Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.
Sekarang bermacam-macam cara yang dilakukan untuk menjual sesuatu produk. Begitu juga dengan syarikat surat khabar, pelbagai cerita-cerita hangat dikeluarkan demi menarik ramai pengguna untuk membeli surat khabar mereka.
Ada sebuah akhbar baru saja mendedahkan tentang seorang jururawat di sebuah hospital swasta di Melaka didakwa telah terakam gambar hantu berdekatan sebuah lift.
|
Gambar hantu yang didakwa dirakam. Sumber : Klik |
Rasanya, tanpa membuat sebarang research, wartawan akhbar tersebut terus membuat cerita 'hangat' tersebut demi untuk menghasilkan cerita yang menarik.
Namun, akhirnya tembelangnya pecah apabila terdapat seorang penulis blog berjaya mengesan penipuan gambar hantu tersebut yang sememangnya banyak digunakan hasil daripada kerja-kerja pengeditan gambar. Boleh lihat di blog ini >>> klik.
Moralnya di sini ialah, apabila kita hendak mengarang sesuatu cerita, haruslah membuat kajian terperinci terlebih dahulu, bukan setakat main suka-suka buat cerita. Akhirnya siapa yang malu, mereka dan keluarga mereka juga. Syarikat surat khabar yang akan menanggung malu akibat kejahilan seorang wartawan.
Namun, untuk tidak terlalu berat sebelah, kita manusia memang kerap membuat kesilapan, mungkin kesilapan wartawan tersebut pada kali ini ialah tidak membuat research terlebih dahulu. Jadi sama-samalah saling ingat-mengingati. Ada salah tegur, jangan terus menghentam tidak tentu pasal.