Memancing mengajar erti kesabaran. Dan kita perlu yakin bahawa rezeki datangnya dari Allah SWT. Kalau ada rezeki, dapatlah hasilnya. Sekiranya tidak, jangan berduka, berusaha lagi.
Tuesday, January 3, 2012
MENGEJAR BAYANG : ERTI KESABARAN
Monday, January 24, 2011
Monday, January 17, 2011
MANCING DI MALAM HARI
Friday, October 22, 2010
RESTORAN IKAN BAKAR SAJIAN UMMIE (PERKAMPUNGAN IKAN BAKAR TERAPUNG UMBAI MELAKA)
Di sini aku nak memberi cadangan kepada semua yang ingin menikmati sajian ikan bakar di Melaka bolehlah berkunjung ke kedai nombor 9 (Sajian Ummie) yang terletak di Perkampungan Ikan Bakar Terapung. Umbai, Melaka.
Masakan makanan laut di sini amat lazat dan enak sekali dan anda boleh memilih sama ada untuk menikmati ikan, udang, ketam, lala, sotong dan sebagainya dengan aneka jenis kaedah masakan seperti bakar, bakar berlada, 3 rasa dan sebagainya. Makanan laut ini dihidangkan bersekali dengan nasi lemak bungkus dengan berlapikkan daun pisang yang pastinya mengiurkan dan membuka selera.
Tuan punya kedai, saudara Nurman (013-3400664) telah menyatakan kepada saya, sekiranya pembaca blog ini ingin berkunjung ke kedainya, potongan harga 5 % akan diberikan. Sila cetak entry ini sebagai bukti untuk mendapatkan potongan harga tersebut.
Apa lagi? Jom serbu kedai nombor 9 (Sajian Ummie)
Monday, September 27, 2010
IKAN GEMANG MASAK LADA
Aku bangun dari tidur setelah penat memancing dari malam tadi hingga ke awal pagi, bangun saja aku membaca mesej di telefon bimbit yang berbunyi "ikan kau malam tadi mak dah buat masak lada, kalau nak makan datang sini. Ikan kau 1 kg."
Pada malam minggu lalu, aku dan abang aku telah pergi memancing di Dataran 1 Malaysia, Klebang. Dalam banyak-banyak kali aku memancing ikan, baru pertama kali aku dapat menaikan ikan yang agak besar.
Aku telah berjaya menaikkan seekor ikan Gemang (ikan ini serupa ikan sembilang, tapi saiznya lebih besar). Taklah besar mana, tapi beratnya 1 kg. Inilah kali pertama aku berjaya menaikan ikan yang besar, dan berasa seronok dan puas sangat. Biasanya kalau aku memancing, hanya dapat ikan Gelama saja ataupun langsung tak dapat ikan.
Thursday, September 23, 2010
BERI MEREKA JORAN ITU
Sebenarnya aku bukan nak ajak kamu semua memancing ikan, tapi aku teringat kata-kata kawan aku dahulu yang menyatakan bahawa sekiranya kita mahu tengok orang berjaya, jangan beri dia ikan, tapi beri dia joran. Faham tak apa maksud dia? Kalau tak faham, dengar sini aku nak huraikan.
Ikan... Ikan merupakan sumber makanan pada manusia. Ikan boleh menjadikan seseorang yang lapar menjadi kenyang apabila memakannya. Oleh itu, ikan merupakan makanan yang penting juga kepada manusia. Bagi orang yang tidak berkemampuan, kita sebenarnya jangan mengajar mereka dengan selalu memberi ikan kepadanya, ini adalah kerana ikan kalau dimakan, akan habis dan akan tinggalkan tulang. Kalau kita mampu, kita boleh memberi ikan kepadanya setiap hari. Tapi sampai bila?
Justeru itu kita perlulah beralih kepada pendekatan yang baru. Jangan beri mereka ikan dan cuba bagi mereka joran pula. Kalau mereka tidak tahu menggunakan joran, kita ajar mereka sampai pandai. Kita ajar sampai mereka mahir menangkap ikan. Apabila mereka sudah pandai, mereka tidak perlu berharap kepada kita lagi. Tapi sekali-sekala kita perlu datang melawat dia bagi memastikan dia akan terus menangkap ikan dan tidak alpa lagi dengan pemberian ikan oleh orang lain.
Apabila mereka telah mahir menangkap ikan. Mereka boleh dapat ikan dengan banyak. Mereka dapat makan sebanyak mana ikan yang berjaya ditangkap. Tidak perlu lagi menunggu orang lain memberikan ikan. Dan sekiranya ikan yang ditangkap terlalu banyak, sehingga mereka tidak mampu untuk memakannya sendiri, maka mereka boleh menjual pula hasil tangkapan ikan tersebut.
Dengan hasil jualan ikan, mereka dapat duit. Duit yang membolehkan mereka membeli apa sahaja yang mereka mahukan mengikut hasil yang diperolehi. Mungkin satu hari nanti mereka mampu membeli kemewahan dengan hanya menangkap ikan dengan joran yang diberikan. Dengan adanya usaha berterusan menangkap ikan, mereka pastinya tidak lagi menunggu orang memberi ikan kepadanya.
Nampaknya dengan sebatang joran, kita dapat membentuk seseorang yang hanya menunggu ikan kepada seseorang yang rajin menunggu joran disentap oleh ikan. Dengan joran, seseorang mampu hidup selesa sekiranya berusaha lebih untuk menangkap ikan.
Adakah kita hendak menjadi penerima ikan atau penerima joran?
Namun begitu kadangkala kita kena meneliti juga mereka yang menerima ikan itu. Sekiranya mereka ini benar-benar tidak mampu untuk menangkap ikan dengan joran, maka teruskanlah memberi ikan kepada mereka. Jangan pula dibiarkan mereka kelaparan.