Showing posts with label hujan. Show all posts
Showing posts with label hujan. Show all posts

Monday, April 21, 2014

TURUNNYA RAHMAT ILLAHI


Di pagi ini,
turunnya Rahmat sebalik awan nan tinggi,
mencuci dosa insan di bumi,
saban hari terus berdaki.

Ada jiwa mengangkat jemari,
menadah tangan tanda syukuri,
syukur pada yang Maha Tinggi.

Tumbuh-tumbuhan senyum berseri,
ternakan bermandi lalu menari,
merasa nikmat limpah kurnia Illahi.

F.B. Mamat
24 April 2014
Bandar Hilir, Melaka

Tuesday, August 13, 2013

HUJAN METEOR : AKHIRNYA DAPAT LIHAT JUGA...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani. Selawat dan Salam buat nabi junjungan Nabi Muhammad S.A.W.

Jam di dinding menunjukan tepat pukul 2.30 pagi. Pasti ada di kalangan kita sedang memerhati ke arah langit cakerawala untuk menyaksikan fenomena yang dipanggil HUJAN METEOR

Gambar sekadar hiasan. Rujukan gambar sila KLIK

Sepertimana orang lain, aku juga tidak ketinggalan untuk menyaksikan fenomena ciptaan Yang Maha Agong ini. Bukan senang nak lihat fenomena sebegini, aku pun begitu teruja untuk melihatnya.

Namun apakan daya, HUJAN METEOR yang dinanti-nanti tidak dapat kelihatan. Yang pastinya aku hanya dapat melihat jelas titikan HUJAN AIR yang membasahi bumi. Sejuk sungguh malam ini, masuk tidur pun sedap.

Itulah yang aku nak katakan, bukan HUJAN METEOR yang jelas kelihatan sebaliknya HUJAN AIR yang bercucuran dari atas bumbung. Dah, jangan marah ye.. Jom masuk tidur!!!

Saturday, April 21, 2012

HUJAN

Langit Biru Berarak Kelabu,
Nun Jauh Diduga,
Pasti Hujan, Pasti Hujan.

Mencucur Atap Si Pemunya,
Merintik-rintik Mesra,
Menyubur Tanaman,
Membasah Tekak Ternakan,
Membasuh Alam Penuh Noda.

Terhenti Sang Pujangga,
Menanti Reda,
Ditemani Manusia-manusia Berhati Sama.

Hujan,
Pastikan Reda,
Perjalanan Masih Jauh,
Destinasi Entah Ke Mana.

F. B. Mamat
21 April 2012
Pengkalan Rama, Melaka

Friday, September 24, 2010

SAYANGI MAT REMPIT

Di Melaka sekarang sudah dua malam hujan turun dengan lebatnya. Semasa memandu kereta aku melihat mat-mat motor dan mat-mat rempit mengharungi hujan. Mereka basah. Ada yang berhenti di perhentian bas untuk berteduh. Kasihan mereka.


Terkenang seketika masa aku masih menunggang motor pada suatu masa dahulu. Akupun merasai apa yang mereka rasakan. Tubuh akan basah ketika menunggang dalam keadaan hujan, tapi redah tetap redah untuk menuju destinasi.


Kita yang berkereta ini, janganlah pula riak dengan mereka, berilah mereka ruang untuk menggunakan jalan raya. Jangan mereka ini dipandang rendah di jalan raya, sayangilah diri mereka. Mereka lebih berisiko tinggi untuk terjatuh kerana mereka menaiki kenderaan beroda dua.