Showing posts with label malas. Show all posts
Showing posts with label malas. Show all posts

Tuesday, November 30, 2010

SUDAH BEKERJA BUAT KERJA

Pada zaman sekarang mencari kerja bukanlah suatu yang senang. Agak ramai graduan lepasan universiti yang menganggur di luar sana yang dahagakan mendapat pekerjaan. Bagi yang sudah mendapat pekerjaan, buatlah setiap tugasan yang diarahkan dengan sempurna.

Kita sebagai pekerja, perkara utama yang perlu dilakukan ialah bekerja. Kita bukan dibayar gaji untuk duduk lepak sahaja dalam ofis dan cukup bulan cucuk gaji. Harap sikap sedemikian dapat diubah. Bukan apa, demi kebaikan bersama, bukan kebaikan bos kita sahaja.




Sekiranya kita tak berminat nak bekerja atau ingkar dengan arahan pihak yang lebih atas, adalah lebih baik kita letakan jawatan dan beri pada mereka yang betul-betul mahukan pekerjaan dan betul-betul mahu bekerja.

Wednesday, October 6, 2010

TEKNOLOGI JADIKAN KITA PEMALAS?

Teknologi memang sangat diperlukan pada zaman sekarang. Kita tidak boleh menafikan bahawa teknologi ada kebaikan pada dunia sekarang kerana ianya mempercepatkan segala urusan. Tetapi dengan adanya teknologi menjadikan kita kurang bergerak (bersenam) dan membuatkan kita malas.

Di sini hendak dihuraikan serba sedikit perlakuan orang dahulu dan perubahan teknologi yang dirasai oleh orang zaman sekarang.

1. Orang dahulu membasuh pakaian dengan menyental dengan tangan. Orang sekarang membasuh baju dengan mesin basuh.

2. Orang dahulu berjalan kaki atau menaiki basikal. Orang sekarang menaiki motorsikal atau kereta.

3. Orang dahulu tukar siaran televisyen dengan gunakan tangan (manual). Orang sekarang tukar siaran televisyen dengan menggunakan alat kawalan jauh.

4. Orang dahulu melumatkan cili dengan batu lesung atau batu giling. Orang sekarang mengisar cili dengan mesin pengisar cili.

5. Orang dahulu mencari kayu api untuk menyalakan api dapur memasak. Orang sekarang menggunakan tong gas untuk memasak.

6. Orang dahulu memicit badan dengan menggunakan tangan untuk mengurut. Orang sekarang sekadar menggunakan mesin urut.

7. Orang dahulu membuat kenduri secara gotong royong. Orang sekarang membuat kenduri guna khidmat "caterer".

Dan macam-macam lagi, tak dapat nak dihuraikan satu persatu. Jadinya, terpulanglah dengan pendapat masing-masing berkaitan teknologi ini. Bagi aku, teknologi memang penting, tapi kita jangan pula malas bersenam. Gerak-gerakkanlah sedikit badan tu, supaya badan kita ini cergas.