Showing posts with label klasik. Show all posts
Showing posts with label klasik. Show all posts
Wednesday, September 27, 2023
Thursday, June 20, 2013
OH...! TAK SABAR RASANYA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.
Sebenarnya aku tak sabar menanti almari antik milik arwah nenek aku siap diperbaiki. Nak tau almari yang macam mana? Lihat gambar di bawah.
Alkisahnya, almari ni sudah uzur keadaannya. Abang aku mengemas rumah arwah nenek, meletakkan almari ini di luar rumah dan berhasrat untuk membakarnya. Tapi nasib baiklah emak aku teringat yang aku ni gemar barang-barang lama lalu tidak jadilah abang aku membakarnya. Almari ini disandarkan di pokok mangga di halaman rumah.
Aku pun pergilah menghantar almari ini untuk dibaiki supaya nampak seperti baru. Tukang baiki ni orang muzium juga. Sebelum bekerja di muzium, dia sudah berbelas tahun berpengalaman bekerja di kedai antik. Dia ni memang pakar. Bukan saja membaiki barang lama, juga mahir dalam membuat ukiran.
Memang tak banyak lagi kerja-kerja pembaikan yang perlu dilakukan, cuma perlu meletakkan kembali 2 cermin di kiri kanan almari tersebut dan juga 2 pintu cermin di hadapannya. Anak kuncinya pun sudah dibuat baru, selaknya memang antik. Huh, memang tak dapat nak bayangkan apabila ianya siap nanti.
Almari ini tidak akan aku jual. Aku akan simpan sahaja walaupun harga pasarannya sekarang boleh mencecah ke harga RM 1000 ++.
Subscribe to:
Posts (Atom)