Showing posts with label kanta lekap. Show all posts
Showing posts with label kanta lekap. Show all posts

Wednesday, June 29, 2011

BAHAYA KANTA LEKAP (CONTACT LENS)

Kanta lekap kini telah menjadi gaya masa sekarang dengan berfungsi sebagai pengganti cermin mata. Ianya dilihat amat relevan kepada penggunanya lebih-lebih lagi kepada para atlet sukan.

Namun, kini kanta lekap ini dilihat bukan sahaja digunakan oleh mereka yang rabun, tetapi ia juga digunakan sebagai gaya masa kini. Bukan sahaja ianya tidak mempunyai power malah pelbagai warna boleh didapati bagi membolehkan mata seseorang menjadi berwarna biru, hijau, coklat dan sebagainya.

Dalam penggunaan kanta lekap ini, kebersihannya perlu diambil berat. Pengguna tidak boleh mengambil remeh terhadap kebersihan kanta lekap kerana ia mampu memberikan kemudaratan pada mata pengguna.

Kebiasaannya semasa membeli kanta lekap, ianya akan disertakan sekali dengan cecair pencuci kanta tersebut. Cecair pembersih ini begitu penting bagi memastikan kanta lekap ini sentiasa dalam keadaan benar-benar bersih dan dapat digunakan dengan selamat.

Kanta lekap yang tidak dibersihkan atau kotor apabila dipakai pastinya akan membawa kemudaratan pada mata si pemakai. Baru-baru ini ada satu kes yang berlaku di mana seorang pemakai kanta lekap telah mengidapi mata bernanah di bahagian anak matanya akibat menggunakan kanta lekap yang mungkin tidak dibersihkan dengan sempurna. Perkara ini dilihat serius kerana ianya telah menyebabkan kecederaan pada pengguna.

Apa yang dapat disimpulkan ialah, kanta lekap sememang cantik dan sesuai digunakan, namun dalam menggunakannya, aspek kebersihan perlulah dititikberatkan bagi memastikan ianya selamat digunakan.

(Ps : Artikel ini ditulis berdasarkan kepada seorang pesakit yang sama wad dengan anak buah aku di Hospital Besar Melaka baru-baru ini)