Showing posts with label kematian. Show all posts
Showing posts with label kematian. Show all posts

Thursday, June 12, 2014

RAMAI RAKAN-RAKAN YANG MENINGGAL DUNIA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD SAW.

Hari meniti hari. Umur terus meningkat dari tahun ke tahun. Dari awal kelahiran ke belasan tahun, dan kini sudah mencecah ke lingkungan 30 tahun.

Allah sahaja yang mengetahui ajal maut kita. Mungkin di awal usia sudah datang ajal. Mungkin pada umur remaja, maut datang mengundang. Mungkin juga umurnya panjang hingga ke 80 - 100 tahun. 


Sumber gambar >> KLIK <<


Kematian pula bukan hanya kerana penyakit, sakit tua dan sebagainya. Mungkin juga disebabkan kemalangan, lemas di lautan, dibunuh perompak atau sebagainya.

Justeru, kita tidak boleh meramal yang kita akan hidup 40 - 50 tahun lagi. Mungkin sudah tidak berapa lama lagi usia kita ke penghujung. Mungkin juga satu dua hari lagi.

Masih mengenangkan beberapa orang rakan sebaya usia telah kembali kerahmatullah. Ada yang sakit, ada yang disebabkan kemalangan. Kebanyakannya adalah disebabkan kemalangan. Ya-Allah, semoga roh rakan-rakanku yang telah meninggal dunia dirahmati oleh-Mu Ya-Allah. 

Marilah mengingat mati, kerana ia akan mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

Friday, May 4, 2012

BLOGGERS DAN FACEBOOKERS JADIKAN BOB KUMAN MATI HIDUP SEMULA

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terlebih dahulu, takziah diucapkan kepada ahli keluarga Bob Kuman di atas kematiannya semalam dan Al-Fatihah saya sedekahkan, semoga rohnya dicucuri rahmat.

Sekiranya ada yang masih ingat, sebelum berita kematian sebenar Bob Kuman ini, terlebih dahulu ada satu khabar angin yang berlaku pada minggu lepas yang mengatakan bahawa Bob Kuman telah meninggal dunia. Padahal, pada masa yang sama beliau sebenarnya masih hidup. Khabar angin tersebut tersebar luas di dunia internet lebih-lebih lagi di laman Facebook.

Ada pengguna yang tanpa usul periksa telah mengongsikan berita tersebut dan terus dikongsi oleh jaringan-jaringan pengguna Facebook yang lain sehingga meletup satu Malaysia mengetahui perkhabaran yang tidak benar itu. Namun, penafian telah dibuat oleh Bob Kuman sendiri melalui rancangan hiburan di televIsyen seperti di Melodi di TV3 dan Gala TV di Astro.

Moral dari kejadian ini ialah, JANGAN SEBARKAN SEBARANG MAKLUMAT YANG KITA SENDIRI TIDAK TAHU, baik di internet mahupun di apa-apa media sekalipun. Takut nanti boleh jadi fitnah seterusnya orang yang terkena fitnah tersebut pastinya tidak tenang hidup dan perasaannya.

Kini, segalanya telah terbukti, Bob Kuman telah pergi meninggalkan kita dan industri hiburan. Lakonan dan lawaknya pastinya akan dikenang. Beliau adalah seorang pelakon yang hebat, santai dan bersahaja. Sekali lagi, Al-Fatihah dan semoga rohnya dicucuri rahmat.

Wednesday, September 15, 2010

ANDAI KATA AKU PERGI DULU

Wahai ayah bonda yang tersayang

Andai kata aku pergi dulu

Halalkan makan mimun aku

Halalkan susu yang membesarkan aku di kala bayi

Halalkan hutang piutang aku

Ampunkan diri ini atas segala kesalahan yang dilakukan antara sedar atau tidak sedar

Doakan kesejahteraanku di sana

Aku dahagakan Al-Fatihah dan Yaasinmu.


Wahai isteri anak tercinta

Andai kata aku pergi dulu

Halalkan makan minum aku

Halalkan hutang piutang aku

Ampunilah diri aku

Doakan kesejahteraanku di sana

Didik anak dengan Islam dan Iman

Didik diri dengan kesucian Islam


Wahai kekanda-kekandaku yang dikasihi

Andai kata aku pergi dulu

Halalkan makan minum aku

Halalkan hutang piutang aku

Ampuni kesalahanku

Terima kasih di atas segalanya

Aku ingin hidup aman di sana

Aku dambakan Al-Fatihah dan Yaasinmu

Doakan kesejahteraanku di sana.


Wahai saudara mara yang ku hormati

Andai kata aku pergi dulu

Halalkan makan minum aku

Halalkan hutang piutang aku

Ampuni kesalahanku

Doakan kesejahteraanku di sana


Wahai sahabat handai yang akan kurindui

Andai kata aku pergi dulu

Halalkan makan minum aku

Halalkan hutang piutang aku

Pohon kemaafan semua kesalahanku

Doakan kesejahteraanku di sana

Ziarah aku di kala hari terakhirku

Iringi aku dengan Yassin


Wahai sesiapa yang kenal akan diri ini

Ampunilah segala kesalahan dan dosaku

Masukan aku dalam petikan doa-doa orang muslimin yang masih hidup mahupun yang meninggal dunia


Wahai semua

Ingat mati, ingat Illahi

Mungkin esok lusa atau bila

Kita mungkin tidak ketemu lagi