Showing posts with label jimat. Show all posts
Showing posts with label jimat. Show all posts

Sunday, January 17, 2021

CARA KILATKAN LAMPU (HEADLAMP) DENGAN KOS RM10.00!!! PALING JIMAT

Kereta kita kalau sudah lama, pastinya lampu hadapan semakin pudar. Sudahlah pudar, masa malam kurang terang pula. Sekiranya hantar ke kedai, kos untuk mengilatkan kembali lampu tersebut paling kurang pun RM100.00.

Sebenarnya ada cara atau kaedah yang paling murah untuk mengatasi masalah ini, cuma memerlukan kerajinan tulang empat kerat kita saja. Kalau rasa malas, bayar sahaja di kedai untuk kilatkan semula lampu, kalau nak jimat, kenalah buat sendiri.

Nak lihat bagaimana aku buat kerja-kerja mengilatkan lampu ni, boleh layari YouTube aku di pautan ini : https://youtu.be/Pl34xEIh-JE

Di sini aku nak kongsikan bagaimana aku kilatkan lampu hadapan (headlamp) kereta aku hanya bermodalkan RM10.00 sahaja. Ya... RM10.00 sahaja!!!

Berikut bahan-bahan asas yang digunakan :

1. Sehelai kertas pasir 600cw

2. Sehelai kertas pasir 1000cw

3. Sehelai kertas pasir 2000cw

4. Setin cat semburan jernih (clear spray)

Cara-caranya :

Langkah 1

Pasang pita pelekat sekeliling lampu bagi mengelakkan terkena gosokkan kertas pasir semasa proses menggosok lampu.

Langkah 2

Gosokkan kertas pasir 600cw ke permukaan lampu. Sambil mengosok basahkan lampu dengan air sabun atau air biasa pun boleh. Gosok sehingga rasa licin pada permukaan lampu.

Langkah 3

Sepertimana langkah kedua, tapi gosok menggunakan kertas pasir 1000cw.

Langkah 4

Teruskan menggosok dengan menggunakan kertas pasir 2000cw. Masa ni sudah boleh lihat permukaan lampu semakin berkilat.

Langkah 5

Setelah habis menggosok, bilas lampu dengan air kemudian lap sehingga benar-benar kering.

Langkah 6

Tutup kawasan lampu dengan menggunakan plastik hitam (plastik sampah) meliputi kawasan lampu dan potong plastik tersebut di bahagian lampu sahaja. Ini untuk kerja-kerja menyemburkan cat jernih (clear spray) pada lampu.

Langkah 7

Sembur cat jernih pada lampu untuk lapisan pertama. Untuk lapisan pertama ini, buat selapis yang nipis sahaja. Kemudian biarkan kering dalam masa 10 minit.

Langkah 8

Buat semburan buat kali kedua. Kali ini buat tebal sedikit dari lapisan pertama tadi. Setelah siap, tunggu sehingga kering dalam 10 minit.

Langkah 9

Semburan terakhir. Buat semburan tebal lagi. Kemudian tinggalkan sehingga kering. Lampu ini disembur cat jernih bagi memastikan lampu terus cerah buat jangka masa yang lama. Sekiranya gosok guna kertas pasir saja, nanti akan pudar juga nanti.

Langkah 10

Sudahpun siap. Buka semula plastik hitam dan kemaskan semula barang-barang yang telah digunakan. Baki kertas pasir tu boleh simpan, jangan pula buang. 

Lihat gambar perbezaan antara lampu kereta aku yang telah dibuat dan yang sebelah lagi yang belum dibuat.


Ini lampu sebelah yang belum dibuat lagi

Lampu ini telah dibuat. Macam baru kan?

Nak lihat bagaimana aku buat kerja-kerja mengilatkan lampu ni, boleh layari YouTube aku di pautan ini : https://youtu.be/Pl34xEIh-JE

Tuesday, January 21, 2014

CARA MENJIMATKAN BIL ELEKTRIK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Tarif elektrik dah naik? Nak tau cara untuk menjimatkan bil elektrik bulanan? Senang je... Tukarlah lampu di rumah dengan lampu LED atau nama panjangnya Light Emitting Diode

Sebenarnya aku dah buat ujikaji sendiri kat rumah aku, dan nyatalah bil elektrik aku berkurangan. Biasanya setiap bulan bil elektrik akan menjangkau RM 40 - 50 sebulan. Bagi bulan Januari ni, bil elektrik aku hanya RM 30.00 ++

Sila klik untuk tumbesaran sempurna

Ini baru je aku tukar 4 mentol di ruang tamu sebab ruang ini yang biasa dibuka lampunya setiap hari. Kalau tukar 1 rumah, mahunya lagi jimat. Betul tak?




Buat masa ni aku baru menggunakan lampu LED cap ayam. Murah je. Kalau betullah ujikaji ini berjaya mengurangkan bil elektrik, lepas ni dah boleh beli lampu LED yang baik sikit.

Harga lampu LED yang baik ni bukannya murah. 1 mentol boleh cecah hingga RM 25.00. Lihat jugalah berapa watt dan jenamanya. Tu hari nampak di pasaraya Mydin, sebiji LED downlight jenama Phillip harganya RM 49.90. Perghh...

Tapi tak mengapalah.. Selain ianya tahan lama, ia juga menjimatkan. Lagi satu ianya adalah salah satu daripada Teknologi Hijau.

Lagi satu.., kalau ada duit terlebih-lebih tu, bolehlah gunakan panel solar.

Wednesday, March 9, 2011

HOT TICKET MENGHUBUNGKAN KAWAN-KAWAN LAMA

Siapa yang guna Hot Ticket angkat tangan...! Dulu aku guna Hotlink.. Selepas tu sejak sekian lama menggunakan prepaip, aku mula bertukar ke talian Maxis dengan menggunakan nombor yang sama. Tapi malangnya aku pakai tak ingat, bil sampai beratus-ratus. Akhirnya kini sejak beberapa bulan kebelakangan ni aku telah bertukar kembali kepada prepaip dan menggunakan Hot Ticket.

Apa yang best sangat Hot Ticket ni ialah jimat. Bagi aku memang jimat. Sehinggakan tak habis guna nilai prepaip. Tamat tempoh, top up lagi. Sampailah sekarang masih beratus-ratus minit untuk panggilan dan 800 ++ untuk teks pesanan ringkas.


Sebab itulah sekarang aku duduk rajin SMS dan menelefon member-member lama aku semasa belajar di UiTM yang sudah lama tak dengar khabar berita. Bagusnya ada Hot Ticket ni.

Aku sekarang boleh bebas menelefon dan menghantar teks pesanan ringkas tanpa perlu merisaukan prepaip habis atau bil telefon yang melonjak, dengan Hot Ticket semuanya memang berbaloi dan kembali mengeratkan silaturrahim antara aku dan rakan-rakan lama.

(ps : ni bukan nak promote Hot Ticket sangat, tapi ianya memang berbaloi-baloi)