Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Apabila kita ingin mengetahui sesuatu maklumat atau berita, kita seharusnya membacanya hingga ke perenggan yang terakhir untuk memastikan kita benar-benar faham akan sesuatu maklumat yang cuba disampaikan oleh penulis.
Begitu juga dengan penulis blog. Kadang kala tajuk entri yang ditulis mungkin berlawanan dengan isi yang disampaikan atau penulis menulis isi penting yang hendak disampaikan di satu-satu perenggan. Justeru, kita sebagai pembaca perlulah membaca dengan teliti bermula daripada tajuk hinggalah ke perenggan akhir sesuatu entri atau maklumat.
Kita selaku pembaca perlulah membaca dan fahami apa sebenarnya yang hendak disampaikan oleh penulis. Jangan hanya membaca tajuk dan sebahagian sahaja isi lalu kita membuat penilaian sendiri dan memberi komen yang berlawanan tentang apa yang disampaikan sebenarnya.
Sememangnya sifat maklumat itu suka ditambah dan dikurangkan, sebab itulah sesuatu maklumat tidak dapat disampaikan dengan sempurna. Samalah dengan pepatah Mat Saleh yang menyatakan Don't Judge A Book By Its Cover, kita seharunya kena membaca keseluruhan buku tersebut, barulah tahu akan isi sebenarnya.
Di dalam arena blogging, kita kenalah membaca dan fahami betul-betul apa yang kita baca dan barulah kita dapat memberikan komen yang sepadan dengan apa yang dijelaskan dalam entri. Kita sendiri sebagai penulis blog akan mengetahui sama ada seseorang itu membaca entri kita secara keseluruhan atau tidak melalui komen yang telah ditinggalkan. Lalu kita akan membalas "bacalah sampai habis, barulah tahu apa yang hendak disampaikan..."