Showing posts with label duit raya. Show all posts
Showing posts with label duit raya. Show all posts

Wednesday, June 17, 2015

IMBUHAN TETAP PERUMAHAN NAIK DAN BONUS HARI RAYA


Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Dengan nama ALLAH yang MAHA PEMURAH lagi MAHA MENGASIHANI. Selawat dan salam buat nabi junjungan NABI MUHAMMAD S.A.W.

Berita gembira bagi mereka yang bekerja dalam perkhidmatan awam apabila YAB. Perdana Menteri telah mengumumkan kenaikan Imbuhan Tetap Perumahan (ITP) dari RM 180.00 ke RM 300.00 sebulan. Manakala yang menduduki kuarters kerajaan juga akan menerima 25% daripada kadar ITP yang diterima mereka. Bayaran ini akan bermula pada 1 November 2015.

Sumber gambar BH Online

Selain itu, YAB. Perdana Menteri juga mengumumkan bayaran bantuan khas kewangan sebanyak RM 500.00 kepada kakitangan awam gred 54 dan ke bawah untuk menyambut lebaran yang akan datang. Bayaran ini akan mula diberikan pada 25 Jun 2015.

Thursday, September 15, 2011

DUIT RAYA ANAK, AMANAH KITA

Macam mana dengan raya tahun ni? Anak dapat banyak duit raya tak? Simpan ke mana duit raya anak tu? Apa... Dah gunakan dulu? Dah beritahu anak tak? Kalau anak masih kecil dan belum tahu bercakap nak beritahu macam mana? Dia beri ke kita pinjam duit dia yang orang beri tu?

Inilah persoalan-persoalan yang perlu kita jawab sendiri. Kemanakah duit raya anak kita? Adakah kita menyimpannya di bank ataupun kita telah "meminjam" daripada dia untuk menampung perbelanjaan harian yang telah lari budget? Bagi anak-anak yang sudah besar tu tidak mengapalah, mereka tahu bagaimana untuk menyimpan ataupun membelanjakan duit mereka. Namun bagaimana pula halnya tentang anak kita yang masih kecil dan belum tahu berkata-kata.

Bolehkah kita menggunakan duit raya anak kita yang tidak mengetahui apa-apa ini untuk keperluan kita sedangkan kita tidak dapat jawapan daripadanya sama ada dia beri pinjam atau tidak? Duit itu pemberian orang dan ia adalah amanah kepada kita untuk menjaganya. Oleh itu, kita kena amanah dan sebolehnya menyimpan duit tersebut dengan elok.

Rasanya adalah lebih baik kita bukakan akaun SSPN kepada anak kita kerana bermula tahun 2012, mana-mana individu yang mahu meminjam PTPTN hendaklah mempunyai akaun SSPN terlebih dahulu. Membuka akaun SSPN untuk anak kita adalah amat baik kerana paling tidakpun mereka ada simpanan sendiri dan tidak akan berhutang dengan pinjaman yang tinggi sekiranya hendak menyambung pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi kelak. Seterusnya, mereka tidak akan dibebani oleh hutang yang banyak setelah tamat pengajian nanti.

Ingatlah, tahun-tahun yang mendatang pastinya kos untuk pendidikan tinggi akan terus meningkat, oleh itu kita siapkan simpanan anak kita lebih awal demi untuk masa depannya. Bukan apa, nanti-nanti kita juga yang yang dapat untung juga kerana dengan duit yang sedia ada, dia tidaklah menyusahkan kita nanti apabila kita mungkin sudah tidak bekerja kelak.

Akhir sekali, ingatlah... Duit raya anak adalah amanah kita, jangan kita pula dengan sewenang-wenang membelanjakannya.