Thursday, November 7, 2024
Melaka Lama : Pemandangan Melaka Dari Laut (Gezicht op Malakka vanaf zee)
Sunday, May 9, 2021
INI BUKAN A FAMOSA
Tolong sematkan di dalam hati masing-masing bahawa gambar di bawah ini nama sebenarnya ialah PINTU GERBANG SANTIAGO atau PORTA DE SANTIAGO bukan A' FAMOSA.
Ini PINTU GERBANG SANTIAGO bukan A' FAMOSA |
Kekhilafan netizen disebabkan kerana pintu gerbang Santiago ini telah sekian lama dikenali A' Famosa sedangkan itu bukanlah namanya yang sebenar.
Berikut adalah dapatan saya yang menyatakan bahawa Masjid Agong Melaka bukan di Pintu Gerbang Santiago :
1. Masjid Agong Melaka terletak berhadapan sungai dan berdekatan jambatan.
A' Famosa : Ya - Hadapannya Sungai Melaka dan ada jambatan menghubungkan kawasan pasar Melaka pada ketika itu (kini Jonker Street)
Pintu Gerbang Santiago : Tidak - Dahulu pintu gerbang ini berhadapan pantai (Sekarang telah ditambak dan berhadapan Dataran Pahlawan Megamall)
Kawasan ini meliputi A' Famosa hingga ke bulatan kancil (roundabout) |
A' Famosa : Ya, mengikut kiblat
Dilampirkan paparan video di mana pengacara Jejak Rasul 2021, Fedtri Yahya berdiri dan menunjukkan lokasi A' Famosa sebenar yang dipercayai tapak Masjid Agong Melaka.
Lihat video penuh di YouTube TV3 Malaysia Official.
Semoga pendedahan ini bermanfaat untuk semua sekaligus memperbetulkan kekeliruan berkaitan kedudukan A' Famosa yang sebenar.
Lihat juga : Kedudukan A' Famosa Yang Sebenar
Saturday, May 8, 2021
KEDUDUKAN KOTA A FAMOSA YANG SEBENAR
Lakaran Kota Melaka oleh Gaspar Correia. Turut kelihatan Kota A' Famosa |
A Famosa yang sebenar telah musnah |
Gambaran artis menunjukkan terdapatnya masjid diyakini adalah Masjid Agong Melaka pada zaman Kesultanan Melayu Melaka menurut catatan sejarah |
Nak salahkan netizen tidak boleh juga, kerana kota itu sejak sekian lama dikenali sebagai A' Famosa. Juga kesilapan bermula dari zaman penjajahan British lagi apabila mereka menamakan pintu gerbang ini sebagai A' Famosa. Diharap masyarakat mendapat pencerahan. ππΌππΌππΌ
Ps : Nanti tengoklah Jejak Rasul 2021 pada 9 Mei ini (Ahad). Manalah tahu muka saya ada dalam rakaman tersebut. πππ
Lihat juga : Ini Bukan A' Famosa
Sunday, March 28, 2021
KUBU FEDERIK HENDRIK
Tapak kubu Federik Hendrik merupakan sebahagian dari bekas tapak Kota Melaka yang dibina oleh Portugis di atas kota empayar Kesultanan Melayu Melaka. Kubu ini dipercayai berhampiran dengan kawasan bekas Istana Sultan Melaka dan penempatan pembesar-pembesar kerajaan Melayu Melaka. Semasa zaman keagungan kerajaan Kesultanan Melayu Melaka sebahagian besar aktiviti pemantauan kapal dagang dan perdagangan dunia yang melalui Selat Melaka dan muara Sungai Melaka telah dikendalikan di kawasan ini.
Semasa pemerintahan Portugis, Kota Melaka dilengkapi dengan pembinaan kubu pada setiap penjuru. Kubu Courassa menjadi kubu pertahanan utama Portugis yang menghadap ke arah Selat Melaka. Apabila Melaka ditakluki oleh Belanda pada 1641, kubu ini telah diperbaiki dan dinamakan kubu Frederik Hendrik sempena nama Raja Hendrik yang memerintah Belanda pada tahun 1642 hingga 1647. Pada 1640 dan 1678, kubu ini telah diperkukuh semula dengan diperbesarkan ukuran dan ketinggian dan menjadi kompleks utama pertahanan Belanda.
Kubu ini amat penting kepada pertahanan Kota Melaka dan bandar pelabuhan Melaka. Dari atas kubu yang kukuh dan tinggi ini dapat memberikan gambaran dan panorama sepenuhnya yang berlaku di Selat Melaka dan juga pelaburan Melaka. Tentera yang berkawal di atas kubu ini dapat melihat segala ancaman yang datang dari Selat Melaka dan akan memberikan tindak balas dalam masa yang singkat.
Kubu ini dilengkapi dengan meriam, peralatan peperangan dan penempatan tentera, pos utama kawalan tentera, bilik simpanan senjata peperangan dan meriam. Di tapak kubu ini juga tersimpan banyak khazanah sejarah lama tentang peperangan dan kekuatan yang dimiliki oleh kerajaan Melayu Melaka, Portugis dan Belanda.
Pada tahun 2006 dan 2007, Jabatan Warisan Negara (JWN) telah melaksanakan ekskavasi arkeologi di tapak ini. Penyelidikan ini berjaya mendedahkan struktur tembok kota, kubu Frederik Hendrik dan menjumpai 4 rangka manusia. Selain itu terdapat jumpaan lain seperti manik kaca, peluru meriam dan syiling lama yang tertanam di kawasan ini.
Monday, November 12, 2012
HEBATKAH MELAKA???
Kedatangan Diego Lopez De Squeira di Melaka pada 1509. Pada ketika ini dilihat Melaka telah maju, mempunyai Kota pertahanan yang diperbuat dari batu dan kayu.
|
Serangan Portugis ke atas Melaka yang diketuai oleh Alfonso De Albuqueque. Kalau dilihat, tak ubah seperti peristiwa serangan di dalam Filem The Lord Of The Ring.
|
Lakaran Fortaleza De Malaca (Kota Melaka) di Zaman Portugis
|
Kelihatan Kota Melaka yang dibina oleh Portugis masih digunakan pada Zaman Belanda. Belanda membuat beberapa tambahan bagi mengukuhkan pertahanan kota.
|
Gambar Zaman British. Tembok Kota Melaka sudah tiada lagi akibat dimusnahkan oleh British. Hanya Pintu Gerbang Santiago A.K.A Porta Da Santiago A.K.A A' Famosa saja yang tinggal.
|