Showing posts with label ingat mati. Show all posts
Showing posts with label ingat mati. Show all posts

Wednesday, December 17, 2014

SYARAT MATI!


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Kita boleh mati bila-bila sahaja dari sekarang. Masanya sahaja kita tidak tahu. Mati bukanlah khas untuk orang yang tua atau sudah berumur, tetapi ia boleh berlaku pada sesiapa sahaja tak kira berapa umurnya, di mana tempatnya..

Bukan sahaja manusia, haiwan dan tumbuhan juga akan mati.

Semuanya manusia akan mati. Sebab musababnya sahaja mungkin berlainan. Mungkin disebabkan penyakit, kemalangan, dibunuh dan sebagainya.

Justeru, kita hendaklah senantiasa mengingati mati kerana ia juga akan mendekatkan diri kita dengan Allah S.W.T.



Thursday, June 12, 2014

RAMAI RAKAN-RAKAN YANG MENINGGAL DUNIA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD SAW.

Hari meniti hari. Umur terus meningkat dari tahun ke tahun. Dari awal kelahiran ke belasan tahun, dan kini sudah mencecah ke lingkungan 30 tahun.

Allah sahaja yang mengetahui ajal maut kita. Mungkin di awal usia sudah datang ajal. Mungkin pada umur remaja, maut datang mengundang. Mungkin juga umurnya panjang hingga ke 80 - 100 tahun. 


Sumber gambar >> KLIK <<


Kematian pula bukan hanya kerana penyakit, sakit tua dan sebagainya. Mungkin juga disebabkan kemalangan, lemas di lautan, dibunuh perompak atau sebagainya.

Justeru, kita tidak boleh meramal yang kita akan hidup 40 - 50 tahun lagi. Mungkin sudah tidak berapa lama lagi usia kita ke penghujung. Mungkin juga satu dua hari lagi.

Masih mengenangkan beberapa orang rakan sebaya usia telah kembali kerahmatullah. Ada yang sakit, ada yang disebabkan kemalangan. Kebanyakannya adalah disebabkan kemalangan. Ya-Allah, semoga roh rakan-rakanku yang telah meninggal dunia dirahmati oleh-Mu Ya-Allah. 

Marilah mengingat mati, kerana ia akan mendekatkan diri kita kepada Allah SWT.

Thursday, January 10, 2013

SEMAKIN HARI SEMAKIN MENGHAMPIRI LIANG LAHAD

 
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Berapa umur kalian, 20-an, 30-an ataupun sudah usia warga emas? Saya baru menjangkau awal 30-an namun saya seperti merasa sudah menghampiri usia tua dan seterusnya amat rapat dengan liang lahad.

Ya.. Kalau boleh semua orang mahu hidup lama di muka bumi ini, namun apakan daya hidup mati itu benar. Apabila mengingat satu hari nanti kita tetap akan mati, terasa juga betapa amalan yang dilakukan adalah benar-benar cukup atau tidak. Diterima Allah atau tidak.





Kita tidak boleh menyangka yang kita akan hidup sehingga umur lebih 60 tahun. Tidak mustahil esok, lusa kita akan mati. Itu semua kerja Allah. Allah yang Maha Esa dan Maha mengetahui. Mungkin mati akibat kemalangan, akibat sakit, siapa tahu?

Justeru, saya berpesan kepada sahabat-sahabat dan juga pada diri sendiri agar selalu mengingati mati kerana mengingat mati itu akan menjadikan diri kita akan terus bertakwa kepada Allah. Insyaallah.

(Ps : Saya selalu membayangkan, tiba-tiba bangun tidur, di kiri dan kanan adalah tanah. Oh.. Sudah mati rupanya)