Showing posts with label maaf. Show all posts
Showing posts with label maaf. Show all posts

Wednesday, July 31, 2013

PUKIMAK KAULAH!!! OPS... MINTA MAAF


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Sekali terkenang kembali kandungan di dalam novel SHIT karangan Sasterawan Negara, Shahnon Ahmad yang banyak mengandungi kata-kata yang agak tidak sedap dibaca dan didengar seperti perkataan pukimak! Agak menonjol ketegasannya di situ.

Namun bukan itu yang aku mahu ulaskan dalam entri ini. Apa yang aku hendak jelaskan ialah tentang segelintir orang yang dengan sengaja membuat kesalahan dan dengan mudahnya meminta maaf. Lebih-lebih lagi membuat kesalahan dalam hal-hal yang sensitif seperti menghina agama.

Itulah sebenarnya salah satu keburukan laman sosial iaitu dengan mudahnya mereka-mereka yang terlibat mengambil peluang untuk menghina agama orang lain. Tak pastilah sama ada ia adalah satu kebetulan ataupun ianya satu perancangan yang rapi.

Namun, pihak yang berkuasa haruslah tidak sewenang-wenangnya menganggap ini adalah satu kes terpencil. Kes seperti ini haruslah diambil serius dan tindakan yang maha tegas haruslah diambil. Bukan hanya membuat pengakuan maaf secara terbuka, kemudiaannya mereka yang terlibat boleh dilepas atau dibebaskan. Kalau macam tu aku pun nak buat salah lepas tu minta maaf. Eh, memang hawaulah!

Lihat, kini keluarkan lagi video yang dikatakan mempersendakan agama Islam. Itulah, dah disuruh untuk ambil tindakan tegas, tidak diendahkan, nah! kini keluar lagi. Tak mustahil lepas-lepas ini ada lagi gambar-gambar atau video-video menghina agama yang dimuatnaik ke laman sosial. 

Ini kerana apa? Kerana tiadanya KETEGASAN!!! Hancur arr...

Tuesday, July 9, 2013

SELAMAT MENYAMBUT BULAN RAMADHAN AL-MUBARAK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.


Ikhlas dari sanubari, saya ingin memohon maaf sekiranya ada tersalah kata dan tersilap bicara dalam setiap perkataan yang diungkapkan di dalam blog ini.

Monday, April 25, 2011

TOLONG MAAFKAN AKU

Manusia biasa macam kita ni sering tak lagi dari melakukan kesilapan. Begitu juga aku. Mungkin korang juga sama juga. Sering buat kesilapan sama ada kita sedar mahupun tidak. Sekiranya kita memang tak sedar macam mana? Adakah ia tetap dianggap dosa. Wallahuaklam. Hanya Allah sahaja yang tahu.

Kalau kita mempunyai kesalahan kepada seseorang, janganlah segan silu untuk memohon maaf dam kita juga perlu menjadi seorang yang pemaaf. Walau sekecil atau sebesar manapun kesalahan seseorang itu, maafkanlah. Usah kita menyimpan dan berdendam. Tak ada apa-apa faedahpun yang kita perolehi.

Oleh itu, sebagai seorang beragama Islam, kita hendaklah sentiasa mengamalkan sifat saling bermaafan. Ikutlah seperti Nabi Muhammad S.A.W yang sentiasa memaafkan setiap orang sebelum baginda tidur. Subhanallah, mulia sungguh hati budi nabi junjungan kita ini. Kita sebagai manusia akhir zaman ini adakah bersifat demikian? Pernahkan kita amalkan memaafkan orang sebelum kita tidur.

Alhamdulillah, aku adalah antara orang yang mempraktikkannya. Bukan mahu menunjuk baik tetapi apa salahnya perkara yang baik kita kongsikan bersama. Tak susahpun nak memaafkan orang lain. Sebelum tidur selepas membaca bacaan-bacaan tertentu, eloklah kita berniat memaafkan sesiapa sahaja yang ada melakukan kesalahan pada kita.


Cuba kita fikirkan, alangkah baiknya sekiranya semua orang berbuat demikian. Kalau semua orang sudah berbuat demikian bukankah ianya bermaksud semua kesalahan antara manusia telah dimaafkan oleh orang yang memaafkan.

Aku juga mengharapkan agar semua orang, teman-teman dan sahabat handai dapat juga memaafkan aku sekiranya ada kesalahan yang sedar mahupun tidak sedar yang telah aku lakukan. Semoga kita semua dapat saling bermaafan dan mendapat perlindungan daripada Allah.

Wallahuaklam.