Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.
Teknologi telefon bimbit bergerak laju di dunia ini. Begitu juga di Malaysia, perkembangannya bermula dari sebuah telefon bimbit yang bersaiz besar dengan fungsi untuk menelefon saja sehingga kini ia telah menjadi sebuah telefon pintar yang mempunyai pelbagai fungsi dan aplikasi.
Memang tidak dinafikan bahawa perkembangan teknologi ini adalah baik, namun begitu, sekiranya jika tidak dikawal ia boleh membawa keburukan kepada hal-hal lain seperti kepincangan di dalam hubungan kekeluargaan dan sahabat handai. Kepincangan ini dapat dilihat dari peringkat kanak-kanak, suami isteri dan bersama rakan-rakan.
1. Anak-anak
Leka bermain permainan di telefon pintar. Masa berharga untuk bermain-main dengan rakan-rakan di luar rumah / padang sudah tiada. Tiada peluh keluar untuk menyihatkan tubuh badan.
Bukan hanya permainan di telefon bimbit, anak-anak juga leka menonton video di You Tube untuk menonton cerita-cerita kartun dan animasi sehingga mereka lebih suka duduk sendirian sambil memegang telefon pintar. Apabila disuruh untuk belajar, sambil belajarpun masih memegang telefon pintar.
2. Suami Isteri
Facebook, WhatApps, Tweeter dan pelbagai aplikasi telefon pintar juga telah melekakan pasangan suami isteri. 'Benda-benda' ini sebenarnya tidak menjadi salah namun yang menjadi salahnya adalah ia melekakan sehingga pelbagai kerja-kerja di rumah tertangguh. Memasaknya ke mana, membasuh bajunya ke mana, melipat bajunya ke mana, begitu juga kerja-kerja rumah yang lain.
|
Haruskan telefon dikunci? Sumber gambar >> KLIK << |
Anak-anakpun akan kurang diambil perhatian dan kasih sayang, apabila masing-masing dengan hal masing-masing, sibuk mentelaah dan bermain di telefon pintar. Apabila sudah leka dengan telefon pintar, permintaan, arahan dan suruhan suami / isteri sukar dilayan. Rasa malas nak angkat bontot untuk bangun melakukan arahan.
3. Rakan-rakan
Kadang kala kita berkumpul bersama rakan-rakan. Mungkin rakan-rakan lama yang jarang berjumpa. Biasanya tempat yang paling sesuai untuk berjumpa adalah di kedai makan mahupun restoran. Namun apabila sudah berkumpul, menjadi trend pula apabila masing-masing sibuk dengan telefon pintar. Ada yang bermain game, ber'facebook' dan sebagainya.
|
kedai-kedai / restoran tak perlu ada wi-fi lagi bagus... |
Bila masa nak berborak sekiranya banyak masa dihabiskan untuk telefon pintar? Apa guna keluar bersama sekiranya kita lebih kepada sibuk dengan telefon pintar berbanding berborak dan berkongsi-kongsi cerita dengan rakan-rakan.
Kini, telefon pintar mengatasi segalanya. Di tangan mesti ada telefon. Kalau tiada, rasa janggal. Sekiranya pergi kerja tetapi telefon tertinggal, sanggup berpatah semula untuk mendapatkanya. Kadang-kadang, biar diri sendiri yang terjatuh, janji telefon dapat diselamatkan. Begitulah penangan telefon pintar.
Apa-apapun kita kena lebih pintar dari telefon pintar. Janganlah kita menjadi bodoh dek kerana telefon pintar.