Showing posts with label ketua. Show all posts
Showing posts with label ketua. Show all posts

Wednesday, April 20, 2011

KITA TAK MUNGKIN MAMPU MEMUASKAN SEMUA ORANG

Manusia dijadikan pelbagai bangsa dan agama. Manusia juga mempunyai pelbagai ragam dan perangai. Ada yang okay dan ada yang tidak. kalau yang okay tu takpelah, yang tidak okay itulah yang mendatangkan sedikit masalah. Namun begitu, bagi yang tidak okay itu tidak semestinya kita perlu pertikaikan atau ketepikan, kita seharusnya lebih demokrasi dengan mendengar apa yang dimahukan dan apa yang mereka kehendakkan.

Sekiranya yang tidak okay tadi mengkehendakkan sesuatu yang mampu kita ubah, maka haruslah kita ubah. Tetapi sekiranya kita tidak mampu atau tiada kuasa untuk mengubah maka biarkan saja ia berlalu serta perlu menerangkan mengapa sebab dan munasababnya.

Hakikatnya inilah dihadapi oleh seorang ketua ataupun pemimpin. Adalah agak sukar untuk memuaskan hati semua pihak. Kita sudah berusaha sedaya upaya namun apabila sesuatu itu diluar keupayaan dan kekuasaan kita mungkin kita akan melukakan hati sebelah pihak walaupun hakikatnya yang terluka itu hanyalah sedikit bilangannya.

Perkara-perkara seperti inilah yang biasanya seorang ketua atau pemimpin hadapi saban hari dalam menggalas tanggungjawab yang diberikan. Namun sebagai ketua, kita juga perlu sedikit penegasan. Tegas bukan bermakna sombong, tetapi demi melancarkan perjalanan sesuatu perkara untuk dilaksanakan. Sekiranya kita asyik untuk mengubah demi sesuatu pihak tidak merasa puas, sampai bilapun sesuatu perkara tidak akan dapat dilaksanakan.

Kesimpulannya, kita hendaklah sedaya upaya untuk memuaskan semua orang, namun sekiranya gagal untuk memuaskan semua orang, ia bukan bererti kita gagal kerana kepuasan untuk semua adalah sukar. Tetapi, kita mungkin akan gagal sekiranya bilangan yang tidak puas itu adalah lebih tinggi bilangannya daripada bilangan mereka yang puas.

Fikir-fikirkanlah....




Wednesday, September 8, 2010

KENAPA SUSAH NAK PATUH ARAHAN

Kita ni sebagai manusia yang bekerja hendaklah patuh dan jangan mengingkari kata atau arahan ketua. Apa susah sangat ke dengar arahan dan buat apa yang di suruh? Dah memang kita ni dilahirkan untuk menjadi golongan bawahan, so dengarlah arahan. Patuhlah pada ketua. Apa susah sangat ke? Kalaulah agak-agak kita ni nak lebih berkuasa daripada ketua, belajar pandai-pandai lepas itu mohon jawatan yang tinggi. Ini tidak, apapun tak tahu tapi suka sangat tak nak ikut arahan ketua. Ketua pun boleh diarahkan ni. Aduhai... Kesian ketua tu.

Bayangkan kalau kita tiada ketua. Siapa nak tunjuk ajar, siapa yang beri arahan? Dia sendiri nak beri arahan pada diri sendiri? Commonlah... Tolong ikut, patuh arahan ketua. Bukan susah pun. Ketua pun taknak beri kerja yang bukan dari skop kerja kita. Tolonglah patuh arahan ketua.

Kita ini makan gaji. Tak kiralah swasta ke atau kerajaan. Mana-mana tempatpun mesti di ketuai oleh ketua. Tak kiralah ketua yang pertama ke, yang kedua ke, mahupun yang ketiga. Ikutlah cakap ketua. Bukan susah pun. Buat saja kerja yang disuruh. Bukan susah pun.

Tak pun kalau tak boleh nak ikut cakap ketua, apa kata berenti kerja dan cari kerja lain yang ketuanya tak macam ketua ke, apa ke.

Satu lagi, berkenaan dasar Tun Dr. Mahathir semasa beliau memerintah negara. Dasar Pandang Ke Timur. Iaitu dasar yang memandang kemajuan dan teknologi ke atas negara-negara Timur yang berjaya, khasnya negara Jepun. Kita tengok sajalah budaya orang Jepun bekerja. Begitu patuh pada ketua, kerja dengan tekun dan sepenuh tenaga sehinggakan nilai murni 5s pun diterima pakai sehingga hampir ke seluruh dunia termasuk Malaysia.

Ketua tak minta dihormati, tapi kita sebagai orang bawahan seharusnya hormati ketua.

Akhir kata, dengarlah, patuhlah dengan ketua anda. Tak kiralah ketua itu tua ataupun muda, lelaki mahupun perempuan, kerana tanpa ketua kita tidak akan ke mana-mana.