Showing posts with label istiadat. Show all posts
Showing posts with label istiadat. Show all posts

Wednesday, May 23, 2012

ADAT VS TEKNOLOGI


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Di zaman berteknologi tinggi sekarang ini, apa saja yang hendak kita lakukan, semestinya mahu dilakukan dengan pantas. Kalau boleh, nak lakukan apa-apa tugasan dengan hanya duduk dan mengawal alatan dengan alat kawalan jauh sahaja.

Dalam hidup moden dan berteknologi, sedikit sebanyak ada yang mempengaruhi kemerosotan adat yang kita junjung selama ini. Bagi mereka yang berpegang kepada adat, pastinya berasa sedikit kecewa dengan peningkatan teknologi yang telah memusnahkan adat mereka dan secara tidak langsung, sesuatu adat tidak dapat disambungkan dari satu generasi ke satu generasi.

Namun, bagi mereka yang berfikiran moden, terbuka dan inginkan kepantasan dalam membuat sesuatu keputusan atau pekerjaan, akan memandang bahawa teknologi adalah segalanya  dan memudahkan segala urusan di dalam dunia.

Berikut merupakan beberapa adat yang hampir lupus akibat adanya teknologi dan kehidupan moden :

1. Adat Menyemput Kenduri Kahwin

Dahulu menjemput dengan kad kahwin dan singgah dari satu rumah ke rumah. Tetapi sekarang, tidak perlu kad, jemput hanya dengan Sistem Pesanan Ringkas (SMS), e-mail mahupun melalui Facebook.

2. Adat Berkhatan

Dahulu, masa nak berkhatan ada buat kenduri, berzanji dan lain-lain acara seperti mandi sungai dan berarak. Tetapi sekarang, bapa bawa ke klinik atau hospital, terus dikhatankan oleh doktor.

3. Adat Kenduri Kahwin

Dahulu, dari membuat penanggah hingga jamuan makan, semua orang bergotong royong, bekerjasama membanting tulang untuk menjayakan majlis. Tetapi sekarang, mana-mana kenduri kahwin pasti menggunakan konsep 'buffet'. Cepat dan mudah katanya.

Cukuplah sekadar tiga contoh yang diberikan, dan saya yakin anda dapat memahami apa yang cuba saya terangkan. Bukan mahu menghalang perkembangan teknologi serta kehidupan moden dan bukan juga memartabatkan adat. Ikut masing-masing punya citarasa. Apa yang penting, jangan lari dari ajaran Islam sebenar.

Monday, September 27, 2010

MUZIUM ADAT ISTIADAT (MELAKA)


Harga Tiket

Dewasa RM 1.00
Kanak-kanak RM 0.50