|
Kesiannya... Anak siapalah ini...? |
Berpeluang pergi ke Wonder Food Museum di Pulau Pinang baru-baru ini merupakan salah satu pengalaman yang menyeronokkan. Muzium ini sesuai dikunjungi oleh kanak-kanak mahupun orang dewasa. Mana-mana yang suka OOTD tu, memang digalakkan untuk melawat ke muzium ini kerana terdapat banyak sudut-sudut yang menarik untuk mengambil gambar.
Muzium ini memaparkan replika dan miniatur makanan-makanan yang terdapat di negara kita, Malaysia. Setiap replika yang dihasilkan begitu halus dan berseni. Dari pemerhatian aku, mungkin terdapat lebih daripada seorang artis yang membuat replika ini memandangkan terdapat stroke yang berbeza-beza, namun tetap menghasilkan replika yang menarik.
Walaupun kelihatan seperti sekadar hiburan, muzium ini dilihat turut menyampaikan maklumat berkaitan makanan tradisional, perniagaan tradisi dan memori kenangan lalu yang digarap melalui diorama dan miniatur.
Berikut merupakan beberapa keping gambar yang sempat aku tangkap sebagai kenangan dan jejak aku telah sampai di sana.
|
Ruang hadapan Wonder Food Museum |
|
Dari pandangan sisi |
|
Miniatur warung roti canai mamak |
|
Miniatur membakar lemang. Eh, apasal muka lelaki tu kelihatan seperti Tun M? |
|
Miniatur makan-makan sempena Tahun Baharu Cina |
|
Siapa yang order Kuew teow goreng tadi? Tunggu sekejap ye. |