Showing posts with label malaysia boleh. Show all posts
Showing posts with label malaysia boleh. Show all posts

Sunday, August 8, 2021

TAHNIAH DATO' MOHD AZIZULHASNI AWANG



Pagi ini sepatutnya hendak berbasikal mengelilingi kawasan sekitar namun teringat akan perlawanan berbasikal Olimpik Tokyo yang melibatkan dua orang pemain negara iaitu Dato' Mohd Azizulhasni Awang dan Shah Firdaus Sahrom. Lalu, terus tak jadi untuk berbasikal, lagipun cuaca di luar kelihatan gelap seperti mahu hujan. Di kala entri ini dibuat, hujan pun telah turun dengan lebatnya.

Perlawanan bermula seawal jam 9.30 pagi waktu Malaysia di mana Dato' Mohd Azizulhasni Awang layak ke separuh akhir manakala Shah Firdaus Sahrom terkandas di suku akhir. Dalam jam 10.00 pagi Dato' Mohd Azizulhasni Awang sekali lagi menang bergaya dalam pusingan separuh akhir sekaligus layak ke peringkat akhir acara keirin (L) berbasikal trek. 

Terasa bergetar tangan melihat perlawanan akhir di telefon bimbit sambil mulut kumat kamit melafazkan doa bagi kejayaan atlit negara. Dada berombak-ombak, berdebar, dan di dalam hati sudah yakin ada kilauan pingat tetapi tidak tahu apa yang bakal dimenangi.

Akhirnya, Dato' Mohd Azizulhasni Awang memenangi pertandingan akhir tersebut,  bukan emas tetapi perak. Alhamdulillah., Tak mengapa, warga Malaysia nampak usahanya. Pingat perak pun sudah cukup untuk dibanggakan. 

Tahniah diucapkan kepada Dato' Mohd Azizulhasni Awang yang menghadiahkan pingat perak untuk negara di bulan kemerdekaan ini. Semoga lebih maju jaya pada masa-masa akan datang.

Tahniah!!!

Monday, March 14, 2011

LEE CHONG WEI UNGGULI ALL ENGLAND

Tahniah diucapkan kepada Datuk Lee Chong Wei kerana berjaya mengekalkan gelaran Juara All England pada edisi tahun 2011. Lee Chong Wei kelihatan tenang melawan musuh tradisinya iaitu Lin Dan dengan keputusan 21 - 17 dan 21 - 17.


Gambar : Yahoo News

Pada perlawanan kali ini dilihat memihak kepada Chong Wei, di mana Lin Dan kelihatan kurang menyengat pada kali ini dan banyak melakukan kesalahan. Namun begitu Lin Dan juga memberikan tentangan yang begitu sengit. Begitu juga dengan Chong Wei, perlawanan kali ini memang bertenaga dan mantap serta menghiburkan penonton Malaysia.

Syabas Datuk Lee Chong Wei.. Malaysia Boleh..



Thursday, February 24, 2011

KISAH DI SEBALIK KEMENANGAN MALAYSIA KE ATAS PAKISTAN

Yahooo... Malaysia menang lagi.. Kalau dulu Hong Kong menjadi mangsa, kini Pakistan pula. Memang Malaysia Bolehlah kalau camni selalu.


Namun, disebalik kemengan skuad Olimpik negara ke atas Pakistan malam kelmarin, ada lagi ruang-ruang yang perlu diperbaiki. Pasukan Malaysia sepatutnya boleh mendapat lebih banyak gol berbanding hanya 2 gol sahaja yang dijaringkan. Memandangkan pasukan lawan hanya bermain seramai 10 orang, pasukan negara seharusnya lebih bersemangat dan mengatur strategi bagi menambah bilangan gol sebagai bekalan di Pakistan (perlawanan timbal balik)

Bahagian serangan kelihatan kekurangan idea. Kalau dilihat, sebenarnya banyak peluang untuk menjaringkan lebih banyak gol tetapi hanya sia-sia kerana bahagian serangan kelihatan sedikit tumpul.

Bahagian tengah juga kelihatan kosong. Tidak banyak pemain memegang bola dibahagian tengah bagi merancang serangan ke atas lawan. Pemain-pemain Malaysia juga kurang mengelecek, bola tidak tahulah samaada mereka kurang mahir ataupun kurang yakin.




Pada bahagian pertahanan pula adalah begitu baik. Namun ada beberapa kesilapan yang perlu diperbaiki serta dijadikan pengajaran agar tidak dilakukan lagi pada masa akan datang. Penjaga gol harapan negara iaitu Mohd Khairul Fahmi juga kelihatan telah membuat beberapa kesilapan dengan menendang bola tidak jauh.

Walaubagaimanapun, Malaysia tetap menang. Menang itu penting dan harap bekalan 2 gol ini memadai sebagai bekalan di Pakistan nanti. Selamat maju jaya Harimau Malaya.. Malaysia Boleh..

Thursday, February 10, 2011

KISAH DI SEBALIK KEMENANGAN MALAYSIA KE ATAS HONG KONG

Wowww.. Yahoooo.. Horayyy.. Malaysia menang. Menang menewaskan Hong Kong dengan jaringan 2 - 0. Sangat puas hati menonton permainan pasukan Harimau Malaya sekarang (walaupun hanya menonton di rumah). Sejak dari jadi juara Piala Suzuki AFF tempoh hari sehingga sekarang, prestasi pasukan negara begitu baik dan boleh dibanggakan.

Semua pemain Malaysia dilihat begitu bersemangat dan penuh "confident" dalam perlawanan malam tadi. Pemain-pemain dapat memegang bola dengan baik, hantaran juga baik dan tidak banyak hilang bola dari kawalan kaki. Inilah yang diharapkan oleh para penyokong Harimau Malaya selama ini. Peningkatan sebeginilah yang dinanti-nantikan, sejak sekian lama bola sepak Malaysia menghadapi zaman kemerosotan.

Gol-gol yang dijaringkan masing-masing oleh Safiq Rahim dan Amirul Hadi merupakan gol padang yang begitu menarik hasil dari idea yang bernas pemain. Kerajinan dan semangat berani mencabar merupakan kunci kepada gol-gol yang dijaringkan oleh mereka berdua.

Diharap selepas ini semua pemain dapat mengekalkan permainan seperti ini dan terus meningkatkan prestasi masing-masing sekaligus meningkatkan kembali "ranking" pasukan Harimau Malaya dalam arena bola sepak. MALAYSIA BOLEH!!!





Monday, January 17, 2011

LAGI ATLET MALAYSIA HARUMKAN NEGARA

Gambar Ehsan : Berita harian Online

Sekali lagi atlet sukan Malaysia telah mengharumkan nama negara, kini S. Kumar penjaga gawang pasukan hoki Malaysia telah dinobatkan sebagai Pemain Lelaki Terbaik Asia 2010 oleh Persekutuan Hoki Asia (AHF). Tahniah sekali lagi kepada semua atlet Malaysia yang telah mengahrumkan nama negara. Malaysia Boleh.





Senarai lain pemenang :

Pemain Lelaki Terbaik
S. Kumar (Malaysia)

Pemain Wanita Terbaik
Park Mih Yun (Korea Selatan)

Remaja Terbaik Lelaki
Syed Kashif Shah (Pakistan)

Remaja Terbaik Wanita
Zhao Yudiao (China)