Showing posts with label hukum. Show all posts
Showing posts with label hukum. Show all posts

Thursday, April 14, 2022

Tadarus Al-Quran di Bulan Ramadan


Alhamdulillah.. Telah menjadi kelaziman jabatan tempat aku bekerja mengadakan program Tadarus Al-Quran apabila menjelang bulan Ramadan. Aku turut tidak melepaskan peluang untuk sama menyertai program ini. Rasanya sudah bertahun-tahun juga aku sertai program ini.

Alhamdulillah juga kerana tahun demi tahun dapat mempelajari dan memperbaiki bacaan walaupun pada hakikatnya aku masih belum pandai sepenuhnya membaca Al-Quran. Apabila kena tegur kerana silap membaca, aku suka ditegur kerana dengan teguran tersebut, insyaallah aku akan mengingati apa yang aku salah dan akan memperbaikinya.

Sebenarnya aku amat berterima kasih kerana jabatan aku mengadakan program sebegini. Secara tidak langsung, aku mula mengenal dan membaca Al-Quran. Sebelum ini membaca agak 'merangkak-rangkak'. Alhamdulillah, sekarang rasanya sudah agak baik. Namun, banyak lagi yang perlu diperbaiki dari aspek makhraj huruf, hukum tajwid, dan lain-lainnya.

Marilah tuan-puan, kita perbanyakkan membaca Al-Quran dan memperbanyakkan amalan di bulan yang mulia ini. Semoga amal ibadat kita diterima oleh Allah SWT.

Tuesday, August 2, 2011

SEPINTAS LALU SISTEM PERUNDANGAN ZAMAN KESULTANAN MELAYU MELAKA

Hukum Kanun Melaka dan Undang-Undang Laut Melaka merupakan dokumen tertua dan terpenting sekali. Kanun ini mengandungi beberapa fasa. Berikutan penerimaan Islam di Melaka peruntukan kanun ini bertambah menjadi 44 fasal. Undang-Undang ini wujud sejak Melaka dibuka dan dikemaskinikan oleh pemerintah terkemudian. Kerajaan Melaka merupakan kerajaan Melayu pertama mengubal kanun negeri dan peraturan pelayaran. 

Hukum Kanun Melaka mengambarkan susun lapis kepercayaan Melayu Lama, adat istiadat, peraturan istana, pantang larang, hukuman tentang jenayah dan sivil, sistem protokol, pemilikan tanah, peraturan mengenai pertanian dan penternakan turut dimuatkan. Peruntukan undang-undang di Melaka turut dipengaruhi hukum syarak. Kesalahan seperti penzinaan, murtad, mencuri, membunuh, minum arak, fitnah, tuduh menuduh dan juga perkara seperti ikrar, jualbeli, perjanjian, hutang piutang, syarat-syarat saksi di samping pernikahan dan undang-undang kekeluargaan mencontohi peruntukan syarak.

Undang-undang Laut Melaka pula adalah warisan bertulis yang unik, digubal bertujuan melicinkan perdagangan dan perkapalan. Isi kandungannya yang disempurnakan semasa pemerintahan Sultan Mansur Syah mengandungi 20 fasal. Peraturan pelayaran, gelaran pegawai dan tugas serta bidang kuasa bertugas dalam kapal diperlicinkan.

Peraturan mengenai kebencanaan di laut, kapal karam dan lain-lain turut terungkap nakhoda mempunyai kuasa mutlak sehingga boleh menjatuhkan dan melaksanakan hukuman bunuh. Sebuah kapal di dalam pelayaran diumpama sebagai sebuah kerajaan. Undang-undang ini juga menyentuh mengenai kesalahan dan denda. Nakhoda merupakan peagawai utama yakni raja di dalam kapal. Jurumudi (malim) bertindak menjaga arah haluan pelayaran. Juru Batu memastikan keselamatan kapal, jawatan lain seperti tukang kanan, tukang kiri, tukang agung, senawi, awak-awak dan sebagainya berperanan menentukan kelicinan dan keselamatan pelayaran.

Friday, March 25, 2011

MEMBUNUH DIRI ADALAH DOSA BESAR

Kenapalah dengan dunia hari ini. Dengan krisis negara Arab yang bergolak. Dengan gempa bumi dan Tsunaminya, dengan politik dalam negara yang menjijikan. Sekarang ni di Kelantan ada pula cubaan membunuh diri oleh seorang remaja perempuan.

Kenapa ada terdetik dalam hati seseorang untuk membunuh diri? Adakah kerana hanya kekecewaan atau kesusahan hidup sahaja yang menyebabkan seseorang mengambil tindakan untuk membunuh diri. Tidakkah itu dinamakan sebagai tidak menerima kenyataan sekaligus menafikan qada dan qadar dari Allah.



Di sini ada diselitkan beberapa petikan hadis tentang hukum atau hukuman bagi tindakan membunuh diri.

“Sesiapa yang terjun dari bukit membunuh dirinya, dia akan terjun ke dalam neraka jahannam kakal di dalamnya selama-lamanya. Sesiapa yang meminum racun membunuh diiri, racun itu akan berada di dalam gengamannya, dia akan menghirup racun itu di dalam neraka jahannam kekal di dalamnya selama-lamanya. Siapa yang membunuh dirinya dengan besi, maka besi itu akan berada dalam gengamannya, dia akan menikamkannya di perutnya di dalam neraka jahannam, kekal di dalamnya selama-lamanya.”

(Al-Bukhari dan Muslim)

“Sesiapa yang membunuh dirinya dengan sesuatu benda di dunia, dia akan diazabkan dengan benda tersebut di hari kiamat.”

(Al-Bukhari dan Muslim)

“Dahulu dikalangan umat sebelum kamu ada seorang lelaki yang ada kecederaan (kemudian menjadi ulser), lalu dia tidak bersabar menanggung kesakitannya, lalu dia mengambil pisau dan memotong tangannya sehingga darah tidak berhenti sehinggalah dia mati. Firman Allah S.W.T. : “Tergesa-gesa hambaku kepadaKu (dengan membunuh diri), aku haramkan untuknya syurga.”

(Al-Bukhari dan Muslim)

Para remaja harapan bangsa sekalian, janganlah mengambil keputusan terburu-buru dengan membunuh diri kerana sesungguhnya ia adalah Dosa Besar dan tempat mereka yang membunuh diri itu ialah neraka. Sekiranya ada masalah, tenangkan diri, munasabah diri dan dekatkan diri dengan Allah, insyaalah segala masalah boleh diatasi.




Monday, March 21, 2011

TIDAK BOLEH NIKAH DI MASJID?

Macam biasa masa memandu ke tempat kerja, aku akan membuka siaran radio kegemaranku iaitu Sinar FM. Dalam aku menghayati setiap lagu dan berita-berita yang diwar-warkan, aku ada terdengar tentang perihal nikah kahwin. Hal yang dihebahkan ialah larangan menikah di majid. Biar betul?


Selama ni ramai orang kita membuat majlis akad nikah di masjid. Betul tak? Bagi menguatkan lagi kepercayaan aku terhadap perihal yang diwar-warkan, aku telah melayari beberapa laman web bagi mencari lebih kepastian. Ternyata, benarlah apa yang diwar-warkan bahawa orang islam adalah tidak digalakkan mengadakan majlis pernikahan di masjid. Kenapa?

Hujah mengenai larangan akad nikah di masjid ialah kerana ia bukan perbuatan sunnah di mana nabi Muhammad S.A.W dan para sahabat tidak pernah mengadakan akad nikah di masjid.

Selain itu, mengadakan akad nikad di masjid adalah menyerupai agama Kristian di mana setiap akad nikah agama ini perlu dilaksanakan di dalam gereja.

Namun begitu, ini bukan bererti akad nikah di masjid adalah haram. Ia tetap sah di sisi islam.

Wallahuaklam.

(ps : dulu aku nikah kat rumah je.. Kalau nabi kita tak buat, takyahlah ikut, takut nanti kita meniru agama lain pulak)