Sambutan ulang tahun kemerdekaan negara yang ke-64 tidak berapa hari saja lagi. Sana sini meriah dengan pemasangan bendera Jalur Gemilang. Walaupun masih dalam situasi covid-19, namun Jalur Gemilang terus berkibar di mana-mana termasuk di sekolah, pejabat-pejabat kerajaan, di taman-taman perumahan dan tak lupa juga di kampung-kampung. Di taman perumahan saya juga banyak rumah yang kibarkan Jalur Gemilang. Ditambah lagi dengan bendera-bendera yang dipasang oleh persatuan penduduk, bertambah-tambah meriah dengan bendera.
Petang tadi saja ajak anak perempuan saya Ainnur Afiah untuk buat sesi fotografi merdeka. Takde masuk pertandingan mana-mana pun. Saja suka-suka sambil menerapkan semangat patriotik pada anak-anak. Tak dapat buat banyak aksi, kerana bateri telefon bimbit dah tinggal sedikit. Benda buat tak dirancang, kebetulan saja. Bateri habis pun tak perasan.
Ayuh! Penuhkan Facebook, Blog, Instagram dan lain-lain media sosial dengan gambar-gambar bertemakan Jalur Gemilang tanda sokongan kita di bulan kemerdekaan.