Showing posts with label jatuh. Show all posts
Showing posts with label jatuh. Show all posts
Friday, December 12, 2014
DI MEDAN INI
Di medan ini,
pada ketika hajat tercapai,
nescaya aku genggam tangan-tangan yang hampir tewas,
menarik semula tangan-tangan itu,
biar bangkit,
biar sama-sama merasa kejayaan.
Akan tapi,
Kalau-kalau aku hampir jatuh,
sambutlah tanganku,
jangan sekali biarkanku jatuh,
kecut hatiku untuk jatuh di hujung sana.
Sebaliknya,
jika tiada mampu menarik aku ke atas,
biarlah aku jatuh,
biarlah aku tewas,
biarlah aku gugur,
biarlah aku berseorangan,
tidakkan kutarik kalian turut gugur bersama,
kerana ia kegagalanku sendiri,
untuk bangkit.
F.B. Mamat
Bandar Hilir, Melaka
12 Disember 2014
Thursday, March 1, 2012
KATA SPONTAN NO 5 : AKU JATUH, DIA PUN MESTI JATUH JUGA
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Entah mengapa gaya orang zaman sekarang, sekiranya didapati bersalah bukan mahu mengaku kesalahan sebaliknya cuba mencari kesalahan orang lain demi menutup kesalahan yang dilakukannya.
Pernah satu ketika terdengar pernyataan ini; "Sekiranya aku jatuh, aku akan pastikan dia pun jatuh juga..."
Jangan busuk hati. Kalau benar kita bersalah, mintalah maaf kepada mereka yang kita sakiti. Sekiranya bersalah kepada Allah, mohonlah ampun dan taubat semoga dosa yang dilakukan diampuni.

Subscribe to:
Posts (Atom)