Assalamulaikum dan Salam Sejahtera.
Serius saya sedang mencari Upin iaitu pasangannya Ipin. Puas saya pergi dua, tiga buah restoran Kentucky Fried Chicken (KFC) namun mereka mengatakan ianya tiada, telah kehabisan stok atau tarikh keluarannya sudah lepas.
Aduh... Takkan tiada "spare" langsung. Saya siap beritahu pada pelayan KFC tersebut, "kalau awak ada, jual ikut pintu belakang pun tak mengapa, saya beli." Tapi malangnya, memang tiada katanya.
Sekali terpandang Upin yang dicari di dalam peti pameran KFC, macam mahu minta dijualnya saja Upin di dalam peti kaca tu. Erm... Takpelah, mungkin tiada rezeki, lepas ni terpaksalah cari secara pembelian online sekiranya ada yang menjualnya. Tak lengkap rasanya kalau tiada Upin.
|
Upin dan Ipin berbaju jersi Harimau Malaya |
|
Ipin keseorangan. Kemanalah Upin...? |
|
Tidak lengkap tanpa Upin |
|
Sepatutnya ada 4 orang macam ni... Sayangnya Upin (atas kiri) tiada |
|
Dapatkannya di KFC...
|
|
Muhammad Fahim bersama Upin dan Ipin |