Showing posts with label komen. Show all posts
Showing posts with label komen. Show all posts

Sunday, September 5, 2021

Terima Hadiah "Top Commentators" Bulan Ogos 2021

Alhamdulillah.. Orang memberi kita merasa. Tak sangka pula masih mendapat hadiah sebagai antara pengomen tegar di blog shikinrazali.



Seingat aku, dah mula kurang bertandang dan meninggalkan komen dalam beberapa minggu ni, kerana ada ketentuan lain yang menyebabkan aku kurang berblog. Namun tak sangka pula, masih lagi merupakan individu yang banyak meninggalkan komen di beberapa buah blog yang biasa saya kunjungi.

Jadi, terima kasih tak tehingga diucapkan kepada blogger shikinrazali atas pemberian hadiah Top Commentator Bulan Ogos 2021. Ianya amat dihargai.

Tuesday, August 10, 2021

TERIMA HADIAH GENG KUAT KOMEN DARI BLOGGER SHIDA RADZUAN


Tak sangka dapat lagi hadiah dari rakan blogger. Kali ini dari blogger Shida Radzuan. Saya dikatakan antara geng kuat komen di blog beliau. Alhamdulillah, terima kasih blogger Shida Radzuan kerana mengirimkan hadiah ini untuk saya dan rakan-rakan lain yang dinamakan sebagai geng kuat komen.. Hehe..

Hadiah yang saya terima ialah, pelitup muka (Jovian) dan juga penyambung pelitup muka bercorak warna bendera Palestin. Insyaallah, esok ke pejabat saya akan guna pelitup muka ini. Untuk penyambung pelitup muka tu saya akan berikan kepada isteri saya sebab biasaya perempuan yang pakai tu.

Sekali lagi, terima kasih saya ucapkan kepada blogger Shida Radzuan atas pemberian ini. Sesungguhnya ia sangat dihargai.

Saturday, August 7, 2021

TERIMA HADIAH BUKU DARI BLOGGER SURIA AMANDA


Buka sahaja bungkusan pos sudah terlihat judul buku walaupun samar-samar kelihatan di sebalik pembalut plastik. Macam-macam PETUA, inilah judulnya. Bagus sekali ada usaha oleh penulis/penerbit untuk menerbitkan buku seperti ini. Setidak-tidaknya petua yang juga boleh dikatakan warisan turun temurun dapat didokumentasikan untuk tatapan generasi kini dan akan datang yang sudah pastinya amat kurang pengetahuan akan petua-petua lama.

Buku ini dihadiahkan kepada saya oleh blogger Suria Amanda atau lebih ingin dikenali sebagai SA. Saya terima sempena dipilih sebagai pengomen bertuah antara 10 pengomen tertinggi blognya bagi bulan Julai 2021.

Terima kasih saya ucapkan kepada SA atas pemberian hadiah ini. Sesungguhnya saya amat menghargainya. Buku ini memang sangat menarik dan sudah pasti saya akan membacanya dan mungkin akan menjadi rujukan saya dari masa ke semasa.

Friday, July 30, 2021

GAMBAR-GAMBAR YANG TAK INGIN KITA LIHAT

Saya mempunyai lebih 40 bloglist yang kebiasaannya memang wajib saya lawati setiap kali melakukan aktiviti blogwalking. Setiap kali melawat blog rakan-rakan, sudah pastinya saya akan meninggalkan komen bagi meninggalkan jejak agar diketahui oleh blogger tersebut bahawa kita telah melawat blognya.

Namun satu perkara yang sangat tidak disukai ketika hendak menerbitkan komen ialah terpaksa menekan butang "I am not a robot". Itu mungkin tidak seberapa, lagi menyakitkan hati apabila perlu memilih-milih gambar yang telah ditetapkan. Aduh, rumit sungguh! Apa yang tidak bagusnya apabila kita silap tekan gambar dan perlu memilih sekali lagi. AArrggghhh.. Sakit kepala. Kalau satu dua blog saja kita nak komen tak mengapalah juga, tapi lebih 40 blog masih menanti kunjungan. 

Gambar-gambar ini pula bukanlah mudah untuk dikenalpasti. Andai ada blogger yang sudah berusia, mata pun tak berapa nampak mungkin memberikan kesukaran untuk mengenalpasti gambar. Malah ada gambar yang mengelirukan dan ada juga yang kurang jelas. Apa perlunya ini semua? Mahu menyusahkan pengguna sahaja. Tak tahulah mengapa blog memerlukan ini semua sebagai pengesahan.

Berikut antara gambar-gambar yang pastinya tidak mahu dilihat oleh para bloggers apabila mahu menerbitkan komen :

Bas

Basikal

Bot

Kenderaan

Pokok Palma

Lampu Isyarat

Garisan Lintasan Pejalan Kaki

Meter Parkir Kereta

Tangga

Teksi

Traktor

Apa pandangan rakan-rakan?

Sunday, June 20, 2021

MENJADI PENGOMEN BERTUAH BLOG AMIE'S LITTLE KITCHEN

Alhamdulillah rezeki. Saya baru terima wang tunai sebanyak RM50.00 dari Amie's Little Kitchen kerana tersenarai di dalam Top 10 pengomen bagi bulan Mei 2021. Saya di kedudukan keempat dan menerima hadiah ini sempena pertama kali tersenarai dalam Top 10 bersama seorang lagi rakan blogger.




Terima kasih saya ucapkan kepada kak Amie kerana memilih saya dan menghadiahkan wang tersebut. Saya amat menghargainya.

Rakan-rakan blogger yang masih belum mengenali kak Amie, bolehlah mengunjungi blog beliau. Pelbagai menu masakan yang dikongsikan di dalam blognya. Gambar-gambar makanan pun diambil dengan gaya yang tersendiri dan menarik. 

Apa lagi, jangan ketinggalan untuk singgah ke blog kak Amie di salamisimon1.blogspot.com


Thursday, May 27, 2021

TUKANG KOMEN BERTUAH BULAN MEI 2021

Musim PKP ni ada sedikit masa untuk menjenguk dan menjengah blog rakan-rakan bloggers. Dari duk skrol handphone tak tentu hala, baik layan blog rakan-rakan, macam-macam cerita dan kisah dapat tahu. Dah jengah blog rakan-rakan, turut mengambil kesempatan untuk meninggalkan komen sebagai tanda kita telah sampai ke blog tersebut.

Alhamdulillah, sekali lagi menjadi pengomen bertuah. Kali ini di blog SHIKINRAZALI bagi bulan Mei 2021. Sebelum ini pernah dapat pengomen bertuah bagi bulan April di blog SYAZNI RAHIM. Saya pun tak sangka, rupanya saya ni antara orang yang suka tinggalkan komen. 😀

Jom lihat apa yang saya terima...


5 keping sampul duit raya dari Jabatan Bomba Malaysia. Kelima-lima sampul ini telah saya gunakan untuk memberi angpow kepada seorang rakan untuk diberikan kepada anak-anaknya. Kebetulan rakan saya ni seorang pengumpul sampul duit raya. 

Dia amat teruja untuk memperoleh sampul tersebut. Hari Raya baru-baru ini, dia telah masuk TV1 yang menyiarkan hobi uniknya mengumpul sampul duit raya.


Ini pula sebuah bekas mengisi batang yang boleh dilipat. Ini saya simpan untuk kegunaan meletakkan barang-barang di meja pejabat saya. Disertakan juga ucapan ringkas dari pemilik blog SHIKINRAZALI. Rupa-rupanya beliau juga mempunyai kemahiran mengurut, iaitu mengurut wanita. Bagi wanita yang ada angin dalam badan, bolehlah mencuba perkhidmatan urutan yang ditawarkan. 

Akhir kata, terima kasih banyak-banyak kepada SHIKINRAZALI kerana memberi kiriman ini. Saya sangat menghargai. 🙏🏼🙏🏼🙏🏼




Tuesday, May 11, 2021

TERIMA HADIAH PENGOMEN BERTUAH


Alhamdulillah... Semalam saya telah terima bungkusan pos dari syarikat J&T yang sampai di pejabat tempat saya bekerja. Telah diduga, sudah pasti ia merupakan bungkusan hadiah sebagai pengomen bertuah bagi bulan April 2021 di blog SYAZNI RAHIM BLOG.

Rasa-rasa saya, sepanjang menulis blog sejak tahun 2009, inilah kali pertama saya mendapat sesuatu dari rakan blogger. Gembira. Ya, saya gembira melalui detik ini, bukan kerana mendapat hadiah, tetapi rasa berbaloi apabila menulis blog dan mengunjungi blog rakan-rakan terasa ada yang menghargainya.

Sebenarnya saya sudah lama terhenti menulis blog. Amat lama juga kerana ketiadaan masa lantaran tugas-tugas hakiki yang banyak ditambah dengan anak-anak yang membesar. Saya banyak meluangkan masa pada tugas dan melayan karenah anak-anak hingga malas nak menulis lagi.

Kini saya kembali menulis kerana saya telah bertukar bahagian di tempat kerja yang memerlukan saya banyak menulis. Justeru, saya mengambil peluang untuk turut kembali aktif menulis blog.

Sekali lagi, berbanyak-banyak terima kasih saya rakamkan kepada SYAHZI RAHIM BLOG atas pemberian ini. Saya masih belum berkesempatan untuk membaca buku ini lagi. Namun saya amat teruja untuk membaca dan menghayati isi penulisan buku ini. 

Oh ya! Saya hampir terlupa untuk menyatakan ini. Sebenarnya saya baru tahu dan mengenali Syazni atau pun nama penanya Syaz Eym merupakan penulis buku atau lebih tepat penulis novel yang saya terima ini. Tak sangka pula ada kenalan blogger yang juga seorang novelis. Bertambah teruja saya mahu membaca novel ini nanti.

Bagi yang masih belum mengenali Syazni Eym dan ingin membaca karya-karya beliau, boleh dapatkannya di pautan INI. Mari kita beri sokongan dengan membeli karya-karya beliau. Dikesempatan ini juga, ingin saya ucapkan semoga Syaz Eym terus menulis tanpa jemu dan menghasilkan karya-karya yang bermanfaat buat pembaca. Tahniah.

Saturday, January 5, 2013

APA PERASAAN ANDA APABILA TIADA ORANG 'LIKE' / KOMEN DI STATUS FACEBOOK ANDA???


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Huh.. Agak panjang nampaknya tajuk entri saya pada kali ini. Sebenarnya tidak pasti nak letakkan tajuk apa, jadi tajuk inilah saja yang saya rasakan sesuai untuk menerangkan apa yang hendak disampaikan.
 
Biasanya orang menulis status di Facebook untuk mendapatkan komen (comment) atau orang menekan butang suka (like). Kalau status yang maha hebat, pasti ada yang akan mengongsikannya (share).
 
Namun, apakah perasaan kalau status yang kita terbitkan (publish) tidak diapekkan diendahkan oleh rakan taulan, sedara mara, adik beradik mahupun ibu bapa kita sendiri? Tidakkah kita ni berasa seperti sendirian ataupun syok sendiri?
 
Jadi... Kalau seseorang kawan kita terbitkan status dan kita lihat tiada siapa yang suka atau komen, adalah baik kita saja yang suka atau komen.. Bukankah itu lebih baik..  Kesian dia... :)))
 
Contoh :
 

Sunday, October 7, 2012

KAKI KOMEN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Hidupnya sesuatu blog kerana mempunyai entri. Kemudiannya, entri yang ditulis akan bertambah baik sekiranya ada pembaca dan si pembaca pula meninggalkan komen. Tidak kiralah komen yang membina mahupun yang menghentam. Pastinya kita sebagai penulis blog menginginkan pembaca meninggalkan komen atas entri yang telah mereka baca.

Saya adalah antara yang suka memberi komen pada entri-entri blog yang saya baca terutama dari senarai blog di bloglist saya. Secara jujurnya, saya meninggalkan komen kerana (2) tujuan iaitu :

i) Memang hendak meninggalkan komen berkaitan entri

ii) Meninggalkan jejak supaya bloggers tahu kehadiran saya :)

Semasa melawat ke blog-blog yang biasa saya lawati, saya dapati ada diantara blog-blog tersebut menunjukan bahawa saya merupakan antara pengomen yang tertinggi. Tak perasan pula saya pasal hal ini, tapi setelah terperasan di dalam gadget pengomen tertinggi, barulah saya tahu saya ini merupakan seorang yang banyak meninggalkan komen.

Berikut merupakan beberapa contoh blog yang menunjukan peranan saya sebagai pengomen yang tertinggi :