Showing posts with label kalimah allah. Show all posts
Showing posts with label kalimah allah. Show all posts

Sunday, March 17, 2024

Boikot KK Mart

Boikot KK Mart!!! 


"Jika diam saat agamamu dihina, 
gantilah bajumu dengan kain kafan."
- Hamka

Begitu mudah zaman sekarang, lakukan kesalahan dan minta maaf. Andai kesalahan yang kecil boleh ditolak ansur lagi, ini tidak, memain dan mempersendakan agama Islam. Satu kesalahan yang amat-amat serius.

Sampai hati mereka menjual stoking yang memaparkan kalimah Allah SWT. Ya, sebenarnya mereka memang sampai hati untuk memperlekehkan Allah SWT dan Islam. Dan mereka akan terus menerus melakukan sebegini. 

Imam Ibn Battal berkata :

“Berurusan dengan orang kafir dibolehkan, kecuali menjual apa yang boleh membantu mereka untuk memerangi orang Islam."

Justeru, tidak salah untuk kita berjual beli dengan orang bukan Islam, tetapi apabila sudah terang-terangan mereka mempersendakan Islam, wajar kita sebagai umat Islam memboikot mereka.

Jom beramai-ramai kita boikot KK Mart. Biar mereka tahu akan kuasa pembeli. Boikot dan istiqomah. 

Friday, January 17, 2014

ALLAH YANG ESA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Memang benar ALLAH itu tuhan sekalian alam, ALLAH adalah tuhan bagi orang muslim dan orang bukan muslim. Namun, sampai tahap mana orang bukan muslim menerima ALLAH sebagai tuhan mereka yang sebenar-benarnya. 



ALLAH adalah Esa dan tidak beranak dan tidak diperanakkan. Inilah yang sebenar-sebenarnya. Namun pandangan mereka lain, mereka syirik dan menyengutukan ALLAH. 

Buat apa mereka nak menggunakan kalimah ALLAH sekiranya mereka tidak benar-benar beriman kepada ALLAH. 

Mungkin ada beberapa percaturannya di sini yang ingin merosakan iman dan aqidah generasi umat Islam kini dan akan datang. Wallahuaklam.

Thursday, February 7, 2013

JOM KE GALERI KETUA MENTERI MELAKA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Kewujudan Galeri Ketua Menteri Melaka mungkin tidak ramai yang mengetahuinya. Mungkin kedudukannya agak berjauhan dengan muzium-muzium dan galeri-galeri di Bandar Hilir, Melaka, oleh itu ia kelihatan sedikit sunyi dari pelawat.

Tapi percayalah, terdapat banyak maklumat-maklumat berguna yang terdapat di galeri ini sesuai untuk rujukan pada pelajar dan pengkaji tentang sistem, sejarah, peranan dan banyak lagi berkenaan ketua-ketua Menteri Melaka bermula dari Ketua Menteri yang pertama hingga kini.

Terletak di Bukit Peringgit, Melaka memberikan pemandangan yang amat menarik serta udara yang segar dan dingin. Di lokasi ini juga bukan sahaja terdapat Galeri Ketua Menteri Melaka malahan terdapat juga galeri-galeri lain yang berdekatan seperti Galeri Melaka, Galeri Casa Cuba dan Galeri Macau. Jadinya, sekiranya hadir ke Bukit Peringgit ini, banyak juga tempat yang boleh dilawati.

Pokok menyerupai kalimah Allah ini boleh didapati di sekitar galeri ini


Untuk masuk melawat ke Galeri Ketua Menteri Melaka ini, pelawat dikenakan bayaran sebanyak RM2.00 sahaja. Manakala kepada kanak-kanak yang berusia antara 7 hingga 12 tahun, RM1.00 dikenakan.

Berikut beberapa gambar di dalam Galeri Ketua Menteri Melaka ini...

Pantun wajib negeri Melaka..

Ruang hadapan sebelum melngkah masuk ke dalam galeri

Ruang kerja Ketua Menteri

Koleksi cenderamata

Koleksi pakaian - pakaian Ketua Menteri

Bilik Ilham

Tangga yang menarik.. :)

Bilik tidur

Saturday, January 26, 2013

SUBHANALLAH...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
 
Subhanallah... Itulah perkataan pertama yang terpacul dari mulut aku semasa melihat dua batang pokok yang apabila diamat-amati menyerupai kalimah ALLAH.
 
 
Kebiasaannya aku dapat melihat gambar-gambar sebegini banyak terdapat secara dalam talian iaitu di Internet. Namun pagi tadi, aku dapat menyaksikan sendiri pokok ini secara terus-terusan dari depan mata.
 
Tapi kenapa sebelum ini aku tidak perasan kewujudan pokok itu? Sedangkan tempat tersebut bukanlah asing bagi aku kerana terdapat banyak juga program yang diadakan di situ. Sebenarnya pokok-pokok tu telah lama wujud, tapi aku sendiri tidak perasan adanya kalimah ALLAH terbentuk dari pokok tersebut.
 
Kalau sesiapa nak tahu, pokok ini tertanam di belakang Galeri Ketua Menteri Melaka di Bukit Peringgit, Melaka. Kalau nak tengok pokok ni, datanglah ke sana. :)
 
:: Ya Allah, Kau berikanlah aku petunjuk jalan yang lurus serta benar... Sesungguhnya aku insan biasa yang lalai dan alpa serta tidak lari dari melakukan kemaksiatan zahir dan batin :: 

Wednesday, March 16, 2011

KALIMAH ALLAH YANG MENAKJUBKAN


Sebenarnya, kalimah Allah ini bukanlah sesuatu yang baru tersebar di internet. Sudah lama dah, cuma aku je yang tak ambil kisah sangat untuk mencuba.

Baru sebentar tadi sedang aku berblogwalking, aku terjumpa lagi kalimah Allah ini. Disebabkan ingin tahu, aku pun mencubalah. Memula aku tenung 3 titik yang terdapat di tengah-tengah kalimah Allah tu selama 10 saat, lepas tu aku pandang ke dinding pejabat aku ni. Fuh, apa yang aku dapat lihat ialah bayangan kalimah Allah yang serupa begitu jelas terpapar di dinding.

Tak percaya lagi. aku pandang sekali lagi titik tu dan kemudiannya memandang buku nota aku yang berkulit berwarna merah, apa yang aku nampak, kalimah Allah itu lebih jelas.

Memang ini merupakan satu petunjuk kekuasaan Allah. Ada orang kata, ia memanglah macam tu, kalau dikaji ikut sains pun boleh dapat jawapannya. Memang benar, tapi bukankah segala benda yang dilangit dan dibumi ini ciptaan Allah? Jadinya ilmu sains juga merupakan ilmu yang datangnya dari Allah.