuk kena fikir cepat-cepat sebab lawan kami semua on fire nak cari jawapan juga.

Walaupun semangat pasukan kami tak pernah luntur, nampaknya rezeki belum menyebelahi kami kali ni. Hanya mampu menduduki tempat kesepuluh, manakala satu kumpulan lagi mendapat kedudukan keenam. Tapi, pengalaman dan kenangan yang kami dapat memang tak ternilai. Dapat jalan-jalan sambil berlumba, lebih-lebih lagi dengan rakan-rakan sekerja yang sporting. Terima kasih Taming Sari Urban Hunt, memang satu pengalaman yang takkan dilupakan.

Ok.. Menang gaya je. 

Masa ni berada di kedai Samsung. Kena jawab soalan dengan menggunakan handphone Samsung

Bersungguh-sungguh menjawab soalan

Kawan seorang ni memang suka buat lawak

Tempat kesepuluh, hadiah hamper kecil saja. 






Tuesday, December 21, 2010

RUMAH HANTU

Huh, dah lama tak masuk rumah hantu. Malam tadi aku bawak sedara mara aku dari Singapura melawat ke Bandar Hilir, Melaka. Kebetulan di kawasan Menara Taming Sari ada buat rumah hantu, apa lagi kitorang pun join lah.

Bayaran masuk adalah RM5.00 sahaja bagi dewasa. Ingatkan boleh masuk ramai2, rupa2nya kena masuk 3 orang sahaja untuk sekali masuk. Aku yang tak berapa berani sangat ni, apa lagi, duduk tengah2..

Alahai, seram jugak. Ada macam2 hantu. hantu pocong, pontianak, mayat dan sebagainya. Yang paling aku seram masa pocong duk melompat2 ikut belakang kitorang. Aduhai, dah macam perempuan aku menjerit2. Sepupu aku pulak asyik gelakkan hantu tu aje.. setiap kali hantu muncul dia gelakan, aku pulak terjerit melolong.. Hahaha..





Hantu tu semua orang betul. Dia tak guna robotik. Aku yang seram2 ni, kalau hantu tu sentuh aku, boleh jadi aku terajang atau sepak dia. Nasib baik lah aku tak di usik. Keluar saje dari rumah hantu, aku punya dada, peh macam berombak. Nampak sangat aku ni penakut.. Hehe..

Dalam takut2 ni, aku kena paksa pulak masuk untuk kali kedua pasal seorang lagi sepupu aku takut nak masuk, padahal tiket dah bayar.. Terjerit2 lah aku sekali lagi.. Hahah, malunya aku, penakut betul lah..