Showing posts with label malacca. Show all posts
Showing posts with label malacca. Show all posts

Friday, October 16, 2020

PECA DE MALACA


Selepas Portugis dapat mengalahkan dan menawan Melaka, Alfonso De Albuquerque telah mengarahkan tenteranya untuk menjarah keseluruhan bandar Melaka. Selama tiga hari penjarahan dilakukan, mereka telah menemui 3,000 buah meriam di mana 2,000 daripadanya diperbuat daripada gangsa.

Terdapat juga catatan lain yang menyatakan sebenarnya sebanyak 8,000 senjata api yang dirampas semasa menjajah Melaka. Mereka juga mencatatkan senjata-senjata api yang terdapat di Melaka sama tandingan dengan senjata dari negara Jerman.

Dari keseluruhan meriam-meriam ini, terdapat sebuah meriam yang paling besar iaitu hadiah dari Raja Calicut (King of Calicut) - sekarang di utara India kepada Sultan Melaka. 

Meriam besar yang panjangnya kira-kira 10 kaki ini dipercayai adalah "Peca De Malaca" yang masih kekal tersimpan di Museu Militar (Military Museum) di Lisbon, Portugal sehingga kini.

"Peca De Malaca is a 38-pounder muzzle-loading bombard built with wrought iron staves reinforced by thick iron rings cast. It has calibre of 17.5 cm, is 336 cm long with a note length of 306 cm, and throw a 17.5 kg stone or iron ball."

Rujukan :

The Portuguese Missions in Malacca and Singapore (1511-1958) Volume I - Malacca

Wednesday, May 27, 2020

EVOLUSI BANGUNAN STADTHUYS


1650-an 
Bangunan Stadthuys telah dibina oleh pemerintah Belanda bagi menempatkan pusat pentadbiran pemerintah dan kediaman gabenor Belanda di Melaka. 

1820-an 
Apabila British menjajah Tanah Melayu, bangunan Stadthuys terus digunakan oleh pihak British sebagai pusat pemerintahan. Semasa zaman ini, bangunan Stadthuys telah ditokok tambah bangunannya selari kehendak dan keperluan semasa. 

1933 
Persatuan Sejarah Melaka telah menubuhkan Muzium Sejarah Melaka (Melaka Historical Museum) di dalam salah sebuah bilik yang terdapat di dalam bangunan Stadthuys. 

1957 
Setelah negara mencapai kemerdekaan, bangunan Stadthuys terus digunakan sebagai pusat pentadbiran menempatkan pejabat-pejabat kerajaan negeri dan persekutuan. Antara pejabat kerajaan yang terdapat di bangunan ini ialah pejabat Ketua Menteri Melaka, Jabatan Pentadbiran Negeri, Pejabat Tanah dan Daerah, Jabatan Buruh, Jabatan Pendaftaran dan lain-lain. 


1980 
Apabila pejabat-pejabat kerajaan negeri dan persekutuan berpindah ke Jalan Hang Tuah. Bangunan ini tidak dibiarkan kosong, ia kemudian menempatkan pejabat-pejabat badan berkanun negeri Melaka. Selain itu, pejabat Antikuiti Wilayah Selatan juga telah ditempatkan di dalam bangunan ini. 

1982 
Pada akhir tahun 1982, ruang utama bangunan Stadthuys telah dijadikan sebagai muzium sejarah sementara bagi mengantikan Muzium Melaka yang terletak di Jalan Kota. Dalam masa yang sama, kerajaan negeri merancang untuk memulihara keseluruhan bangunan Stadthuys untuk dijadikan sebuah muzium yang besar bagi negeri Melaka. Pada 17 Disember 1982, YAB. Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad, Perdana Menteri Malaysia telah merasmikan batu asas Muzium Sejarah Melaka. Perletakkan batu asas ini kemudiannya menjadi titik permulaan bermulanya peranan bangunan Stadthuys sebagai Muzium Sejarah Negeri Melaka. 

1986 
Kerajaan negeri Melaka melalui Jabatan Kerja Raya (JKR) telah memulakan kerja-kerja restorasi keseluruhan bangunan Stadthuys. Kerja-kerja restorasi dibahagikan kepada dua fasa iaitu fasa pertama melibatkan bahagian atas dan luar bangunan. Manakala fasa dua pula merangkumi bahagian dalam dan kekuat bangunan. Kerja-kerja ini telah siap sepenuhnya pada tahun 1990. 

1991 
Bermulanya kerja-kerja susun atur pameran di dalam bangunan ini. Pada awalnya dicadangkan muzium ini dinamakan Muzium Sejarah Melaka, namun disebabkan ruangnya yang luas yang boleh menempatkan pelbagai pameran lain berkaitan negeri Melaka, ia dinamakan Muzium Sejarah dan Etnografi. 

1992 
Muzium Sejarah dan Etnografi telah dirasmikan oleh YAB. Datuk Seri Dr. Mahathir Mohamad. 

2009 
Bangunan Stadthuys telah didaftarkan sebagai Warisan Kebangsaan di bawah Akta Warisan Kebangsaan 2005 (Akta 645) oleh Jabatan Warisan Negara.

Friday, October 1, 2010

ASAL USUL NEGERI MELAKA

Peristiwa pembunuhan Temagi di Temasik telah menyebabkan Parameswara berundur bersama para pembesar dan pengikutnya ke Muar. Setelah merentasi hutan belantara dan menyusuri pantai, baginda tiba di sebatang sungai (Sg. Bertam). Parameswara membuat keputusan untuk berehat sebentar di tebing sungai tersebut. Baginda telah bersandar di sebatang pokok yang rendang dan tiba-tiba muncul seekor pelanduk putih dan anjing pemburu. Parameswara mengejar pelanduk putih tersebut sehingga ke tebing sungai.


Namun satu peristiwa luar biasa telah berlaku apabila anjing pemburu baginda telah ditendang oleh pelanduk putih tersebut sehingga jatuh ke dalam sungai. Melihatkan kejadian tersebut Parameswara bercadang untuk menjadikan kawasan tersebut sebagai negeri yang diberi nama Melaka sempena dengan nama pokok tempat baginda bersandar.


THE DISCOVERY OF MELAKA BY PARAMESWARA


The assassination of Temagi in Temasik forced Parameswara and his followers to retreat to Muar. After traveling through forests and along breaches, they came to a river (Bertam River) in Bertam. Here, Parameswara decided to rest for a while by the banks of the river. Parameswara chose a shady tree and sat down, leaning against it. Suddenly, a white mouse dear appeared near his resting place. Parameswara’s hunting dog immediately chased the white mouse deer, which ran right to the riverbank.


Then, a seemingly miraculously thing happened. The cornered mouse deer suddenly turned and kicked the hunting dog into the river. Seeing the strange incident, Parameswara decided to establish his new kingdom there. The place was developed into Melaka taking the name of the shady tree under which Parameswara had leant during the incident.