Showing posts with label majmuk. Show all posts
Showing posts with label majmuk. Show all posts

Wednesday, February 2, 2011

GONG XI CA FAI TO ALL MALAYSIAN


Selamat menyambut Tahun Baru Cina diucapkan kepada semua warga Malaysia yang berbangsa Tiong Hwa. Semoga pada Tahun Baru ini lebih bermakna dan menceriakan. Sebagai masyarakat majmuk di Malaysia ini, marilah kita sama-sama meraikan Tahun Baru Cina ini dengan berazam untuk mengukuhkan perpaduan antara kaum di antara kita. Sesungguhnya penyatuan dan kepelbagaian antara kita merupakan tunjang kepada kestabilan negara.





Friday, September 17, 2010

SELAMAT HARI MALAYSIA


Rasanya masih belum terlewat aku mengucapkan SELAMAT HARI MALAYSIA kepada semua. Terima kasih diucapkan kepada pihak kerajaan yang menyedari kepentingan menyambut Hari Malaysia dan memberikan cuti umum pada seluruh negara untuk rakyat sama-sama menyambut hari yang bersejarah ini. Walaupun pada hari tersebut aku terpaksa hadir bertugas separuh hari kerana ada program di jalankan.

Kita seharusnya bersyukur kerana dapat hidup di dalam negara yang aman dan harmoni yang diwarnai dengan pelbagai lapisan masyarakat, kaum dan agama. Kita dapat hidup tanpa rasa gusar akan ancaman-ancaman perkauman, kita masih boleh duduk semeja, berborak, ketawa dan berbincang. Inilah indahnya Malaysia di mana ianya sukar dilihat di negara-negara lain.

Dalam hidup dalam keadaan masyarakat majmuk, sifat tolak ansur, saling memahami dan hormat menghormati adalah kunci kepada kejayaan perpaduan kaum. Sekiranya terdapat masalah, hendaklah segera diselesaikan melalui meja bulat. Berbincang menyelesaikan masalah adalah langkah terbaik daripada membuat keputusan sendiri, melulu dan melakukan kekacauan atau suasana yang tidak diingini. Negara ini telah mempunyai sejarahnya yang tersendiri dalam konflik perkauman, tidak usahlah diulangi, tidak usahlah cabar mencabar antara satu sama lain. Tiada apa faedahnya apabila berlaku persengketaan, sebaliknya teguhkanlah perpaduan.

Kita di Malaysia ini, sebenarnya saling memerlukan antara satu sama lain. Malaysia tidak akan maju sekiranya ada mengatakan kita tidak perlukan Melayu, Cina, India, dan etnik Sabah Sarawak. Dengan perpaduan yang sedia terjalin inilah kita membawa Malaysia ke arah negara yang dinamik dan progresif menuju wawasan negara maju 2020. Kita tidak boleh nafikan ini, kerana sekarang inipun sudah terbukti kita memerlukan Melayu, Cina, India dan etnik Sabah Sarawak untuk sama-sama memajukan negara. Melayunya yang mahir dalam pengurusan, Cinanya yang mahir perniagaan, Indianya yang mahir perundangan juga etnik Sabah Sarawak yang serba berkebolehan bersama-sama bekerja keras memacu negara.

Semoga sempena sambutan Hari Malaysia pada tahun ini, semua rakyat Malaysia tak kira warna kulit dan latar belakang dapat mengukuhkan lagi perpaduan yang sedia terjalin sekian lama.