Showing posts with label gelas. Show all posts
Showing posts with label gelas. Show all posts

Wednesday, October 23, 2013

5 GENERASI SUNQUICK


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan Salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Tak sangka pula Sunquick ni ada keluarkan gelas mengikut tahun. Pernah juga perasan sebiji gelas ni kat rumah mak aku dan sebiji lagi di rumah mertua aku (tak ingat gelas tahun berapa), lepas tu aku mula pasang keinginan untuk memilikinya.

Mula-mula nak saja aku ambil kedua-dua gelas tu, tetapi selepas terpandang ada seorang member Facebook yang juga merupakan seorang collector dan seller menjual gelas ni, jadi aku terus membelinya. Harganya pun tak mahal sangat. Amat berpatutan.



Inilah gelasnya.. Dari kiri gelas tahun 2009, 2010, 2011, 2012 dan 2013. Lepas ni kenalah tunggu gelas Sunquick keluaran 2014 pula. Tapi kalau dilihatkan, pada tahun 2009, gelasnya agak tinggi. Namun lama-kelamaan, kecil pula gelas yang dikeluarkan. Untuk tahun 2014 nanti, entah macam mana pula bentuknya.

Aku tak pastilah sejak tahun bila Sunquick mengeluarkan gelas dengan siap bercap tahun. Kalau ianya bermula sebelum tahun 2009, jadinya aku kenalah cari lagi.. 

Ada sesiapa yang tahu tentang sejarah keluaran gelas Sunquick ni?

Wednesday, August 8, 2012

MILO : AKHIRNYA SEMPURNA


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Apa yang sempurnanya? Bukan sempurna apa pun, cuma yang sempurnanya ialah saya berjaya mengumpulkan keempat-empat gelas Milo edisi terhad yang sedang berada di pasaran sekarang.

Erm.. Memang banyak dugaan betullah semasa mahu mendapatkan gelas-gelas ini. Sudahlah mendapat info berkenaan kemunculannya di pasaran. Cari punya cari di pasaraya besar, haram tiada menjualnya. Dua, tiga pasaraya jugalah cari pergi mencari, hasilnya mengecewakan.

Nak dijadikan cerita, isteri saya pergi ke kedai runcit dan telah menemui pek Milo yang mempunyai barangan percuma berupa gelas Milo ini. Kerana beliau mengetahui akan niat saya sedang mencari gelas Milo ini, akhirnya beliau membelikan satu pek Milo dan percumanya gelas Milo edisi 1990-an.

Dalam menghampiri musim perayaan ini, saya mula membajet kewangan saya. Bagaimana agaknya saya mahu memperolehi kesemua gelas ini? Akhirnya saya SMS abang-abang dan kakak saya supaya membeli Milo dengan saya. Mereka bersetuju dan dengan pantas saya ke kedai runcit yang sama untuk mendapatkan 3 pek lagi Milo 1 kilogram berserta gelas-gelasnya sekali. 

Fuh, panjang juga ceritanya untukmendapatkan gelas Milo ini. Sudahlah, layan saja koleksi Milo terbaru yang saya peroleh ini... :D

Dalam kotak lagi tu...

Baru lihat luar, sudah terbayang apa di dalamnya

Ehem... Ehem...

1950-an

1970-an

1990-an

2012

Sunday, August 5, 2012

MILO : TAK MAIN POS YE...


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Erm.. Masih lagi bersiaran mengenai Milo. Hari ini saya mahu ceritakan sedikit tentang satu lagi koleksi terbaru saya iaitu gelas Milo. Bukan satu, bukan dua, tetapi dua belas biji gelas Milo dalam satu harga yang amat munasabah.

Saya terperasan gelas Milo ini diiklankan di Mudah.my. Dengan segera saya mesej pengiklan gelas Milo tersebut tetapi malangnya dia berada di kawasan Kuala Lumpur dan tidak mahu menjualnya secara pos dan hanya mahu jual secara terus (Cash On Delivery).

Mula-mula saya "matikan air" saja, kemudiannya saya teringat seorang adik saya tinggal di kawasan Kuala Lumpur. Apa lagi, saya pun bincanglah dengan dia untuk menolong saya untuk mendapatkan barangan tersebut. Dan akhirnya gelas-gelas Milo ini dapat saya miliki dan telah selamat sampai ke rumah saya hari ini.

Okaylah.. Apa kata layan saja koleksi terbaru ini... :-)

Datangnya di dalam kotak

12 biji semuanya

Saja mau susun cantik-cantik :)

Ada yang pernah perasan gelas Milo sebegini?

Sunday, May 27, 2012

HADIAH MENANG BERMAIN GOLF


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Siapa yang menang main golf? Bukan saya ye.. Bukan saya. Hehe.. Janganlah marah kerana akhir-akhir ini saya suka buat tajuk entri yang suspender suspen saja. Rilekslah.. Jangan nak masam-masam, senyum sedikit muka tu. Hidup kita di dunia ini hanyalah sementara, tak perlulah kita nak nak marah, masam, sebagainya. Ceria-ceriakanlah hidup kita dengan senyuman. :)

Sebenarnya yang bermain golf itu adalah kartun yang terpapar pada gelas di bawah ini :


Kalau tidak silap, gelas ini saya perolehi semasa saya membuat pinjaman Amanah Saham Bumiputera Rockers (ASB Loan). Pada tahun berapa tidak ingat. Kiranya sudah lama jugalah. Yang beripun kawan baik saya, satu kampung, bekerja di Maybank. Baru-baru ini dia menunaikan Umrah.. Alhamdulillah, muda-muda dia sudah pergi Umrah. Saya tua dari dia 2 tahun rasanya.


This time I must make it. Apa maksudnya ye? Sekiranya dialih bahasa secara terus maknanya "Masa ini saya mesti membuatnya". Tetapi rasanya yang dimaksudkan adalah "Kali ini saya mesti melakukannya". Melakukan apa? Mestilah Hole in one.. :)

Dan inilah cawangan Maybank yang memberikan gelas ini kepada saya. Maybank Taman Malim Jaya, Melaka.