Showing posts with label kesalahan. Show all posts
Showing posts with label kesalahan. Show all posts

Wednesday, August 14, 2013

AKULAH YANG BETUL. KAU SALAH, SALAH DAN TETAP BERSALAH


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W. 

Inilah budaya masyarakat kita, sering menyalah dan mencari kesalahan orang lain. Bagaikan seorang ahli politik, apa yang dibuatnya semuanya betul manakala pihak yang bertentangan buat semuanya tidak betul sama sekali.

Gambar sekadar hiasan. Rujukan gambar sila KLIK

Kita sebenarnya kerap juga melakukan kesalahan namun kita tak perasan, tetapi apabila orang yang yang bersalah, kita cepat-cepat perasan malahan kita marah-marah lagi. Sepatutnya kita bermuhasabah diri kita dulu sebelum menuding jari terus ke arah orang lain.

Sebagai contoh, semasa di jalan raya, kita kerap akan marah-marah apabila pemandu lain di hadapan kita membelok tanpa menggunakan isyarat membelok, mulalah mulut kita mengumat-ngamit memarahinya. Kalau yang agak 'hardcore' mungkin terus menurunkan cermin lalu menyumpah seranah pemandu tersebut.

Namun, sebenarnya kita juga tidak sempurna, alpa atau buat-buat lupa. Baru 100 meter kita melepasi pemandu tersebut, kita pula yang membelok tanpa menggunakan isyarat. Lalu. pemandu di belakang pula yang memarah kita. Apa kita buat? Kita pula yang memarahinya. Kita tak sedar bahawa kita pun salah sebaliknya hanya menyalahkan pemandu lain. 

Lain pula kisahnya pada seseorang yang suka membuang sampah merata-rata, kita kalau boleh nak saja meminta orang itu memungutnya kembali kerana kesalahannya itu. Namun, pada masa yang sama kita merokok yang mengetis abu rokok tak mengira tempat. Bukankah itu merupakan satu kesalahan yang serupa? Membuang sampah merata-rata. Oh! Itu bukan kesalahan aku, abu rokok mana nampak, tak bersepahpun. Ye... Kita memang pandai., pandai menjawab!

Begitulah penghidupan kita seharian. Sering dan nampak kesalahan orang saja walhal kita juga membuat kesalahan yang serupa. Ya.. Kita memang tidak sempurna. Tidak lari dari membuat kesilapan. Namun, apabila orang lain buat kesilapan, jangan pula kita lebih-lebih seperti kita tidak pernah berbuat salah. 

Ps: Nasihat untuk diri aku sendiri juga.

Agak berkaitan dengan  entri INI.

Wednesday, December 26, 2012

KAIN SENDIRI TERSELAK TIDAK PERASAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entah kenapa zaman sekarang orang suka mencari kesalahan orang lain. Seboleh-boleh nak cari kesalahan orang lain. Kalau tidak nampak kesalahan tersebut, dikorek-koreknya sehingga terpapar semua kesalahan seseorang itu.

Apakah keseronokan yang dikecapi apabila dapat mencari kesalahan orang lain? Adakah diri kita ini sendiri sempurna sehinggakan secara sengaja dan terbuka untuk mencari kesalahan orang?

Bukankah elok sekiranya sesuatu kesalahan itu disusuli dengan nasihat yang berguna kepada si pelaku. 

Contohnya ; "awak sudah buat kesilapan, apa kata awak perbetulkan dengan melakukan ini, ini dan ini..."

Nampak elok sekiranya kita menasihat daripada terus menyelak kesalahan orang. Lebih elok kalau terus berdepan si pelaku yang membuat kesalahan dan menasihatinya dan bukannya mengaibkannya serta mendedahkannya kepada orang ramai. 

Kita sering perasan kita ini bagus, sebab itulah kita sering nak jatuhkan orang sedangkan diri sendiri tidak sebagus yang kita sangka. Selalu ingat diri sendiri sahaja yang betul sedangkan orang lain sentiasa salah. 

Saya suka katakan bahawa orang sekarang kalau kain orang lain koyak seberang sungai pun dia boleh nampak, sedangkan kain sendiri terselak dia tidak perasan.

Entri ini mungkin sangat berkaitan dengan entri INI.  

Thursday, March 1, 2012

KATA SPONTAN NO 5 : AKU JATUH, DIA PUN MESTI JATUH JUGA





Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Entah mengapa gaya orang zaman sekarang, sekiranya didapati bersalah bukan mahu mengaku kesalahan sebaliknya cuba mencari kesalahan orang lain demi menutup kesalahan yang dilakukannya.

Pernah satu ketika terdengar pernyataan ini; "Sekiranya aku jatuh, aku akan pastikan dia pun jatuh juga..."

Jangan busuk hati. Kalau benar kita bersalah, mintalah maaf kepada mereka yang kita sakiti. Sekiranya bersalah kepada Allah, mohonlah ampun dan taubat semoga dosa yang dilakukan diampuni.