Showing posts with label luahan perasaan. Show all posts
Showing posts with label luahan perasaan. Show all posts

Monday, July 6, 2015

BIMBING DIRI UNTUK MEMBIMBING ORANG LAIN

Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.


Mesej di atas merupakan luahan seorang rakan sekerja yang telah menjalani sesi AKRAB bersama aku. Tau tak apa itu AKRAB? AKRAB adalah singkatan bagi Rakan Pembimbing Perkhidmatan Awam. Antara tugas utamanya ialah membimbing rakan-rakan sekerja yang mempunyai masalah untuk kembali seperti biasa. Ahli AKRAB ni bukanlah seorang kaunselor, namun penugasannya ke arah pekerjaan seperti itu.

Perjumpaan beliau dan aku baru-baru ni, menyaksikan beliau menitiskan air mata. Memang kalau boleh, kita perlu berikan peluang seseorang itu melepaskan tekanan dan apa saja yang terpendam di hatinya. Kemudian, segala tekanan akan mula reda.

Dan apabila menerima mesej orang menghargai apa yang kita lakukan, terasa sesi yang telah dilakukan adalah berjaya. 

Monday, January 3, 2011

TIPS LUAHAN PERASAAN CINTA

Kalau bercinta, berbagai-bagai luahan perasaan, kata pujangga, kata-kata cinta dan luahan hati sering dituturkan oleh pasangan yang sedang mabuk bercinta.

Dalam banyak-banyak kata-kata luahan yang sering didengari dan amat popular digunakan ialah seperti :

Makan Tak Lalu
Tidur Tak Lena
Mandi Tak Basah





Tapi tolooongggg jangan tambah luahan perasaan tu dengan kata-kata ini...

BERAK TAK CEBUK

Hehe.. Takut nanti pasangan korang lari pulak.. Selamat Bercinta.