Showing posts with label hidayah. Show all posts
Showing posts with label hidayah. Show all posts

Friday, August 3, 2012

POHON HIDAYAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apabila selepas menunaikan solat, kita akan berdoa kepada Allah S.W.T supaya diberikan Taufiq dan Hidayah-Nya. Apa itu Hidayah? Hidayah merupakan petunjuk dari Allah S.W.T supaya kita kembali ke jalan yang lurus serta benar. Ini bukanlah bererti seorang lelaki yang menikahi seorang perempuan bernama Hidayah lalu dia dikatakan mendapat Hidayah. Ya betul, dia mendapat isteri bernama Hidayah tetapi bukanlah Hidayah dari Allah S.W.T.

Hidayah ini adalah penting bagi mengubah seseorang. Ya, memang tidak dinafikan bahawa seseorang akan dapat berubah dengan drastik daripada seorang yang agak jahil kepada seorang yang ahli dalam bidang agama atau setidak-tidaknya kembali kepangkuan Allah dengan mengikuti segala suruhan-Nya dan meninggalkan segala yang dilarang.



Cerita tentang hidayah ini saya mahu kongsikan setelah mendapat maklumat hasil diskusi bersama teman-teman di dalam majlis ilmu yang tidak formal. Ada diantara mereka bercerita tentang bagaimana mereka berubah dari "jahat" ke "baik" setelah mendapat petunjuk dari Allah S.W.T.

Kisah pertama iaitu mengenai seseorang lelaki yang agak "nakal" di usia mudanya. Pelbagai "kenakalan" yang telah dia lakukan. Walaupun "nakal", dia juga bersolat juga sekali sekala namun tidak konsisten. Pada suatu hari, hendak dijadikan cerita rumahnya terbakar, habis semuanya terbakar. Tetapi apa yang agak memeranjatkan dia ialah tempat bersolat dan sejadahnya tidak sedikitpun dijilat api. Mulai dari itu, dia mula berubah dan mula mendekati diri pada Allah S.W.T.   

Kisah kedua ialah kisah seorang lelaki yang juga "nakal" di usia mudanya. Nakalnya dengan merempit, perempuan, kelab malam dan sebagainya. Di dalam dunia merempit sahaja, sudah tiga orang teman yang rapat termasuk abangnya sendiri telah meninggal dunia akibat kemalangan jalan raya. Memikirkan apakah nasib rakan dan abangnya sendiri yang meninggal dunia dengan jiwa "kenakalan" seperti dirinya juga, boleh dikatakan hidup bergelumang dosa. Oleh itu, dengan kematian abangnya yang juga orang kesayangannya itu, akhirnya beliau berubah. Mula bersolat dan mendekati diri di masjid. Oleh kerana kebanyakkan solat waktu beliau berada di masjid, beliau mula dilantik sebagai Noja dan kemudiannya dilantik sebagai Bilal masjid.

Cukuplah dua kisah ini sahaja yang dapat saya kongsikan, semoga ianya dapat memberikan gambaran kepada kita semua seterusnya moga kita semua mendapat petunjuk dari Allah S.W.T. 

(Ps : Kisah ini mungkin diolahkan sedikit supaya tidak mengaibkan kisah silam orang yang diceritakan. Bukan untuk membuka aib dan kebaikan, sekadar mengongsi ilmu yang mungkin boleh dimanfaatkan)

Wednesday, May 25, 2011

ZAMAN ARTIS DAPAT HIDAYAH

Syukur alhamdulillah... Kini sudah beberapa artis di Malaysia ini sudah mendapat hidayah daripada Allah dan kembali ke jalan yang lurus. Kalau tak lama dulu, Bob Loqman telah mula berhijrah ke arena jalan yang benar, kini tiba giliran Sham Kamikaze pula mengikut jejak langkahnya. Ini semua kerja tuhan. Alhamdulillah...


Bob Loqman

Sham kamikaze

Kalau nak dilihat pada artis-artis Malaysia sekarang, lebih-lebih lagi perempuan. Pakaiannya seksi-seksi, terdedah sana-sini. Tidak ada perasaan malu apabila "barang" yang patut diselindung didedahkan. Tak tahukah dosa pahala? Malaysia ni kan negara Islam, buat cerita drama atau wayang teraskanlah ajaran agama Islam. Barulah duit yang diperolehi itu berkat. Ingatlah, matlamat tidak menghalalkan cara.

Syukurlah, ada artis-artis mulai sedar dan kembali ke jalan Allah. Lihat saja pengakuan Sham Kamikaze dalam laman You Tube, bagaimana beliau mulai sedar dan kembali ke ajaran Islam. Dulu kita kenal Sham tu siapa, artis rock, bersubang, berantai dan bergelang. Kini, nampak mukanya mula ada sinar. Moga-moga ia berterusan dan dipohon Allah menetapkan hati beliau untuk terus patuh pada perintah Allah.

Semoga selepas ini ada lagi artis-artis yang mulai insaf dan kembali ke jalan yang lurus serta benar. Aku berpesan juga pada diri aku sendiri.