Showing posts with label kesilapan. Show all posts
Showing posts with label kesilapan. Show all posts

Wednesday, December 26, 2012

KAIN SENDIRI TERSELAK TIDAK PERASAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entah kenapa zaman sekarang orang suka mencari kesalahan orang lain. Seboleh-boleh nak cari kesalahan orang lain. Kalau tidak nampak kesalahan tersebut, dikorek-koreknya sehingga terpapar semua kesalahan seseorang itu.

Apakah keseronokan yang dikecapi apabila dapat mencari kesalahan orang lain? Adakah diri kita ini sendiri sempurna sehinggakan secara sengaja dan terbuka untuk mencari kesalahan orang?

Bukankah elok sekiranya sesuatu kesalahan itu disusuli dengan nasihat yang berguna kepada si pelaku. 

Contohnya ; "awak sudah buat kesilapan, apa kata awak perbetulkan dengan melakukan ini, ini dan ini..."

Nampak elok sekiranya kita menasihat daripada terus menyelak kesalahan orang. Lebih elok kalau terus berdepan si pelaku yang membuat kesalahan dan menasihatinya dan bukannya mengaibkannya serta mendedahkannya kepada orang ramai. 

Kita sering perasan kita ini bagus, sebab itulah kita sering nak jatuhkan orang sedangkan diri sendiri tidak sebagus yang kita sangka. Selalu ingat diri sendiri sahaja yang betul sedangkan orang lain sentiasa salah. 

Saya suka katakan bahawa orang sekarang kalau kain orang lain koyak seberang sungai pun dia boleh nampak, sedangkan kain sendiri terselak dia tidak perasan.

Entri ini mungkin sangat berkaitan dengan entri INI.