Showing posts with label kenderaan di ragut di Petaling Jaya. Show all posts
Showing posts with label kenderaan di ragut di Petaling Jaya. Show all posts

Tuesday, April 12, 2011

PESANAN MASYARAKAT : JANGAN MENAMPAKKAN BARANG BERHARGA DI DALAM KERETA SEMASA MEMANDU

Hari ni tajuk entry aku ada panjang sedikit. Bukannya apa, saja hendak beri penjelasan yang lebih terang. Dalam aku melayari berita di dalam YahooNews, aku ada terbaca dan menonton satu berita mengenai satu kes ragut melibatkan dua orang peragut bermotorsikal dan sebuah kereta dalam satu kesesakan lalu lintas.

Apa-apapun, harap semua dapat menonton klip ini dahulu.



Sebenarnya kejadian ni dah berlaku dalam bulan April 2011 ni jugak (tarikh tidak pasti) tapi baru-baru ni diuploadkan ke You Tube oleh pemilik video tesebut.

Oleh itu, kita sebagai pengguna jalanraya ni perlulah lebih berhati-hati. Kejadian ragut seperti ini boleh berlaku di mana-mana dan bila-bila masa sahaja kalau si peragut mempunyai peluang. Jadinya, kita harus menutup semua peluang kepada peragut terlebih dahulu sebelum dia meragut kita.

Antara faktornya ialah kita sering alpa sehinggakan dapat menayangkan barang-barang berharga milik kita di dalam kereta. Tak kiralah beg tangan, kamera, laptop mahupun barang-barang lain yang begitu berharga. Kita sepatutnya meletakkan barangan tersebut di tempat yang tersembunyi seperti di dalam dashboard, bawah kerusi dan sebagainya.

Kalau kita lihat dalam video tersebut, sekiranya si peragut tidak nampak apa yang ada di dalam kereta tersebut, mungkin kejadian ini tidak berlaku, disebabkan kita meletakkan barang berharga di sebelah kerusi pemandulah yang menyebabkan si peragut nampak dan berpeluang untuk melakukan jenayah ragut tersebut.